Jun 23, 2017

Agar-agar Soya Cendol Gula Melaka


Assalamualaikum

Ita pasti ramai para suri rumah di luar sana yang sudah semakin sibuk memenuhi dan mencukupi kelengkapan menyambut kedatangan Syawal. Ialah kita kan nak sambut hari raya, pasti banyak persiapan yang perlu di siapkan.

Selain sibuk membuat biskut raya, membeli baju raya, menjahit langsir, mengecat rumah dan mengemas, pasti sudah mula berkira-kira apalah juadah yang nak di sajikan di pagi hari raya nanti.
Semakin hampir hari raya semakin meriah rasanya.. ada antara kaum keluarga yang telahpun pulang ke kampung. Pasti penguhujung Ramadhan ni nak di habiskan bersama ibu, ayah dan sanak saudara tercinta.

Hari ni ita nak kongsikan satu hidangan pemanis mulut yang mudah dan ringkas untuk di sediakan tak kiralah nak di hidangkan untuk berbuka puasa pada penghujung Ramadhan ni.. atau pun untuk di hidangkan pada hari raya nanti. Cara membuatnya yang cukup mudah dan ringkas di tambah lagi dengan kejadiannya yang unik pasti menjadi kesukaan ramai.



AGAR-AGAR SOYA CENDOL GULA MELAKA

10 gm serbuk agar-agar
1 liter air
1 cawan gula halus
1 cawan Soya Yeo's
2 cawan cendol
1 cawan gula Melaka
1 helai daun pandan ~ di simpul



Satukan gula halus, air, agar-gar dan daun panadan dalam periuk dan masak hingga agar-agar laut dan mendidih
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian
Panaskan semua, 1/3 bahagian dan masukkan gula Melaka
Kacau rata dan biarkan gula melarut
Setelah didih , tapis
Tuang dalam loyang dan biarkan hingga hampir keras
Panaskan pula 2/3 bahagian agar-agar
masukkan air soya dan cendol
Bila bahagian gula Melaka telah sedikit keras, cucuk-cucuk permukaannya dengan garfu
Kemudian tuangkan adunan soya cendol perlahan-lahan
Kemudian sejukkan
Bila dan keras bolehlah di potong dan di hidangkan dingin





Ramadhan semakin sampai ke penghujungnya. Walaupun Ramadhan sudah semakin meninggalkan kita, namun keberkatannya masih lagi kita boleh kongsi bersama di hari raya pula.
Yeo's mengajak kita semua bersama-sama dengan kempen Yeo's BERKAT DI RASAI BERSAMA agar menggalakkan kita berkongsi nikmat dan rezeki bersama-sama dengan saudara-mara, sahabat handai malahan dengan jiran tetangga juga mereka yang memerlukan. Yeo's ingin menjadikan bulan Ramadhan dan bulan Syawal yang penuh dengan keberkatan ini dapat di rasai bersama-sama. Jadikan minuman Yeo's sebagai salah satu keberkatan untuk di kongsikan bersama-sama dan jangan lupa memilih Yeo's sebagai salah satu juadah untuk di sajikan pada hari raya nanti. Salam Ramadhan dan selamat menyambut Hari raya Aidil Fitri. 



2 comments:

Lisya Arieyani Safitri said...

Terima kasih resipi yang sangat mudah dan sangat simple untuk memahami banyak resipi yang ada di sini saya sengat gembira boleh datang ke blog anda. Saya nak coba resep masakan lain.

Tengku Sofia said...

Sedapnya!

AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.