Kaya Ball dengan Kaya Yeo's yang lembuat dan sedapnya ! - masam manis f

Breaking

May 19, 2017

Kaya Ball dengan Kaya Yeo's yang lembuat dan sedapnya !


Assalamualaikum
Apa khabar rakan-rakan yang ita sayangai dan rakan suri rumah sekalian..?
Lama jugak ita tak up date entry terbaru dengan resepi yang enak dan lazat kan..
Pasti ramai yang dah tertunggu-tunggu resepi terbaru dari dapur masam manis.



Sebenarnya sejak dua menjak ni ita sedikit sibuk dengan tugasan harian, dengan kelas ita dan juga tempahan kek. Jadi masa agak terbatas.. tapi jangan risau ita tetap juga turun dapur untuk mencari menu istimewa untuk semua.


Hari ini ita nak kongsikan resepi yang sangat sedap kesukaan anak ita Dalili.
Dalili ni kalau keluar ke pasar malam ke... mesti minta ita belikan kaya ball. Suka sangat dia dengan kaya ball ni. So.. hari ini ita nak buat sendiri kaya ball ni, mesti dalili suka.

Istimewanya resepi kaya ball ita ini adalah ita menyediakan kaya ball pandan yang harum semerbak baunya , bertambah lazat tak terkata bila di gabungkan pula dengan Seri Kaya Original dari Yoe's. Ya Allah sedapnya... lembut dan gebu tau!



Percaya atau tidak, dengan satu tin Seri Kaya Yeo's anda dapat menyediakan satu adunan kaya ball untuk di nikmati bersama keluarga. Buat minum petang boleh, buat sarapan pagi boleh, hidangkan untuk tetamu boleh atau buat kudapan ringan sambil menonton TV bersama keluarga pun boleh juga..

Oh! ya tak lama lagi kita kan nak menyambut Ramadhan. Apa kata sediakan Kaya Ball dengan Seri Kaya Yeo's ini sebagai salah satu hidangan untuk berbuka puasa anda nanti.

Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebagai seorang muslim pastinya kita tidak mahu ketinggalan untuk merebut segala fadilat sepanjang bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Berkat adalah rasa syukur kita di atas segala nikmat yang di kurniakan. Nikmat ini dapat kita lahirkan dari menjaga hubunga silaturahim sesama insan dan yang paling penting hubungan kekeluargaan.

Yeo Hiap Seng (Malaysia) Bhd "Yeo's" ingin menggambarkan Ramadan sebagai bulan yang penuh berkat dan cara terbaik untuk menikmatinya adalah dengan dirasai bersama. Apa kata buat lebih sikit dan berikan pada jiran tetangga atau hantar sedikit ke masjid untuk juadah berbuka puasa. Bersesuaian lah dengan  tema Yeo's yang enak dan lazat kita kongsi bersama , pahala pun berganda-ganda.. tak gitu... 



Apa yang paling penting cara penyediaannya yang cukup mudah dan simple! Ita pasti rakan-rakan di luar pasti dah tak sabar nak rasa kaya ball yang lembut dan enak bersama Seri  Kaya Original dari Yeo's ni kan.. nampak tu meleleh-leleh Seri Kaya Yeo's tu keluar dari kaya ball eish..eish... terliur dah ni.. apa tunggu lagi.. cepat dapatkan Seri Kaya Yeo's dan kita mulakan memasak sekarang!




KAYA BALL SEDAPNYA DENGAN SERI KAYA YEO'S

1 tin Seri Kaya Yeo's Original
250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
125 gm butter
75 gm gula halus
200 ml susu segar
3 biji telur saiz A
1 sudu teh pes pandan
1 sudu teh pewarna hijau


Mula-mula kita satukan dahulu tepung gandum, baking powder dan garam halus kemudian di ayak.
Ketepikan sebentar


Dalam mixer kita satukan butter ( suhu bilik ) bersama gula dan putar dengan speed paling perlahan hingga gula larut dan adunan sebati.
Bila gula dah larut dan adunan telah sebati, masukkan telur satu persatu sambil terus di pukul.
Tambahkan pula pewarna hijau dan pes pandan dan terus putar rata


Masukkan tepung yang telah di ayak berselang seli dengan susu segar sambil di kaup balik rata.




Masukkan adunan ke dalam piping bag untuk mudah di paipkan nanti. Jangan lupa masukkan juga Seri Kaya Yeo's dalam piping bag untuk tujuan yang sama.


Anda boleh menggunakan acuan membuat kaya ball. Ita tak ada acuan kaya ball , jadi ita gunakan acuan kuih cara atau acuan bahulu cermai... hihi guna apa yang ada kat rumah aje..

Mula-mula panaskan dulu oven pada suhu 170C
Panaskan sekali acuan dalam oven
Bila acuan dah panas, sapukan minyak supaya mudah tanggal dan kaya ball tak melekat.
Kemudian paipkan adunan pandan tadi
Paipkan juga inti Seri Kaya Yeo's
Tutupkan semula dengan adunan pandan
Bakar dalam oven selama 20 minit atau sehingga kaya ball masak


Yum! yum ! sedapnya.. apa tunggu lagi dapatkan Seri Kaya Yeo's sekarang



4 comments:

LiNa_Pg said...

Assalam kak ita..menarik betul rcp ni..mesti anak³ suka ni..Kaya yeo's boleh olah jd macam² hidangan menarik..

Unknown said...

Salam Kak ita. Nampak lembut sangat kaya ball comel ni. Saya pun xde acuan kaya ball, boleh tak guna acuan bahulu tu tapi masak atas dapur masak je?

Unknown said...

salam...ble x paste pandan tu gantkan dgn emulco pandan

Puiyeesss said...

So nice!! Nampak sedap. I want to try this out soon.

xx
Puiyeesss

Post Top Ad

test