Assalamualaikum..
Lamanya ita tak berkongsi resepi dengan follower yang ita sayangi. Last resepi yang ita kongsikan ialah... Pistachio Rose Cake emmm... dah cuba belum? macam mana rasanya kek yang mewah dengan kacang Pidstachio.. bila makan terasa macam berada di zaman kolonial British pulak!
hihi... hari ini satu lagi kek hebat yang ingin ita kongsikan. Makan sambil pejam mata.... seakan tak mahu berhenti menikmatinya... melunsur nyaman di anak tekak ni.... ya Allah betapa hebat anugerah deria rasa yang Allah kurniakan.. Seakan berada di awangan bila dapat menikmati sepotong cheese cake yang osem! wah!.. adakah ku bermimpi.. kerana tak mungkin dengan berat badan yang semacam di pam-pam ni.. ku mampu terawang-awang..
Semalam adalah hari ulang tahun suami kepada adik ita.. sang isteri bercadang untuk menyediakan sebiji kek cheese untuk suami tersayang. Maka datanglah sang isteri ke saloon ita untuk menyediakan kek suprise buat suaminya kerana sang suami sangat mengemari cheese cake. Ita apalagi tumpang sekaki lah.. Alang-alang dah buat.. sekali terus buat 2 biji. Satu untuk adik dan satu untuk ita.. tak kan dok tengok aje.. lelehan manggo cheese yang yummy tu kan... mana boleh tahan...
Sebenarnya dah lama teman-teman fb dan follower ita di masam manis meminta ita buatkan manggo cheese cake. Hajat memang nak buat.. tapi kenangkan badan kita yang semakin montoks ni... kita pendamkan lah dulu hajat di hati..
Bila di sorongkan batal.. kita pun apalagi.. tumpang lah sekali. Inilah hasil manggo cheese cake yang di sediakan oleh adik ita, suami ita dan Dalili. hihi... ita pantau aje... kata cikgu kan... ? ^_^
Sebenarnya semalam ita ada personal kelas. Jadi mereka 3 beranak ni lah yang bertungkus lumus menyediakan manggo cheese cake ni..
emmm.... dapyaaa....!! memang sedap sangat!
Mungkin resepi ita sedikit berlainan dari resepi manggo cheese cake yang lain. Ita tak gunakan yogurt sebaliknya menggunakan sepenuhnya manggo puri dan hasilnya wallah... sedap tak terkata. Anda pun harus cuba!
MANGGO CHEESE CAKE
Untuk menyediakan manggo cheese cake yang non bake, kita pelulah sediakan lapisan dasar untuk kek ini terlebih dahulu. Anda juga perlukan ring untuk menyediakan kek ini, kerana lebih mudah untuk di sediakan nanti.
Base atau Lapisan dasar
150 gm biskut Oreo + biskut Marie ( boleh guna semua biskut Oreo atau semua biskut Marie atau campurkan kedua-duanya 50/50 pun boleh)
50 gm cornflakes ~ ramas-ramas sikit
90 gm butter ~ di cairkan
Satukan biskut dan cornflakes dalam satu bekas.
Tuangkan butter cair dan gaul rata
Tuangkan dalam ring pan yang di lapik alas kek
Ratakan dan padatkan
Sejukkan di dalam peti ais hingga keras
Sekarang kita sediakan manggo puri terlebih dahulu sementara kita tunggu lapisan dasar mengeras
Purri Mangga
3 biji mangga yang masak ranum ~ di buang kulit dan cuci bersih
1 biji di hiris nipis
1 biji di dadu
1 biji di parut atau kisar ( bahagi kepada 2 )
2 sudu besar gula
Paste mangga jika suka
Satukan 1/2 daripada mangga yang di kisar bersama gula dalam periuk dan masak hingga menjadi puri
Tutup api dan masukkan hirisan mangga. Biarkan hirisan mangga lembut.
Sekjukkan
Manggo Cheese
400 gm cream cheese
1 sudu teh esen vanilla
180 gm coklat masakan putih ~ cairkan secara double boil
300 gm wipping cream ~ non dary
12 gm gelatin
60 ml air
3 sudu besar purri mangga ~ ( yang kita sediakan di atas )
Tuangkan gelatin dalam air dan biarkan kembang.
Panaskan secara kukusan hingga gelatin melarut.
Kemudian cairkan coklat putih secara kukusan, ketepikan
Sementara itu dalam bekas pemutar, putarkan cream cheese higga lembut dan gebu
Tuangkan coklat putih cair, vanilla dan puri mangga, putar rata
Tambahkan larutan gelatin dan gaul sebati
Dalam bekas pemutar lain, putarkan krim bukan tenusu hingga kental dan ringan
ambil 1/3 adunan krim dan kaup balik dalam adunan krim cheese.
Kaup balik rata
Ulang proses hingga habis semua
Sekarang, tuangkan 1 bahagian adunan krim di atas lapisan kek atau biskut tadi.
Susun hirisan mangga tadi
Ulang proses yang sama
Tuangkan baki adunan dan ratakan
Simpan di dalam peti ais paling kurang 4 jam
Sementara krim cheese kita mengeras, kita sediakan pula jelly mangga
Jelly Mangga
Baki 1/2 mangga yang di kisar
Mangga yang di dadu kecil
8 gm gelatin
50 ml air
2 sudu besar gula
Tuangkan gelatin atas air dan buarkan kembang
Panaskan secara kukusan hingga jelatin mencair
Satukan mangga kisar dalam periuk kecil, gula , dan mangga dadu dan masak dengan api sederhana
Tuangkan gelatin dan gaul rata.
Tuangkan jelly kita ni atas kek.
Simpan dalam peti ais semalaman hingga jelly keras dan rasa kek yang dingin.
Bila kek ini dah sejuk bolehlah di keluarkan dari pan
Biasanya ita akan laserkan dulu tepi ring dengan pisau yang ita celupkan dalam air panas supaya mudah untuk keluarkan kek dari ring.
Ada juga yang menggunakan hairdryer dan di panaaskan pada ring supaya mudah untuk keluarkan kek.
Kek ni sangat enak di makan dingin.
14 comments:
Comel!
Kak ita ini macam mind reader..
Baru2 nii memang teringin Nak buat Mango Cheesecake... Now you had share it... Thank you a lot kak...
sedapnyeee..ngences tengok cheese kek k ita ni ����
As salam pn azlita.. nak buat nih..nak buat nih.. tp ring pan tu bape inci ye?.. tak sabar nyee.. tqvm utk resepi yg dicari2..
Assalamualaikum , saya nak tnye nape bila saya buat japanese cheese cake bila saya bkar die naik cntik je tp bile sjuk die trun . Harap Ita dpat share cara atasi masalah ni . TQ.
Sedapnya kak ita.
Teruja sangat tengok blog ni! Kak ita ade google plus x? Cari x jumpa, nak follow resepi kak ita :D
http://www.fatindays.com
assalamualaikum Ita, terima kasih berkongsi resepi ...nak try juga nanti nih...
Salam Kak Ita,resepi yang menarik.
Maaf bertanya. Gelatin pakai jenama apa ye?
Sedapnye.. bila la nk rajinkn diri buat ni..
Teringin nak buat tapi xdan
😘😘sedapnye...no no try wat... thanks resepi
Salam kak ita.. Kek ni utk size brp inci yer..
Post a Comment