Jun 15, 2017

Nasi Jagung Istimewa


Semalam sempat ita sediakan set menu Nasi Jagung untuk berbuka puasa bersama keluarga. Pada yang tengok ig ita azlitaaziz mungkin ada perasan video yang ita uplode semalam. Ramai yang minta ita kongsikan resepi nasi jagung ni.


Nasi jagung ni ita sediakan bersama lauk kerutup ayam dan acar mentah. Ita menggunakan beras basmathi dalam penyediaan nasi jagung ita. Sedap tau! nasi jagung istimewa ni.. lain sikit dari resepi nasi jagung yang biasa ita buat tu. Resepi ni ita ambil dari Chef Zaidah Mohd Noor , chef hebat yang sangat ita kagumi. Resepi ni di kongsikan dalam buku masakan beliau Citarasa Malaysia. Terdapat lebig 1000 himpunan  resepi dalam buku tersebut dan ita dah pun mencuba beberapa resepi.. semua sedap!

Untuk lauk kerutup ayam ita menggunakan resepi Cikgu Wan, memang sedap dan serasi gandingan antara nasi jagung dan kerutup ayam ni. Berselera kami sekeluarga menjamu selera.

Jom lah kita intai resepi nasi Jagung Istimewa ni..



NASI JAGUNG ISTIMEWA
Resepi Oleh : Chef Zaidah Mohd Noor
Rujukkan : Citarasa Malaysia

3 sudu besar margerin
1 biji bawang besar ~ ita letak 3 ulas bawang merah
1 cm halia ~ di ketuk
1 batang serai ~ di ketuk
2 tangkai cili merah ~ buang biji dan cincang halus
50 gm udang kering ~ rendam lembut dan kisar
1 biji tomato ~ di cincang
air secukupnya untuk menanak nasi
1 helai daun pandan ~ di simpul
2 helai daun salam
2 tangkai cili hijau ~ buang biji tengah dan belah 2
100 gm jagung biji
3 cawan beras basmathi ~ rendam 1 jam
garam secukup rasa
Rempah tumis ~ ita tambah ( kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang , biji pelaga )
bawang goreng untuk tabur

Panaskan minyak dalam periuk nasi.
Tumiskan  rempah tumis, bawang, halia dan serai hingga harum
Masukkan cili dan goreng sebentar
Kemudian masukkan udang kering kisar, tomato, dan kacau sebentar
Kemudian masukkan air, kacau sebentar dan biarkan didih
Bila dah didih masukkan daun pandan, daun salam, cili hijau, jagung dan beras
Perasakan dengan garam secukup rasa
Tutup periuk dan tanak nasi hingga masak


KERUTUP AYAM YANG SANGAT SEDAP
Resepi oleh : Cikgu Wan

1/2 ekor ayam ~ potong kecil
1 biji santan kelapa
1 sudu besar kerisik
2 sudu besar rempah kerutup
Rempah tumis 4 sekawan ( kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan biji pelaga)
1 batang serai ~ di ketuk
2 biji kentang ~ belah 4
air asam jawa secukupnya
gula melaka
garam secukup rasa

Bahan kisar
1 mangkuk cili kering ~ ita letak dalam 20 tangkai
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inc halia
1 inc lengkuas

Ita goreng dahulu ayam bersama garam dan kunyit
Angkat dan ketepikan
Baki minyak goreng ayam, tinggalkan 1 senduk dan panaskan semula
Tumiskan rempah tumis 4 sekawan dan serai hingga harum
Masukkan bahan kisar dan masak hingga garing
Bila dah garing masukkan rempah kerutup yang di bancuh dengan air
Masak hingga terbit minyak
Masukkan kentang, air asam dan kerisik dan masak hingga kentang empuk
Masukkan gula melaka, dan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan ayam dan santan
Masak sambil kacau sekali sekala hingga kuah sedikit pekat
Angkat dan hidangkan


ACAR MENTAH

1 batang timun ~ di hiris nipis atau potong batang mancis ( buang biji tengahnya )
1/2 batang lobak merah ~ di potong halus ~ atau sagat halus
2 batang cili merah ~ buang biji dan hiris halus
6 batang cili padi ~ hiris halus-halus
2 labu bawang besar ~ di ghiris nipis

2 sudu besar gula
1 sudu teh garam
3 sudu besar cuka makan

Gula, garam dan cuka di satukan
Timun, lobak , cili meah , cili padi dan bawang di satukan dalam bekas
Tuangkan larutan cuka, gula dan garam dan gaul rata
Sedia di hidangkan


No comments:

AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.