Jun 5, 2017

Sup Gear Box Tulang Merah


Petang ni ita nak kongsikan satu lagi resepi yang sedap dan menjadi kesukaan kami sekeluarga. Sebenarnya resepi ni ita pernah kongsikan sebelum ni di SINI
Resepi sup tulang merah ni cukup popular di Kota Singapura. Kalau pergi ke Singapura mesti nak pekena Sup Tulang Merah, kalau tak nanti balik teringat-ingat dan terbayang-bayang aje..

Atas permintaan anak ita Azrul, maka hari ini ita sediakan sekali lagi hidangan sup tulang merah, tapi kali ini ita menggunakan tulang gear box. Ini semua akibat terliur sup tulang abang ita lah ni.. ^o^ hihi nak mengecek sikit jauh lah pulak di Kuala Lumpur. Bila nak makan kenalah rajin masak sendiri..


Kali ni ita kurangkan sikit warna merahnya.. haha nanti kalau merah sangat takut pulak nak makan.. haha.. kan.. walaupun sebenarnya anak ita Azrul minta ita letak lebih sikit warna merah.. hihi katanya baru berselera nak makan..

Ok lah ita tak boleh nak sembang lama tau.. sebab ita nak kena siapakan juadah buka puasa petang ni.. Kita intai resepi dulu lah ya.. kalau nak tengok step by step boleh rujuk kat SINI


SUP GEAR BOX TULANG MERAH

Mula-mula kita rebus tulang dahulu hingga empuk

Bahan Merebus Tulang 

 1 kg tulang lembu atau kambing ( kalau kambing bolehlah guna tulang gear box )
Air secukupnya untuk merebus daging
2 inc halia ~ di hiris kasar
2 batang serai ~ di ketuk
1 labu bawang putih ~ di belah 2
1 bungkus sup bunjut 

Kaedah Merebus Tulang

Cuci tulang bersih-bersih
Masukkan ke dalam periuk
Masukkan air secukupnya
Masukkan, serai, halia, bawang putih dan sup bunjut dan rebus hingga daging pada tulang empuk.
Bila dah empuk, keluarkan tulang, serai, halia, bawang putih dan sup bunjut.
Asingkan tulang dari serai, halia, bawang putih dan sup bunjut tadi.
ketepikan

Sekarang kita sediakan bahan-bahan untuk rempah cili pula

Bahan Rempah Cili

a. Rempah Tumis

2 batang kulit kayu manis 
4 kuntum buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang


b. Bahan Kisar Halus

10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inc halia
15 tangkai cili kering


c. Bahan Rempah

2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk lada hitam


 d. Bahan Sos

1 tin kecil tomato puree ( kalau tin besar tu guna dalam 1/2 tin)
2 sudu besar kicap manis
1/2 botol sos tomato ( botol kecil)
2 biji telur
1 buku gula melaka
2 kiub daging
1 cawan bawang goreng
sedikit pewarna merah
4 biji kentang ~ kentang di kupas kulit, potong bulat dan di goreng, kemudian masukkan dalam blender dan kisar halus.


e. Bahan Sayur-sayuran

2 biji kentang ~ kupas kulit dan di dadu
4 Biji Tomato ~ potong baji
1 batang lobak merah ~ potong panjang
3 pokok daun ketumbar
Daun ketumbar di hiris akarnya di bersihkan tanahnya dan masukkan sekali nanti

Ok dah siap dah semua bahan-bahan yang kita perlukan, sekarang boleh lah kita mulakan proses memasak.

Kaedah menyediakan cili


Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis
Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, yang telah di kisar
Masukkan cili yang di kisar
Masak hingga garing dan terbit minyak
masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan serbuk lada hitam yang di bancuh dengan sedikit air
kacau hingga rempah garing
Kemudian masukkan tomato puri, tomato sos
Masukkan kicap manis, gula Melaka dan kiub daging
Masak hingga gula melaka larut
tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat
masak hingga garing

Rempah cili kita dah pun siap, sekarang kita bolehlah mulakan proses untuk memasak sup tulang merah pula

Kaedah menyediakan sup tulang merah









Panaskan semula sup dan masukkan semula tulang kedalam sup
masukkan rempah cili yang kita telah masak tadi
Kacau rata dan biarkan hingga didih
Masukkan kentang yang telah di kisar
Masukkan pewarna merah, kacau rata
Perasakan dengan secukup rasa dan garam
Biarkan didih
Masukkan bawang goreng
masukkan tomato, kentang, carrot dan daun ketumbar
Kacau dan biarkan kentang dan lobak empuk
Akhir sekali masukkan telur yang telah di kocok
Biarkan kuah merenih
Sedia di hidangkan bersama roti yummy!





No comments:

AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.