Alhamdulillah....
Sempurna sudah ibadah puasa kita untuk hari yang pertama. Ini baru hari yang pertama.. banyak lagi hari-hari yang harus kita lalui dengan sabar dan penuh keimanan.
Bila kita bersembang tentang ibadah puasa, pasti tidak lengkap jika tidak berbicara tentang juadah berbuka puasa yang di sajikan untuk hidangan keluarga. Ialah kadang kala sebagai suri rumah.. pasti buntu memikirkan apalah juadah yang ingin di sajikan. Jika kita berkongsi.. pasti sedikit sebanyak dapat memberikan idea untuk rakan-rakan yang lain menyediakan hidangan untuk keluarga mereka juga. Bukankah memudahkan tugasan orang lain juga satu daripada badah.
Kebiasannya kita sebagai ibu bapa banyak mengalah dengan anak-anak. Juadah yang terhidang kebiasannya adalah menu istimewa yang di sediakan sesuai citarasa anak-anak. Mak dan ayah tak kisah sangat.. apa sahaja juadah yang terhidang dah rasa bersyukur sangat.. namun lebih kepada rasa sayang dan simpati bila melihat anak-anak yang letih seharian berpuasa. Lebih mengharukan dan membangkitkan semangat ibu memasak.. apabila anak-anak hanya dapat menjamu selera dengan keluarga di awal Ramadhan sahaja. Selebihnya mereka menghabiskan masa di asrama , di universiti atau yang jauh tinggal di perantauan. Keletihan seharian menahan lapar dan dahaga bagaikan tidak terasa bila melihat keluarga berhimpun di bawah satu bumbung sambil menikmati juadah kesukaan mereka.
Asyik bersembang aje.. apa pula juadah ita untuk keluarga di hari pertama puasa.
Seperti biasa, hari pertama berpuasa dan bersahur, ita sediakan juadah yang serba ringkas. Biasanya seawal puasa, perut masih lagi terkejut untuk menerima makanan di awal pagi. Jadi ita masak yang ringan-ringan aje.. tak boleh yang pedas-pedas takut terkejut pulak perut tu bila di isi dengan makanan yang pedas di awal pagi.
Kebiasannya kami sekeluarga mesti mengambil nasi sebagai alas perut, untuk menahan lapar esok hari. Ita masak yang simple, tumis air, ita goreng ikan tenggiri dan telur asin. Cukuplah untuk permulaan hari kami.
TUMIS AIR KOBIS DAN SAWI
1 /4 sayur kobis ~ di potong kecil
1 ikat sawi ~ di potong
1 batang cili merah di hiris
Bahan kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
garam secukup rasa
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga harum
Tambahkan air secukupnya
Perasakan dengan garam secukup rasa
Biar kuah didih
Masukkan sayur-sayuran dan cili
Biar sebentar dan bolehlah di angkat
Untuk juadah berbuka puasa pula, anak-anak minta ita buatkan soto ayam. Dah lama kata mereka tak makan soto. Sebagai ibu kita hanya melayan selera anak-anak sahaja.
SOTO AYAM
Resepi Oleh : Che Nom
2 batang kayu manis
4 kuntum cengkih
6 biji buah pelaga
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar serbuk lada putih atau lada sulah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci halia
1 ketul kunyit hidup
1 ekor ayam saiz sederhana kecil, potong 4
1 mangkuk santan pekat
1 jug air
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak masak, masukkan bahan tumis dan kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan bahan kisar. Kacau dan masak rempah sehingga garing.
Masukkan ayam dan kacau selama 1-2 minit. Masukkan air, kiub ayam dan rebus sup sehingga mendidih seketika. Masukkan pula santan pekat dan masak sehingga ayam lembut dan empuk.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat ketulan ayam dan gorengkan seketika sehingga kekuningan. Sejukkan dan carik isi ayam.
Hidangkan dengan cara masukkan ketulan nasi impit, isi ayam, taugeh, daun sup, cili merah, begedil, bawang goreng, suhun goreng dan kacang tanah. Tuang kuah secukupnya. Soto harus dimakan bersama cili kicap.
500 gram taugeh, bersihkan dan potong bahagian akar
bawang goreng
suhun, goreng hingga garing
isi ayam goreng dari sup, dicarik halus
daun sup, hiris kecil
daun bawang, hiris kecil
cili merah, hiris nipis
kacang tanah, goreng dalam minyak
begedil
10-15 biji cili padi
5 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi
Dalam pengisar, masukkan cili dan bawang putih goreng tadi dan kisar sehingga halus.
Tuang ke dalam mangkuk dan perah jus limau kasturi. Kacau sebati.
1 keping dada ayam ~ di gaul kunyit dan garam dan di goreng, kemudian di siat halus.
garam secukup rasa
Secubit lada sulah
1 pokok daun sup dan daun bawang ~ di hiris halus
1 batang cili merah ~ di buang bijinya dan di cincang halus
1 gengam bawang goreng
2 biji telur ayam
Sedikit minyak untuk mengoreng
Kentang di kupas kulitnya, di potong bulat dan di goreng.
Setelah masak, terus di tumbuk lumat ketika ia masih panas-panas lagi
Dada ayam yang telah di goreng, di siat halus
Kemudian masukkan dalam kentang tadi dan tumbuk semula hingga bersatu
Masukkan secubit garam dan secubit lada sulah
Gaul rata
Kemudian masukkan bawang goreng, daun bawang dan cili merah
Gaul rata.
Ambil sedikit dan bulat-bulatkan, kemudian di leperkan sedikit lebih kurang sebesar 20 sen
Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper.
Jangan goreng terendam ye.. guna minyak sedikit aje.
Pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk lain dan kocokkan sedikit
Celupkan begedil tadi dalam telur dan goreng dalam kuali leper
Balik-balikkan supaya rata masaknya
Angkat dan toskan atas kitchen towel setelah masak kekuningan.
* resepi ni dapat banyak, kalau nak makan untuk keluarga buat 1/2 daripada sukatan adunan sahaja
3 comments:
selamat berpuasa dari kaknoor utk Ita dan family
alahai sedapnya tengok semua hidangan Ita
tambahan soto tu buat akak terliur lah
dengan jus macam2 tu kami kat sini baru pukul 2.30 ptg lama lagi nak berbuka puasa, tambahan masa ni waktu magrib yg panjang
sabo jelah
Sedapnyaaa....
Terima kasih berkongsi ilmu di bulan yg mulia ini senang utk saya yg xberapa nak pandai memasak ni..
Post a Comment