Sebagai suri rumah sepenuh masa, seorang ibu, dan meminati dunia dekorasi kek, ruang kerja adalah sangat-sangat ita perlukan. Ianya adalah supaya lebih mudah didalam melakukan tugasan, lebih teratur dalam penyimpanan bahan dan ianya sangat praktikal dan membantu memudahkan segala urusan.
Selain daripada dapur yang merupakan ibu pejabat ita setiap hari, ruang kerja adalah tempat yang paling ita suka lepak. Di sinilah ita banyak menghabiskan masa dengan melayari internet, bersembang dengan rakan-rakan alam maya, mendengar lagu yang ita minati di samping melakukan aktiviti deko kek yang di pesan oleh teman-teman.
Ramai yang beranggapan, memiliki ruang kerja memerlukan modal yang besar. Perlukan ruang atau bilik khas untuk merialisasikan mimpi indah. Namun percayalah jika anda bijak, sudut comel di dalam rumah juga dapat anda gunakan sepenuhnya untuk menjadikan impian anda satu kenyataan.
Setelah mendapat banyak permintaan daripada rakan-rakan, yang ingin melihat ruang kerja ita, di mana ita deco kek dan bagaimana ita menyimpan bahan-bahan deco kek yang banyak. Hari ini ita kongsikan ruang kerja ita. Mungkin ianya sedikit sebayak dapat membantu rakan-rakan yang lain juga dalam mencipta atau menjadikan sebahagian daripada ruang sudut di dalam rumah untuk ruang kerja yang selesa dan rapi.
Ruang kerja ita ini tidaklah terlalu besar, hanya berkeluasan 10 X 10 kaki persegi. Sebenarnya ianya dahulu adalah bilik belajar atau bilik bacaan anak-anak. Tetapi bila anak-anak telah meningkat dewasa, telah tamat belajar mereka lebih banyak menghabiskan masa di dalam kamar tidur masing-masing. Jadi daripada bilik ini terbiar, ita merebut peluang ini untuk menjadikan ianya bilik deco kek ita.
Jom ita bawa anda intai-intai bilik kecil ini.
Kebanyakkan bahan yang ita gunakan adalah bahan yang murah aje.. Ita beli di kedai Mr DIY, IKEA, kedai hardware, DAISO atau kedai menjual barang-barang untuk asesori kedai. Di sebabkan ita suka merayap.. jadi bila ita jalan-jalan dan terjumpa bahan yang ita berkenan di hati.. ita tidak teragak-agak untuk membelinya.
Mula-mula ita kenalan dengan rak penyimpanan bahan ini. Rak ini ita beli di kedai untuk asesori kedai. Harganya tidaklah mahal berbanding kedai barangan perabut, hanya RM 125 untuk rak yang mempunyai 5 tingkat ini. Plastik container tu ita beli di kedai 2N. Ianya berwarna warni, tapi ita cat atau spray dengan warna silver supaya nampak seragam. Ita letakkan sticker pelekat dan tuliskan apa bahan yang ada di dalamnya supaya memudahkan ita untuk mencari.
Pelekat sticker tu anda boleh dapatkan dari Mr DIY. Boleh di tulis dengan kapur tulis putih atau ita gunakan pen maker warna putih yang anda boleh dapatkan dari kedai alat tulis.
Rak yang berada di tingkat tengah tu ita beli dari kedai Mr DIY juga. Jam di dinding yang bergambar cup cake ita dapatkan dari kedai Romantika. Dah lama dah ita beli jam ni.. tak tahulah ada lagi atau tidak di kedai tu..
Sudut ini pula adalah sudut di mana ita tempatkan komputer. Di sini ita mengemaskini blog, mengedit gambar dan juga bercating dengan rakan-rakan alam maya.
Continer ni tempat ita menyimpan bahan untuk deco kek, seperti cetak huruf, lapik silicon , acuan dan lain-lain lagi. Di sebabkan bahan ini kecil dan banyak, jadi bila di simpan di sini lagi mudah, dan bekas lut sinar ini lebih memudahkan ita untuk melihat apa bahan yang tersimpan di dalamnya.
Container yang tergantung di dinding pula tempat ita himpunkan nozel dan peralatan untuk kek bunga kpop ita. Ia mempunyai ruang yang kecil dan memudahkan untuk ita menyimpan segala peralatan yang kecil dan comel ini. rak ini ita dapatkan dari kedai hardware. Harganya pun tak sampai RM 30 rasanya. Ita pun dah lupa sebab dah lama dah ita beli container ni.
Pasu comel yang bergantungan ini sebenarnya sebagai penyeri dan menambah unik ruang ini. walaupun begitu ianya juga berfungsi untuk meletakkan peralatan tulis, tools dan colour. Selain itu, rak yang comel ini juga dapat menempatkan pasu comel sebagai penyeri ruang ini lagi. pasu-pasu colel ini ita dapatkan dari IKEA.
Dalam laci pula, ita letakkan container penyimpan peralatan. Ianya boleh juga di gunakan untuk penyimpanan sudu garfu di dalam laci di dapur. Tapi ita gunakan utuk letak peralatan di dalam laci meja, supaya memudahkan untuk mencari bahan yang ita perlukan.
Conrtainer ini anda boleh dapatkan dari Daiso atau Mr DIY.
Troli beroda ini ita dapatkan dari IKEA, ia datang dalam 2 warna kalau tak silap ita lah kan.. warna krim dan teal. Ita pilih warna krim untuk mudah menserasikan dengan semua warna. Manalah tahu .. kalau esok dah bosan dengan bilik unggu muda ini .. ia masih serasi untuk warna yang lain juga.
Troli ini ita letakkan bahan deco. Ianya mudah di sorong tarik, itu yang ita suka tu.. Ia mempunya 3 container penyimpan bahan dan sangat praktikal. Ita gunakan bekas tin susu untuk meletakkan peralatan ita.
Di meja inilah ita melakukan tugasan ita. lapik hijau untuk memotong itu ita dapatkan dari kedai peralatan tulis. Meja tu ita dapatykan dari Ikea. dah lama meja ni.. 10 tahun ada rasa usianya, tahan lasak dan sangat-sangat praktikal serta banyak berjasa. Ia boleh di lipat pada sisinya. Kalau tak nak guna kita lipat aje sisinya dan ianya menjadi meja yang kecil dan dapat jimat ruang.
Ini pula adalah tempat menyimpan colour ita yang banyak tu. ini hanya dapat simpan sebahagian sahaja. Yang lain ita simpan dalam container. Rak ini diy, suami ita yang buatkan, setelah merata ita mencari rak untuk menyimpan colour tapi tak jumpa. Terima kasih yang tak terhingga buat suami yang merialisasikan hajat ita.
Mudah aje buatnya, hanya guna papan plywood, kayu spin, gam kayu dan cat hitam.
Ok sekarang kita beralih pada sudut yang lain pula
Ini lagi satu rak diy yang ita buat. Botol-botol kecil ni, anda boleh beli di kedai jual barang pengantin. Ianya botol untuk door gift ni. Ita susun bertingkat atas rak yang ita buat, supaya mudah nak lihat barang di dalamnya. Ita letakkan manik kecil dan asesory kek yang kecil.
Ok sampai di sini sahaja yang dapat ita kongsikan ruang kerja ita. Semoga perkongsian ini dapat membantu rakan-rakan yang berhajat untuk menyediakan ruang kerja sendiri di rumah.
Jumpa lagi..
Asaalamualaikum.
23 comments:
Speechless@
Very neat and iam really impressed....tahniah kak ita...
Wow..cantik..kemas..tenang blk kerja kk ita!👍👍👍👍
secantik kek yg di deco begitulah jugak dgn tempat kerja tuan dia
teruja kaknoor tengok bersih kemas dan teratur susun barangan nya
Wahhh.. kagumnyaa
Pergh.. terpegun tgk...
Ya allah..
Bestnya klu sy pn ada tmpt mcm ni jgk...
Kompem hari2 rajin deco kek...
tak terucap kak tgok. umh kak di ampang ni sarang merpati mmg sempit.., huhuu kemas lengkap
kagum
cantik, tersusun, kemas.
kagum
Wowww....
Dinding tu pakai wallpaperkan.. cantik sungguh ruang kerja ni
cantiknya ruang kerja Kak Ita...
Sukanya saya tengok.
Sangat tersusun..seronoknya...cantik sesangat
Cantiknyaaa ruang keje kak Ita...buat keje kat situ mmg seronok!!
Sepatutnya Kak Ita menang award utk kekemasan.
wowww! fantastik
wah bestnya dpt bilik kerja secantik ini..
Patutlah idea kak ita mencurah-curah..hihi..suasana tempat kerja memang memainkan peranan penting dalam penghasilan dekorasi kek yang berkualiti..
mmm geramnya tengok sangat tersusun.
sis pakai cat jenis apa untuk cat container tu warna kelabu?
Post a Comment