Kali ini kita berkpop di Starhill pulak! - masam manis f

Breaking

Jan 23, 2016

Kali ini kita berkpop di Starhill pulak!


Hari ini kita berada di sini.. berdeco deco besama bunga-bunga Korea yang kembang mewangi di Starhill Golf And Country Club Kempas Johor.

Alhamdulillah, kelas hari ini berjalan lancar. Kelas yang sangat advance.. cepat betul habis kelas ni.. pukul 5 semua dah siap deco.. macam tak percaya!
Hari ini juga ramai pelajar yang datang dari jauh.. ada dari Kedah, Melaka, Kuala Lumpur dan lain-lain.. terima kasih di atas kesudian adik-adik akak hadir ke kelas deco bunga buttercream, kalau ada kekurangan akak dan pihak pengurusan mohon maaf dan minta halalkan mana yang terkurang. harap apa yang kami sediakan dapat memuaskan hati semua pihak..




Kenapa kali ini kita di Starhill.. ? Starhill menawarkan keseronokkan, ketenangan dan tempat belajar yang cukup selesa. Apa yang penting di sini, anda boleh bawa keluarga.. sambil emak-emak sibuk mendeco, anak-anak bolelah bermandi manda di water park yang di sediakan. harganya sangat berpatutan, tempat mandi yang santai dan tidak berbahaya bagi kanak-kanak. bagi kaum bapa pula,  mana yang suka main golf bolehlah main golf sementara isteri tersayang mendeco bunga.. Seronok kan.. satu keluarag dapat melakukan aktiviti yang mereka minati. Kepada yang nak berkunjung ke starhil boleh lah intai website Starhill di SINI

Ita pasti anda semua dah tak sabar nak intai kelas deco ita kali ini...
Jom kita masuk kelas dan intai apa yang pelajar-pelajar ita buat hari ni.. apa yang penting ita sangat puashati dengan pilihan warna kali ini, kek pun cantik dan kemas.. apa tunggu lagi..





































Bagi anda yang berminat untuk mengikuti kelas deco bunga buttercream Korean flower bolehlah hubungi wassap 017 7279179 untuk pertanyaan kelas dan jadual.





2 comments:

Unknown said...

mcm mn nk sertai kelas...

Azlita Aziz said...

Blh wassap 017 7279179 utk sebarang pertanyaan kelas

Post Top Ad

test