Warong Saga penuh nolstagia... - masam manis f

Breaking

Aug 25, 2016

Warong Saga penuh nolstagia...


Kalaulah anda tersesat di Johor Bahru jangan lupa mencuba pelbagai resepi warisan Johor.
Johor, ramai yang kata syurga makanan. " Orang Johor pandai masak.." eh! betul ke orang Johor pandai masak.. macam tak caya..je..

Dekat Johor ni memang banyak makanan yang menarik dengan resepi yang hebat dan membuka selera. Lontong, soto, satay, mee rebus, nasi lemak, nasi beriani gam, mee bandung, rojak asma, rojak petis, tauhu bakar.. wah.. tak muat blog ni kalau nak senaraikan semua makanan yang hebat di Johor. Takut ada pulak yang terliur..

Tapi masalahnya bukan mudah nak jumpa tempat makan yang menarik dengan resepi warisan yang masih di kekalkan. Kebanyakkan tempat makan yang tumbuh banyak dari utara dan pantai timur. Yang paling banyak restoran makanan Thai dan Indonesia, dengan tomyum lah, bakso, nasi ayam penyet lah.. pecal leleh lah.. lah.. entahlah.. apakah orang johor dah bertukar selera atau orang luar yang banyak berhijrah ke Johor.




Hari ini ita nak bawa anda semua ke satu kedai makan  yang masih lagi mengekalkan makanan warisan tradisi Johor. Kedai ini beroperasi di sebelah pagi.. jadi kalau nak cari sarapan  bangsa Johor.. di sinilah destinasi yang harus di tuju..

Warong Saga , tempat makan sarapan pagi yang cukup popular di kalangan bangsa Johor. Apa yang menariknya di sini tidak mengira bangsa, Melayu, Cina , India, Serani, Bengali.. semuanya menikmati makanan warisan dengan penuh santai dan nostalgia.





Kenapa warong?
Warong ni dah sinonim dengan bangsa Johor. Kalau orang Johor dulu-dulu lah.. kalau kedai makan yang kecil-kecil ni memang kami panggil warong. Jarang dah orang gunakan perkataan warong tu.. tapi kalau yang guna perkataan warong tu.. memang bangsa Johor lah tu kan..


En Ismail Moh Safi, pemilik Warong Saga, memulakan perniagaannya pada tahun 1986 kira-kira 30 tahun yang lalu. Nama Saga itu di ambil bersempena pelancaran kereta pertama keluaran Malaysia iaitu Proton Saga. Mungkin En Ismail mempunyai nolstagia tertentu dengan nama saga itu sendiri.
Di sini kebanyakkan makanan yang di hidangkan adalah makanan warisan Johor. Dan makanan istimewa Johor di hidangkan berbeza-beza setiap hari sebagai contoh pada hari Sabtu menu istimewa adalah laksa Johor, hari Ahad di hidangkan mee rebus, Isnin mee siam berkuah, Selasa laksa nyonya, Rabu mee sup sambal belacan, Khamis pula di hidangkan soto. Hari jumaat pula warong ini tidak beroperasi. Makanan lain seperti nasi lemak, lontong, lontong kering, mee siam dan kuih-muih di sediakan setiap hari untuk para pelanggan.



Melangkahkan kaki ke warong ini, pasti halua telinga anda di buai oleh lagu klasik dari corong radio. Bayangkan sambil menikmati sarapan pagi sambil melayan lagu klasik dari corong radio yang sayup-sayup berkumandang. Wah!.. asyiknya.. santai dan menenangkan jiwa.

Bukan itu aje.. tumpuan anda pastilah ke arah deretan potret lama yang tersusun kemas di dinding warong yang semakin usang.
Menurut En Ismail, beliau telah mengumpul koleksi potert lama, keratan akhbar lama , piring hitam , filim-filim dari era 50an dan 60an seawal usia remaja lagi. Kini semua gambar koleksi pribadi ini beliau pamerkan untuk tontonan pengunjung yang datang di sini.












Sambil menikmati hidangan yang terhidang di hadapan mata, sambil kita menghayati kesan sejarah, salasilah keluarga di Raja Johor, bangunan lama di Johor, Menteri-mentri, menteri besar, Perdana Menteri dari yang pertama hingga kini.. Bukan itu aje.. beliau turut menyelitkan filem-filem arahan  Allahraham Tan Sri P. Ramlee koleksi piring hitam yang pasti tidak dapat lagi di lihat oleh generasi muda jika tiada yang menyimpannya dan juga koleksi barang-barang antik yang pasti merupakan satu nostalgia lama yang masih terpahat dan merupakan memori yang sangat berharga.




Kalau nak merasa masakkan Johor jangan lupa singgah di Warong Saga. Warong ni terletak di Jalan Mahmodiah, berhampiran simpang tiga, sebelah Petron dan bersebelahan Surau Kampung Mahmodiah.

Ita selalu datang sini, yang paling ita suka laksa Johor. Tapi laksa dia pedas dan lain sikit lah.. Biasa laksa Johor kuahnya pekat kan.. yang ni berkuah cair tapi memang sedap! cuma bagi yang tak tahan pedas tu.. bersap jugak lah telinga. Anak-anak ita suka lontong kering. Tapi hari ni ita makan lontong aje dan juga kuih lopis yang ya Allah...sedapnya....!!  lembut aje.. terasa-rasa lagi kelembutan dan keenakkan kuih lopis dia..





Restaurant name: Warung Saga
Address: 5, Jalan Mahmoodiah, Johor Baru
GPS: 1.465533,103.753075
Hours: 7:00am to midnight (closed on Fri)





5 comments:

cikkyra90.blogspot.com said...

cantik kedainya. boleh imbau nostalgia lama

Juanita said...

salam sis, tahu grg is a must try... nasi grg kampong & etc2 memang power... :)

Anonymous said...

suka cara kak ita susun ayat bercerita. teliti je :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

dah lama sy tak makan di sini Kak Ita

Unknown said...

Hari ini nk g la...

Post Top Ad

test