Iftar 4 Ramadhan 2017 - masam manis f

Breaking

May 31, 2017

Iftar 4 Ramadhan 2017




Assalamualaikum

Selamat petang semua, hari ini ita kongsikan resepi berbuka kami sekeluarga petang semalam. Ita masak yang simple-simple aje sebab ita masih lagi tengah mengejar nak siapkan tempahan biskut raya. Alhamdulillah sambutan seperti tahun-tahun yang lalu. Tapi ita tak boleh nak ambil banyak-banyak sebab ita buat sorang-sorang , jadi ita ambil hanya ikut kemampuan ita aje lah ya.. jadi kepada yang tak dapat ita minta maaf banyak-banyak sebab dah tak larat dah ni.. banyak sangat yang tempah.

Ok kita terus aje pada menu simple ita untuk keluarga. Menu pertama nasi goreng kampung pedas. ita masak yang ringkas-ringkas aje ni. nasi goreng kampung ni kesukaan suami ita.




NASI GORENG KAMPUNG
Resepi Oleh : Che Nom

 Bahan-Bahan:

    3 cawan nasi
    6 ekor udang, dibuang kulit
    2 ekor sotong, dipotong bulat
    3 ulas bawang merah
    3 ulas bawan putih
    6 biji cili padi
    1/2 ikat sayur kangkung
    1 mangkuk kecil karot, didadu - ita gantikan taugeh
    1 sudu besar sos ikan
    1 sudu besar sos tiram
    1 biji telur
    2 ketul fish cake, potong dadu
    ikan bilis goreng
    serbuk lada sulah
    garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk tumbuk kasar:
    3 ulas bawang merah
    3 ulas bawan putih
    6 biji cili padi
Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga naik bau.
Masukkan karot, udang, sotong sos, fish cake, tiram dan sos ikan. Masak seketika.
Masukkan batang kangkung yang dipotong. Kemudian masukkan nasi dan kacau sehingga sebati. Selepas itu buat lubang di tengah nasi goreng dan masukkan telur. Biar telur masak seketika dan hancurkan sebelum dikacau sebati bersama nasi goreng.
Masukkan daun kangkung, serbuk lada sulah garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga nasi sebati dan garing.
Taburkan dengan ikan bilis goreng sebelum hidang. 


KAILAN IKAN MASIN
Resepi Oleh : Nur Az



Bahan-bahannya :

2 ikat sayur kailan - ambil pucuk kalian yang berbunga sahaja
2 cm ikan masin sebaik-bauknya ikan tenggiri
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili api- ditumbuk dan dititik
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar nampla- sos ikan Thai
Minyak bijan

Cara-Cara membuat Sayur Kailan Ikan Masin.

Sayur kailan yang telah dibersihkan dan dipotong kecil-kecil mengikut citarasa anda, 
Ambil bawang merah dan putih dan dipotong halus .
Ambil ikan masin bersihkan dahulu yer dan dipotong kecil-kecil.
Goreng ikan masin di dalam minyak yang panas sehingga betul-betul garing. 
Masukkan semua bawang dan goreng bawang tersebut sehingga layu .  
Selepas itu masukkan sos tiram dan kacau sehingga sebati. 
Setelah betul-betul sebati anda masukkan pula nampla dan terus kacau. 
Akhir sekali masukkan sayur kailan
Setelah itu kacau sayur dan jika kelihatan kering anda boleh masukkan sedikit air . 
Goreng sehingga sayur kailan layu dan masak sepenuhnya.  
Penggunaan garam tidak perlu di dalam resepi ini kerana ikan masin sudah cukup untuk memasinkan resepi ini.
Masakan kailan ikan masin anda telah pun siap untuk dihidangkan


Untuk minuman pula ita sediakan air laici. Untuk airnya ita gunakan air laici Yeo's aje.. tambahkan dengan buah laici dan air laici dalam tin. Lepas tu letak ketulan ais emmm... sedap dan nyaman aje terasa














4 comments:

Amira said...
This comment has been removed by the author.
Amira said...
This comment has been removed by the author.
Amira said...

Salam. Kak Ita, sedapnya nasi goreng kampung 😙. Mungkin akan cuba untuk buka puasa nanti. Btw, kak Ita guna camera & perisian apa edit gambar? Cantiklah. Kalau sudi, kongsikanlah 😊

Amira said...

Salam. Akak, sedapnya nasi goreng. Btw, akak guna camera & perisian apa eh edit gambar? Kalau sudi, kongsikanlah 😊

Post Top Ad

test