Basic Butter Cake Yang Sangat Sedap - masam manis f

Breaking

Sep 6, 2016

Basic Butter Cake Yang Sangat Sedap


Ibu duit... ibu duit... ibu duit...
Hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi yang di katakan menjadi ibu duit di kalangan bakers kecil-kecilan atau pun suri rumahtangga.

Ita tahu.. ramai daripada kita yang mengemari butter cake. Bau kek butter yang harum di tambah dengan kegebuan dan kelembutannya, semakin tertarik dengan pelbagai corak dan warna yang menghiasi kejadian kek yang sudah menjadi satu kemestian setiap kali hari raya menjelma.


Tak lama lagi kita semua akan menyambut Aidil Adha. Bagi yang nak pulang ke kampung... apa kata sediakan sebekas dua kek butter ini untuk ibu dan ayah di kampung.

Resepi yang ita ingin kongsikan ini cukup mudah dan cukup simple. Dengan hanya satu resepi sahaja, anda dapat sediakan pelbagai jenis butter cake bersesuaian dengan citarasa anda..
Waaaa... terujakan..
Pasti dah tak sabar nak tahu ni... cuba dok rapat sikit.. akak nak kabor.. ni..




Resepi ni adalah resepi hasil perkongsian dari Chef ibu duit kita yang sangat ita hormati dan kagumi.. Siapa lagi kalau bukan Chef Asma. Kecil-kecil cili api orangnya...  tapi cukup bergeliga sekali dalam membantu mereka yang memerlukan untuk menambah pendapatan keluarga. Dengan hanya berbekalkan satu resepi anda dapat mengeluarkan pelbagai produk kek butter untuk di pasarkan. Macam-macam citarasa anda boleh buat dengan resepi yang satu ni.. letaklah apa pun yang nak di letakkan.. yang pasti rasa kek ini walaupun dengan pelbagai perisa.. hasilnya gebus gebas.. dan marvelous sangat.


Hari ini dengan bebekalkan satu adunan resepi kek butter ni.. ita dapat hasilkan 3 perisa kek butter yang bukan sahaja enak tapi amat menarik sekali.
Dah kata.. tak sia-sia anda belajar dengan yang pakar.. bukan sahaja dapat belajar pelbagai resepi.. anda juga dapat menjadi seorang usahawan yang berjaya hasil tunjuk ajar chef yang di senangi ramai ini. Terima kasih ita ucapkan atas perkongsian dari Chef yang tidak pernah lokek untuk mencurahkan ilmu.. Semoga senantiasa di berkati.. semakin di luaskan pintu rezeki, di berikan kesihatan yang baik dan senantiasa di lindungi rahmat Allah yang Esa.

Pasti dah tak sabar kan?
Apa tunggu lagi.. jom kita berpencak silat di dapur..



BASIC BUTTER CAKE
Resepi oleh : Chef Asma


Bahan A

250 gm margerine planta
50 gm butter
150 gm gula halus atau gula kastor
100 gm gula icing


Bahan B

250 gm telur ~ Tanpa kulit
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan C

250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

* Satukan bahan ini dan ayak



Satukan bahan A dalam mixer
Putar adunan bahan A hingga creamy atau putih pucat
Masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga sebati
Tambahkan esen vanilla gaul rata
Tuangkan tepung yang sudah di ayak sedikit demi sedikit dan pukul dengan speed perlahan
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak ( adunan ini untuk 3 buku kek yang berlainan perisa )
Sediakan juga 3 bekas aluminium ( 7 x3 inc )

KEK BUTTER BLUEBERRY



Untuk kek butter blueberry, sediakan blueberry paste dan masukkan dalam piping bag
masukkan sedikit adunan dalam bekas aluminium dan ratakan
Letakkan Blueberry paste secara rawak
Tutup semula dengan satu lagi lapisan adunan
Hiaskan atas kek dengan lebihan blueberry
Ketepikan


KEK BUTTER PANDAN 

Untuk kek butter pandan, bahagikan adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak
1 bahagian, letakkan pandan emulco dan pewarna hijau
1 bahagian lagi biarkan plain ( kalau nak letak warna lain pun boleh )
sedikit badam keping untuk hiasan


Tuangkan 1 lapisan plain / putih dahulu ~ ratakan
Kemudian tuangkan lapisan pandan ~ ratakan
Tuangkan lapisan putih ~ ratakan
Tuangkan lapisan pandan ~ ratakan
Akhir sekali ambil belakang sudu dan swirlkan adunan
Taburkan dengan badam untuk hiasan atas
Ketepikan


KEK BUTTER NEAPOLITAN

Untuk kek butter Neapolitan bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak
1 bahagian letakkan perisa blueberry dan letakkan pewarna purple
1 bahagian letakkan perasa moca
1 bahagian lagi biarkan vanilla


Tuangkan 1 sudu adunan vanila di tengah bekas aluminium
Kemudian tuangkan pula 1 sudu adunan moca di atas dan di tengah-tengah adunan vanilla
Kemudian tuangkan pula 1 sudu adunan purple di atas dan di tengah-tengah adunan moca
Buat dan ulang cara yang sama hingga habis semua adunan
Ketepikan



Bakar adunan kek dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C api atas dan bawah selama 45 minit




Tadaaaa....
Dah pun siap
Percaya tak.. dengan hanya 1 adunan sahaja anda dapat hasilkan 3 biji kek yang lembut dan enak dengan pelbagai perisa.
Berseri-seri meja kopi menyambut Aidil Adha nanti
Selamat mencuba!


25 comments:

Unknown said...

Maaf pn azlita. Sekadar mahu bertanya, apa akan berlaku sekiranya saya menggunakan butter sepenuhnya? Saya budak baru belajar. Tq pn.azlita

cikkyra90.blogspot.com said...

yummy. mmg wajib ada ni masa hari raya. :D

Nor Azlin Abd Rashid [manisbyarna] said...

slm kak ita.. agk2 RM10 satu boleh tak kak? pulang modal tk ek? Macam best je resepi ni..lin ingt nk cuba yang ni plak..sebelum ni guna resepi buttercake akak yg 1 lg tu

ery said...

As-salam k.ita..tq atas perkongsian ilmunya. Cuma sy nak tanya:
1) boleh tak saya gantikan planta dgn majerin spnhnya?
2) bolehkah saya gantikan gula dengan manisan lain cth madu, maple syrup@lain²?
3) macamna cara nak buat blueberry paste? ada link resepi yg blh sy rujuk x?
tqvm k.ita��

Unknown said...

emulco tu nk letak brp byk ye?

Unknown said...

ASSALAM KAK ITA..

KALAU KEK NI DIKUKUS BOLEH KE? KT RUMAH XDE OVEN..MIKROWAVE JE ADA..HIHI

Unknown said...

as'salam..

kak ita, klu kek ni dikukus boleh ke? sbb takde oven kat rumah..mikrowave je ada..hihi

ery said...

Alamak..soalan kite yg first tsilap..hahaha..blh x gantikan marjerin planta dgn unsalted butter spnhnye?��tq kak ita

Unknown said...

Kak ita...bekas aluminium foil kak ita guna saiz brp tu

Unknown said...

Kak ita...bekas aluminium foil kak ita guna saiz brp tu

Unknown said...

sedapnya nampak kek yg cantik elok hasilnya ni.

nilzaronar said...

Sy tolong jawabkan azma adam. Kak ita ada tulis kt situ saiz bekas 7 x 3 inci

nilzaronar said...

7 x 3

Julia said...

Hmm...yummy... kakak yang cantik...boleh saya minta resep Cheese tart nya ? Duku pernah save tapi ke delete kak di hp. Terima kasih sebelumnya..salam

duniavitamintini said...

assalamualaikum kak ita..

mmg mengiurkan...dan dan lapo kek tgk kek akak tu..
nyum..nyum..

http://duniavitamintini.blogspot.my/2016/08/pengedar-shaklee-perlis.html

Unknown said...

Assalamu'alaikum Kak Ita.

I really love your blog. Very Inspirative and useful for beginner like myself. Thank you so much for sharing on your blog kak.

Anonymous said...

terima kasih resipi nie...tk sabar nk try

Shu said...

Terima kasih kak ita!

Miszroses said...

Sy pernah buat guna fully pure butter. Rasa dia sgt la buttery n cepat muak..sgt xsdp.hehe

far_hannah said...

saya dah buat and mmg jadi sedap..cuma kalau tak makan manis boleh kurangkan gula kot. tapi takut juga mengubah kejadian kek tu ke kan.

dora said...

salam kak ita. harap sangat akak reply soalan saya ni. kalau saya nak whole cake pakai resepi ni, size loyang square apa yang sesuai? terima kasih kak ita.

normah jalil said...

Assalamualaikum kak Ita. Sy mohon guna resepi ni untuk buat kek jualan ye.
Semoga kak Ita diberi kesihatan yang baik dan dikurniakan rezeki berlipat kali ganda. Insha Allah ��

Unknown said...

Assalamualaikum wbrt....
Terima ksh kongsi resepi...memang Kek Butter nie lembut n sedap sgt2...sy baru buat ari nie....yum2...yummy......

Unknown said...

Cantiknyer rupe kek akak...

Unknown said...

Assalamualaikum kak Ita, minta restu utk saya buat kek ini ye.

Post Top Ad

test