Kek Onde-onde yang sedap sangat! - masam manis f

Breaking

Apr 15, 2017

Kek Onde-onde yang sedap sangat!




Seperti yang kak ita janjikan dalam ig dan dalam blog yang kak ita akan kongsikan resepi kek yang sangat sedap ini.
Pelbagai kek kini muncul di pasaran dengan pelbagai tema dan rupa. Kini satu lagi kek yang pada kak ita amat serasi dengan anak tekak kak ita yang ke kampungan ni. Kek onde-onde di beri nama , mungkin cara penyediaannya yang mirip kepada kuih onde-onde atau rasanya yang mungkin serupa barangkali. Tapi pada kak ita, kek dan kuih adalah dua benda yang berbeza dan kak ita gabungkan keduanya dalam satu kek supaya dapat di nilai sendiri keenakkan yang sungguh asli.


Mungkin ada yang kata kek ni sama dengan kek pandan gula Melaka, hampir serupa tapi agak berlainan dari segi krimnya kerana pandan gula Melaka menggunakan swiss meringue buttercream , manakala kek onde-onde menggunakan cheese. Itulah yang memberikan kelainan pada kek yang satu ini.



Ok lah.. kita tak payah nak sembang banyak sangat, nampak dah berjeje-jejeh.. dah air liur masing-masing... ^_^  Jom kita masuk dapur dan kita mulakan proses untuk menyediakan kek yang sungguh enak ini.



KEK ONDE-ONDE




Kek Span Pandan

150 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
150 gm gula halus
5 biji telur A
80 ml santan
4 helai daun pandan
80 ml unsalted butter yang di cairkan
1 sudu besar ovellete
pewarna hijau
pandan emulco



Mula-mula kita satukan tepung gandum dan baking powder dan ayak
daun pandan cuci bersih dan potong kecil. Masukkan dalam blender, letakkan santan dan kisar hingga halus. Kemudian di tapis
Satukan jus santan pandan dengan pewarna pandan dan paste pandan emulco. Kacau rata
Butter di cairkan




Satukan telur, gula dan ovellet dan mixer dan putar hingga berbuih
Masukkan tepung yang telah di ayak dan putar hingga gebu
Masukkan pula jus pandan santan dan putar dengan speed laju hingga gebu
Tutup mixer
Masukkan butter cair dan kaup balik rata
Tuang adunan sama banyak dalam 2 loyang 8 inc yang telah di sapu butter dan di letakkan kertas minyak ( anggaran 350 gm setiap satu loyang )
Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal pada suhu 170 selama 45 minit
Setelah masak, cepat-cepat keluarkan dari loyang dan terbalikan atas redai.
Kemudian terbalikkan semua atas lapik kek.
Proses ini kena lakukan dengan cepat supaya kek tak turun atau penyek oleh tarikkan graviti.

Setelah kek kita siap kita sediakan pula syrup gula Melaka

Syrup Gula Melaka

1/2 cawan gula melaka ~ di hiris atau 4 keping gula Melaka
1/2 cawan air
1 helai daun pandan di simpul
1 sudu besar tepung jagung


Satukan semua bahan ini dalam periuk dan masak hingga ia pekat. Jangan lupa untuk sentiasa di kacau sewaktu proses memasak gula
Kemudian tapis
Biarkan ia sejuk

Sementara kita tunggu syrup gula Melaka kita sejuk, kita sediakan pula krimnya



Cream Cheese Gula Melaka

250 gm cream cheese
200 ml syrup gula Melaka
60 gm gula icing
300 gm whipping cream
12 gm gelatin
45 ml air


satukan gelatin dalam air dan biarkan ia kembang
Kemudian cairkan cara kukusan atau masukkan dalam microwave
Satukan cream cheese dan gula icing, dan putar hingga ia lembut dan berkrim
Tuangkan gelatin yang cair sambir terus di putar


Kemudian tuangkan syrup gula Melaka dan gaul rata
Dalam mixer yang bersih, putarkan non dairy whipping cream hingga kental
Satukan whipping cream bersama cheese gula melaka dan kaup balik rata
Sedia di gunakan



Proses Penyediaan


Kek span pandan yang telah kita sediakan tadi, kita potong setiap loyang kepada 2 keping
Ini bermakna kita akan dapat 4 keping kek span yang nipis

Letakkan sekeping kek atas lapik kek
Tuangkan syrup gula melaka dan ratakan
Paipkan cream cheese gula Melaka dan ratakan
Kemudian letakkan sekeping lagi kek
Ulang proses yang sama hingga selesai.
Salutkan keseluruhan kek dengan cream cheese gula Melaka
Kemudian salutkan keseluruhan kek dengan kelapa kering ( boleh di beli di kedai bakery)
Hiaslah kek mengikut citarasa anda.



Selamat mencuba dan selamat menjamu selera !


26 comments:

aishah al aydarus said...

salam alaykum kak azlita..
bestnya tgok cake ni msyaAllahh..cntik sgt!
nways sy nk tny, kalau xde pandan emulco, bole x gantikan dgn pandn paste??n sukatan dia sama atau berbeza? sbb setau sy emulco lebih pekat berbanding paste kan??(kalau salah harap dibetulkan)..harap kak azlita dpt jawab..nak sgt cuba buat cake ni..tq in advance!!

wanmar said...

terima kasih kak ita atas step by step, moga kak ita sentiasa diberikan kesihatan yg baik dan murah rezeki.

Unknown said...

Ball yg kecik2 buat macamana

cik ain | sweet thots said...

sedapnyaaa kak ita .. bila la nk dtg rajin nak buat ni.

Kak No1 Homestay Tawau said...

Nampak sedap sgt.. mmg slalu follow resepi kak azlita.. nnt rasa mcm
Nk cuba..

adibah said...

Terima kasih kak. Alhamdulilah page kembali beroperasi.

CT Delima said...

Assalamualaikum ita.. lama tak menjengah ke sini. Terima kasih ita berkongsi resipi. Insya Allah jika ada kelapanga ct akan cuba buat santapan anak² dan suami.. 😙😙😙

EriN HairudiN said...

Salam kak ita. Sy masih confused ttg 'terbalikkan kek atas redai sejurus slps masak, dan terbalikkan semula atas pelapik kek'... Proses terbalikkan semula atas pelapik kek setelah sejuk atau telangkup redai terus ke pelapik kek sejurus slps itu? Tq kak

JUMEE ZAILA AHMAD said...

Kak ct, kalau buat bgtau ye... nk singgah umah kak ct hehee

sakinahmyunos said...

Assalamualaikum, saya sudah beberapa kali baca blog puan dan banyak juga resepi puan yang saya refer... terima kasih banyak ya...
mengenai pengalaman puan sebagai blogger, saya doakan agar Allah berikan kekuatan iman dan agar semua kesulitan itu digantikan dengan RahmatNya.
terima kasih

naturstory.com said...

cantik, kelapa tu kite tak payah goreng dulu ke,, putih je,
sblm ni sy ingat kelapa tu mesti goreng dulu

Unknown said...

Assalamualaikum semua.
Kalau ke Starbuck, memang ada kek cawan, nama cupkek ondeh-ondeh. memang sedap sangat. Terutama bila makan dengan filling nyer... gula melaka yg dimasak pekat. Terima kasih Pn Azlita yang share resepi ini... moga ilmu dan amal puan senantiasa diberkati Allah...

Unknown said...

rindunya ita....2 bln lepas xcjumpa page ni.x taw napa

Mama Liza-Halizah said...

sy pn selalu follow resepi kak ita....mmg menjadi...nmpk sedap kek ni kak...mcm nk cuba je nt.InsyaAllah..!!

deeni said...

Alhamdulillah...terima Ita. Semoga bertambah rezeki di atas perkongsian resepi ini. Akan cuba soon...

deeni said...

Saya da buat last Sun utk Birthday cake..sedap sungguh...
Semua yang hadir dan rasa Kek Onde2 cakap sedap...secukup rasa..mekasih Ita...

Unknown said...

Kek favourite sy

Unknown said...

Alhamdulilah dan terima kasih berkongsi resepi siap dgn gambar. Mudah sangat buatnya dan sedap. Semoga sis sekeluarga murah rezeki. Amin.

Linabidin said...

Terima kasih banyak kak norazlita share resepi. Saya ambik resepi kak norazlita untuk guna pakai buat berniaga boleh ke? Harap kak norazlita halalkan setiap ilmu yang kak norazlita share di blog ye? Saya doakan kak norazlita dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam keredhaan-Nya.

Unknown said...

Hello for sponge cake boleh tak guna just pandan juice? Macam mana sukatannya? Tq

Martini said...

Boleh ke bakar asing2 kek tu?....sebab oven sy kecik je...blh masuk 1 loyang je...

Pembekal Ikan Bilis Sabah Murah said...

assalammualaikum kak norazlita .. kalau tepung gandum tukar dgn tepung superfine bole tak?

Unknown said...

Terima kasih resepi nya. Mohon dihalalkan ya. Semoga di murahkan rezeki kak norazlita. Dan dipermudahkan semua urusan kita.

d.d Dali said...

Assamulaikum Norazlita..gambar kek ondeh awak nampak sedap..awak buat dan jual ke kek ondeh-ondeh ni? Kalau ambil order ingin sgt saya beli.

Norham Nordin said...

Terima kasih azlita share resepi

Nurin said...
This comment has been removed by the author.

Post Top Ad

test