Jun 6, 2017

Sirap Limau


Untuk minuman pula, ita sediakan minuman yang mudah di sediakan yang cepat dan ringkas. Membuat air sirap limau ni cukup mudah. Kita boleh sediakan sirap rose ni sendiri atau kita boleh aje terus gunakan kordial rose. Yang paling utama mesti ada limau kasturi, kalau tak tak jadilah sirap limau.

Ok jika nak buat sendiri sirap rose, kita boleh buat sendiri kordial rose tu. Mudah aje..
Masak gula dengan air dan daun pandan hingga gula larut. Kemudian bolehlah letakkan pewarna merah dan perisa rose. Kordial ni boleh di simpan dan jika nak buat air boleh gunakan.

kalau malas nak masak gula, beli lah kordial yang dah siap di jual.


SIRAP LIMAU

Kordial rose F&N
Air secukupnya
Ais secukupnya
Limau kasturi

Sediakan air sirap bersama kordial, air dan ais
Kemudian perahkan limau kasturi.
Sedia di hidangkan




No comments:

AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.