Nasi Lemak Goreng - masam manis f

Breaking

Nov 25, 2015

Nasi Lemak Goreng


Nasi Lemak adalah sajian atau santapan yang cukup popular di kalangan masyarakat Malaysia. Bila sebut aje nasi lemak semua tahu.. tak kiralah yang tua.. yang muda.. orang Cina ke.. orang India ke.. mahupun pelancung asing yang berkunjung ke Malaysia.

Rata-rata ramai yang mengemari nasi lemak. Aroma pandan dengan sambal bilis pedas, di tambah pula ayam goreng, telur rebus, timun dan kacang goreng.. sudah cukup lengkap rasanya untuk mengalas perut tidak kita seawal pagi mahupun lewat malam.

Kini muncul pula nasi lemak versi baru yang di pelopori oleh tukang masak yang juga popular di kalagan pengemar nasi lemak yang tak lain tak bukan... siapa lagi kalau bukan Chef Fauzey. Bagi mereka yang tinggal di Petaling Jaya, sudah pasti Nasi Lemak goreng sudah tidak asing lagi bagi mereka.




Oleh kerana teringin merasa nasi lemak goreng, maka terpaksalah ita google untuk mendapatkan resepi nasi lemak goreng. Nak ke Petaling Jaya terasa jauh lah pulak.. Malangnya tidak ada yang kongsikan resepi ini. Nasib ita agak baik, bila ita dapat juga resepi nasi lemak goreng yang di kongsikan oleh Chef Fauzey di rancangan Bella. Walaupun ia menerangkan secara ringkas dan ada beberapa resepi yang dikatakan resepi secretnya.. namun kita tetap menghormati beliau. Sedikit sebanyak petua atau panduan yang di berikan dapat juga membantu ita menyediakan sendiri resepi nasi lemak goreng untuk keluarga.

Hari ini ita kongsikan resepi Nasi Lemak Goreng, tapi ini versi ita lah kan.. kalau nak rasa yang original kenalah rasa dari tuan punya air tangan sendiri.



NASI LEMAK GORENG

Untuk menyediakan nasi lemak goreng mula-mula kita kenalah sediakan ayam berempah dahulu. Ayam perlulah di perap bersama rempah semalaman supaya meresap segala remnpah hingga ke tulangnya.


AYAM GORENG BEREMPAH DAN UDANG GORENG BEREMPAH
Resepi Oleh : Adnan Ibrahim

1 ekor ayam saiz sederhana
3/4 cawan tepung beras
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng terendam

Bahan Kisar

1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 batang serai, hiris halus
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
1 genggam bawang goreng


Ayam dibuang kulit, bersihkan dan cucuk2 dengan garfu pada semua bahagian berdaging. Masukkan ke dalam mangkuk. Tuang bahan2 kisar halus, tambah garam secukup rasa dan gaul rata. Letak dalam bekas bertutup dan perap semalam dalam peti sejuk (atau sekurang2nya 5 jam).

* rempah ni ambil sedikit dan gaulkan bersama udang, perap juga udang bersama rempah semalaman dalam peti ais

Panaskan minyak untuk goreng terendam. Ambil beberapa bahagian ayam tadi bersama bahan2 pemerap, tabur 3 - 4 camca besar tepung beras dan gaul rata2 (jika kurang tambah sedikit lagi tepung). 

Kemudian goreng hingga keemasan dan ayam masak, gunakan api sederhana. Angkat dan toskan. Buat kaedah sama untuk baki ayam tadi.

Serdak goreng ayam ambil dan toskan, ini di gunakan untuk mengoreng nasi lemak
Ambil sedikit minyak larikan untuk mengoreng nasi.
Baki minyak, gorengkan udang pula hingga kuning keemasan
Angkat dan ketepikan.


NASI LEMAK

3 cawan beras ~ cuci bersih dan toskan
4 cawan santan segar 
1 helai daun pandan di simpul
1 batang serai di ketuk
1 inc halia ~ di hiris
1 ulas bawang putih ~ di mayang
2 ulas bawang merah ~ di mayang
1 sudu teh halba ~ jika suka tak letak pun tak apa
* menurut Chef Fauzey dia tak letak halia sebaliknya di letakkan daun bay leaf

Satukan semua bahan dalam periuk nasi. Tambahkan garam secukup rasa
Tanak nasi hingga masak.
Bila nasi dah masak, tutup api 
Panaskan kukusan, alas daun pisang dan kukus nasi 20 minit.
Angkat dan sejukkan


REMPAH NASI LEMAK GORENG

2 sudu besar cili kering ~ di kisar
6 ulas cili api ~ bergantung pada kepedasan masing-masing
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan jika suka

Satukan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar halus
Kalau nak tumbuk pun boleh

Panaskan kuali, ambil 1 senduk kecil minyak bekas goreng ayam dan tumiskan bahan rempah hingga harum dan garing
Setelah masak angkat dan ketepikan



KAEDAH PENTEDIAAN NASI LEMAK GORENG

Panaskan kuali, ambil sedikit minyak goreng ayam, anggaran 1 sudu besar dan panaskan.
Masukkan sekai serdak ayam goreng tadi.
Kemudian masukkan nasi lemak 2 cawan
Gaul rata
Kemudian masukkan rempah nasi lemak anggaran 1 sudu hingga 2 sudu bergantung pada banyak mana nasi dan kepedasan
Gaul dan masak hingga rata
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan udang anggaran 3 atau 4 ekor ikut kesukaan
gaul rata
Angkat nasi dan hidangkan dalam pinggan bersama sambal tumis, ayam goreng berempah, timun, telur rebus, ikan bilis dan kacang goreng.

* nasi lemak ni dia tak boleh masak sekali gus banyak tau, kira bila nak makan baru goreng untuk sekali makan seorang atau 2 orang. Rempah tu kalau nak buat banyak pun boleh. Ia boleh di simpan.

Resepi sambal tumis boleh rujuk di SINI
Tak kisahlah nak hidang dengan sambal udang atau sambal ikan bilis.

Menurut Chef, dia hidangkan nasi lemak goreng bersama udang goreng berempah, telur rebus, timun dan ayam goreng berempah. Tapi ita tak buat udang goreng berempah tu.. ita buat ayam goreng aje.. Banyak sangat makan goreng-goreng takut kolestrol... beb!

Nasi lemak goreng ni sedap! tapi tak boleh makan selalu.. kandungan kolestrolnya cukup tinggi. Adoii... dengan nasi lemak yang dah lemak.. di tambah lagi ayam goreng berempah.. udang yang telah sedia makhlum kolestrolnya tinggi.. tambah di goreng lagi.. telur rebus lagi.. sambal tumis yang tersedia  dengan minyaknya lagi.. dan nasi lemak di goreng pula dengan minyak goreng ayam.. fuh!.. 








8 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

nasi lemak goreng tetiba femes kat PJ sejak masuk tv ita. tp akak tak pernah lagi mencubanya walaupun boleh katakan hari2 lalu kat gerai yg menjualnya tu. terkejut gak dulu tetiba tiap2 hari orang beratur panjang kat gerai dia... rupa2nya dah masuk tv. mungkin one day nak juga merasanya.. cuma buat masa ni belum teringin lagi. dok kira2 berapa punya banyak kalori tu... dah la lemak santan.. digoreng pulak. alamakk... ke laut diet akak nanti.. kikiki...

maszull said...

assalamualaikum kaita...mmg sedap nasi lemak goreng ni....sesekali mkn boleh la kalau selalu mmg naik la kolestrol ..:)

Aqilah Azmi said...

hhehehehe qila memang kalau ada sambal nasi lemak mmg makan dgn semua jenis naci goreng ahahahha

angelariana1969 said...

Wow semua sedap

Unknown said...

Kreatif dlm dunia masakan...

Myalycia said...

wah, tak pernah pulak rasa nasi lemak goreng ni kak ita.. nk try la ;)

tq share resepi ;)

Amelia said...

sedapnyaaa <3 teringin nak rasa, tapi gerai nasi lemak fauzey tu jauh sangat, hukhuk.

Anonymous said...

SINGGAH PETANG http://jmbelog.blogspot.my/

Post Top Ad

test