Jun 15, 2017

Air mata Kucing Gula Batu


Assalamualaikum..

Minuman buka puasa yang sempat di sediakan semalam.
Ita sediakan air mata kucing gula batu. Bila kata gula batu.. tidaklah ita menggunakan gula pasir. Menggunakan gula batu dan gula Melaka. jadi semunya batu-batu semuanya..

Air mata kucing bila di masak menggunakan gula batu.. rasanya lebih sedap dan enak. Ita tambahkan gula Melaka supaya air ita sedikit bewarna keemasan. kalau tak dia tak lah kuning keemasan.. agak jernih sikit sebab mata kucing yang ita gunakan ni agak golden brown sikit.. jadi bila di masak dia tak mengeluarkan warna. So.. ita tambah gula Melaka.. lagi sedap dan umph! tau..


Cara membuatnya cukup mudah. kalau nak buat tu.. kenalah rebus awal-awal.. dah boleh rebus dari sekarang sebab nanti bila petang dah sejuk.. tinggal letak ais aje.. segar dan dingin sekali..


AIR MATA KUCING GULA BATU

1 gengam mata kucing kering ~ cuci bersih
air secukupnya untuk merebus
Gula batu secukupnya ~ ikut sesuai kemanisan
1 ketul gula Melaka
1 helai daun  pandan ~ di simpul

Satukan semua bahan dalam periuk dan rebus hingga mata kucing kembang.. gula batu dan gula Melaka larut
Kemudian di tapis
Masukkan dalam jug
Biarkan sejuk
Bila dah sejuk, letakkan ketulan ais
Enak bangat diminum ketika dingin




No comments:

AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.