Korean Flower Buttercream Class 29 Julai 2017 - masam manis f

Breaking

Aug 8, 2017

Korean Flower Buttercream Class 29 Julai 2017


Assalamualaikum,
Alhamdulillah telah berlansungnya kelas Korean Flower Buttercream di Salon masam manis pada hari Sabtu 29 Julai yang lalu.
Terima kasih kepada peserta yang sudi hadir ke kelas kak ita.
Kelas kali ini cukup istimewa kerana kesemua peserta datang dari jauh.. dari Utara, dari pantai timur Kelantan dan Terengganu. Dari Nilai dan Melaka dan yang paling jauh dari Kota Tinggi Johor . Terima kasih sudi meluangkan masa.. meninggalkan keluarga tersayang.. merentas perjalanan yang jauh berbatu-batu dan berjam-jam untuk sampai ke selatan tanah air.. terima kasih sangat-sangat dan akak sangat-sangat terharu.
Semoga apa yang akak sampaikan dalam kelas dapat di pergunakan ilmu itu sebaiknya.. gunalah untuk mendapatkan pendapatan tambahan.. untuk hobi atau sebagai pengalaman yang sangat berguna.



Kelas bermula pada pukul 9 pagi.. alhamdulillah semua pelajar menepati masa. Usai sarapan pagi, kelas pun bermula..










Rata-rata pelajar kali ini baru pertama kali mencuba .. baru pertama kali belajar menggunakan piping bag untuk deco bunga. tapi masyaallah.. hasilnya.. sangat-sangat membanggakan kak ita...

Sebenarnya bukan mudah untuk mengajar mereka yang baru pertama kali mencuba.. tapi kena sabar banyak.. sebab kak ita tak nak mereka putus mood.. stress dan giveup!

Alhamdulillah akhirnya inilah sentuhan deco dari budak-budak baru nak up! 















Akak sangat bersyukur walaupun kelas habis pukul 9 malam.. dan kak ita pulang pukul 1 pagi lepas kemas semunya... sebab esok ada kelas lagi.. namun bila lihat keriangan dan kepuasan di wajah setiap pelajar hilang segala penat kak ita.. senyum lebar sampai terbawa-bawa dalam igauan mimpi..











Terima kasih ya adik-adik semua.. halalkan segalanya... kalau ada kekurangan.. kelemahan di pihak masam manis.. kak ita mengambil kesempatan mohon ampun dan maaf ..

salam sayang dari kejauhan... semoga berjumpa lagi insyaallah

Kepada yang berhajat nak belajar boleh whatsapp 018 3747833




Post Top Ad

test