Jun 8, 2017

Sirap Bandung Anak Dara


Sirap bandung ni anak dara ita Dalili yang membuatnya.. sebab tu ita namakan Sirap Bandung Anak Dara.
Waaahh... tak sangka sedap jugak air tangan anak dara ita ni.. Sampai semua puji keenakkan dan kelazatan air sirap bandung Dalili. Wah.... semakin kembang lah Dalili tu kan.. bila di puji oleh ayah dan abangnya.. sampai semua tak caya Dalili yang buat air sirap bandung ni.. cayalah.. Dalili ^_^

Anak-anak ni.. sesekali bila di masuk dapur.. ringan tulang sikit nak bantu emaknya.. kita kenalah puji-puji sikit.. Biar dia rasa seronok dan semakin berkobar-kobar nak memasak atau membantu emaknya di dapur.. Sebab bukan mudah anak-anak muda sekarang nak ke dapur. Masih ada yang lansung tak kenal bahan..

Ok lah berbalik pada sirap bandung ni.. mudah aje cara penyediaannya. Sama seperti sirap bandung yang lain.. cuma istimewanya anak dara ita yang sediakan ^_^
Jom kita lihat apa bahan yang Dalili letak dalam sirap bandung yang di sediakannya..


SIRAP BANDUNG ANAK DARA

Kordia Sirap Rose F&N secukupnya ~ sirap ni dah manis
Susu pekat manis secukupnya ~ ikut citarasa kalau nak letak ais lebihkan manis
1 tin susu cair
Air secukupnya
Ketulan ais secukupnya

Satukan Kordia Sirap Rose dalam jug, letakkan susu pekat manis dan susu cair.
Tambahkan air dan ketulan ais
Siap di hidangkan dingin


1 comment:

galerry kids said...

Selama ni beli sirap F&N tak terpikir nk buat bandung.. Guna sirap biasa je tuk buat bandung 😂..lps ni boleh try

AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.