Ita memang sangat suka puding berkuah.. malahan bukan ita aje.. anak-anak , suami malahan kedua ibu dan bapa ita juga cukup mengemarinya. Kebiasannya ita akan sediakan pada setiap kali hari raya untuk merai kawan-kawan dan saudara-mara.
Membuat puding berkuah tidaklah terlalu sukar. Bahannya pun tidak memberatkan malahan boleh di dapati di mana-mana sahaja kedai runcit.
Puding berkuah kebiasannya di makan bersama puding kastard yang tidak terlalu manis , di sulami pula dengan buah-buahan coktail dan bertambah sedap lagi adalah kuahnya yang lemak berkrim.
Anak-anak ita lebih sukakan puding berkuah bersama sumi jelly. Mungkin rasa kastard yang sedikit tawar buatkan mereka tak berapa minat.. dan kerana itu setiap kali ita buat puding, ita akan letakkan sedikit gula pada kastard supaya lebih manis dan di sukai anak-anak.
Hari ini ita kongsikan resepi puding bekuah yang ita sediakan untuk berbuka puasa. Semoga ianya menjadi sumber inspirasi kepada para suri rumahtangga dalam mencari idea untuk menyediakan juadah berbuka pusa petang nanti.
PUDING BERKUAH
Bahan Untuk Kastard
1 cawan tepung kastard
5 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula + 1 sudu besar gula
Satukan semua bahan dalam periuk dan masak atas dapur dengan api sederhana hingga ia meletup-letup dan pekat.
Angkat dan sudukan dalam acuan kecil
Sejukkan hingga keras
Bahan Untuk Kuah
1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
fruit coktail - untuk hiasan
Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. Tambahkan secubit garam dan esen vanila
Biarkan kuah mendidih.
Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.
Untuk menghidang masukkan kuah dlm mangkuk besar. Letakkan ais dan fruit coktail dan letakkan puding kegemaran tadi dan siap utk di hidangkan.
10 comments:
Assalam Kak Ita. Saya ni silent reader blog akak ni. Dah ada beberapa resepi akak yg saya cuba dan menjadi. Terima kasih ye kak :)
Resepi kuah puding arwah mak saya ditambah kuning telur. Jadi kuahnya lebih pekat dan berkrim. Klu saya mkn mmg x cukup semangkuk :p
Aduhai sedapnya....teman suka makan tapi maleh masak, kot ada maid kan senang....order ja nk makan apa. Boring la berdiri lama2 kt dapur, sakit kaki
Salam Kak Ita, saya dah lama tak ada ibu. Beliau meninggal dunia semasa saya baru melangkah ke universiti. Arwah mummy memang pandai masak. Beliau guru Ekonomi Rumah tangga sekolah menengah. Saya tak sempat belajar dari beliau. Alhamdulillah, blog kak Ita banyak membantu saya. Moga Kak Ita dan keluarga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Ilahi.
Salam Kak. Boleh saya tau resipi ni utk brp org makan? Sbb sy nk try buat utk jamuan. TQ
Salam kak.. Kalau masuk dlm peti ais blh thn berapa lama ye
Sedapnya.. T.kasih berikan resepi yang mudah..
1 tin susu cair, berapa biji kuning telur? Terima kasih
Alhamdullillah kak , menjadi ikut akak punya resepi ni . Terima kasih kak ,
Cukup untuk satu keluarga makan .
Saya ambil perkongsiannya sahaja lain tiada dulu kini dan selamanya.
Terima kasih moga sentiasa dalam Rahmat Allah.
Post a Comment