Jun 5, 2017

Asam Boi Limau Kasturi


Asam Boi Limau Kasturi adalah minuman kesukaan suami ita, dan ita sediakan untuk buka puasa tempoh hari. Kebiasannya bila makan kat luar, suami suka pesan air asam boi limau kasturi untuk membasahkan tekak terutamanya bila cuaca panas.

Membuatnya tidaklah terlalu sukar, anda hanya perlu rebuskan asam boi bersama air hingga kembang. Biasanya asam yang ita pilih adalah asam kelabu atau putih. Jika guna asam kecut merah bukan tak boleh.. boleh juga tapi airnya akan warna kemerahan lah kan..

Air ni sedap di minum dingin. Jadi bolehlah letak ketulan ais untuk rasa yang lebih segar dan dingin.
Kepada yang sedang mencari minuman untuk membasah tekak bila berbuka puasa nanti boleh lah cuba minuman ni.


ASAM BOI LIMAU KASTURI

8 biji asam boi
Air secukupnya
gula pasir secukup rasa
5 biji limau kasturi
Ketulan ais secukupnya

Masak air bersama asam boi hingga asam kembang dan air didir
masukkan gula secukup rasa
Biarkan air sejuk
Masukkan dalam jug, perahkan limau kasturi dan letakkan ketulan ais
Sedia di nikmati





No comments:

AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.