Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Sawi Jeruk - masam manis f

Breaking

Jan 12, 2017

Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Sawi Jeruk


Hari ni ita masak mudah dan ringkas aje.. Biasalah orang Johor tak boleh lari dari asam pedas. Kali ni ita masak asam pedas kepala ikan merah bersama sawi jeruk asin. Terpulanglah kan nak letak sawi jeruk boleh.. tak letak pun tak apa. Tapi kalau asam pedas orang Johor, kebiasannya akan di letakkan sawi jeruk asin ni... baru lah kick!

Sebenarnya memasak ni kita kenalah ikut selera keluarga dan anak tekak kita yang nak makan ni... Kalau ikut selera kawan-kawan alam maya.. banyak yang tak boleh dan tak kena.. ya tak?

"mana ada masak macam tu... mana ada masak macam ni..."
" mana boleh letak itu... mana boleh letak ini..."
" eh! itu tak boleh makan...."
" eh! mak kita masak tak macam tu pun.."
" kalau kita masak macam ni... "
" kalau kita tak bubuh yang tu... kita bubuh yang ni"
" macam tu tak boleh.. macam ni tak kena.."

Pening kepala nak layan kan..? Siapa nak makan sebenarnya ni... kita atau awak?
Jadi fikir-fikirkanlah... Jangan asyik nak komen aje.. itu tak kena.. ini tak kena.. kadang kerana segelintir orang kita yang banyak songeh inilah yang membuatkan ramai blogger masakkan yang dah mula menyepikan diri.. mood nak kongsi masakan pun terbantut terus..

Tolonglah hormati..
Kalau cara tak sama, tak apa.. mungkin kita boleh cuba! mana tahu apa yang kita rasa tak kena tu.. sebenarnya lagi menyedapkan makanan tersebut.. lainlah kalau ianya melibatkan halal dan haram..

Kita ni rambut aje sama hitam.. tapi selera lain-lain..
Masyarakat kita yang berbilang bangsa, pelbagai budaya, dan dari kelompok yang berbeza-beza. Ada suka manis.. ada suka pedas.. ada suka berempah.. ada suka tawar hebeh... ada orang Jawa, orang Banjau, orang Negori.. orang Boyan, orang bugis.. ada mamak... jadi pemakanan juga berbeza-beza mengikut kaum, daerah dan negeri.. tak salah untuk kita mencuba dan merasa.

Kan.... bila mak nenek ni dah bebel dapur pun tak berasap jadinya..
Jom sebelum darah naik.. baik kita masak.. nanti kalau perut lapar.. darah naik.. mau mak nenek ni jadi singa pulak kan..!

Jom jom...



ASAM PEDAS KEPALA IKAN MERAH DAN SAWI JERUK
Resepi Oleh : Adnan Ibrahim


5 keping hirisan ikan tenggiri ~ ita guna ikan merah
Sawi jeruk secukupnya, potong dan rendam
1 batang serai ~ diketuk
1 kuntum bunga kantan ~ belah 2 setiap 1 ( ita ganti daun kesum )
1 senduk nasi penuh, cili kisar
1 kiub pati ikan bilis (optional)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus  
3/4 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Bahan kisar

8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar
3 biji cili merah saiz besar, belah 2 dan buang biji




Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang merah hiris, bawang putih hiris dan serai hingga harum. 
Masukkan bahan2 kisar halus dan masak sekejap. 
Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. 
Guna api kecil dan kacau selalu.
Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air (anggaran 800 ml atau secukupnya), kacau dan biar mendidih. 
Masukkan sawi jeruk (toskan), kiun ikan bilis (jika guna) dan bunga kantan. Kacau dan biar mendidih untuk 3 - 4 minit.
Masukkan ikan tenggiri, perasakan dengan garam secukupnya, tambah sedikit gula dan juga lada hitam yang ditumbuk halus. 
Kacau perlahan dan masak hingga ikan masak. 
Rasa dan jika ok boleh matikan api. 
Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.





4 comments:

nor said...

Salam ita,
Ni resipi arwah mak selalu buat.. rasanya orang johor melaka selangor kl ada buat. Dan rasanya juga la... mereka yg banyak pengalaman tahu..
Dan rasanya yg tak tahu.. tu..segelintir.. dan banyak songeh je.. ignore them hahahheheh
Dan rasanya lauk ni sedap dan best..

Wasalam

Zul said...

Uuuu bestnya..

Unknown said...

Terpaling suka klu asam pds ade sawi jeruk. Boleh menambah2... Hihihi

Nor Hasni said...

Mcm mana nk buat sawi jeruk?

Post Top Ad

test