Sep 5, 2017

Minni Mouse Face Cake


Assalamualaikum..
Salam Aidil Adha buat semua dan salam kemerdekaan juga buat rakyat Malaysia.
Wah.. lama cuti kan... hari ni dah mula kerja semula... kerja.. kerja kerja.. semangat! semangat! semangat!
Pasti dah lama  cuti semangat untuk bekerja semula semakin berkobar-kobar..
Jangan malas-malas ya.. kehidupan semakin sukar sekarang.. bahan-bahan makanan dan keperluan sudah semakin hari semakin meningkat harganya.. kos sara hidup dah semakain tinggi dan kehidupan semakin hari semakin sukar. Fikir yang positif , mulakan kehidupan dengan semangat baru.. insyaallah Allah sentiasa bersama kita untuk memberikan kita rezeki yang terbaik.. insyaallah..

Ok hari ni ita nak kongsikan satu lagi tempahan kek dari customer. Awal mula tugasan dah kena buat kek yang agak sukar...
Kek ini ita pernah buat lama dahulu.. kalau tak silap pada tahun 2015..wah!! lamanya.. baru muncul semula. Bayangkan lah... selepas 2 tahun.. baru muncul semual tempahan kek ni... adoiiii... pasti dah banyak step yang nak kena ingat kembali..  Sesiapa yang tak pernah tengok bolehlah tengok kek yang ita pernah buat dulu beserta tutorial macam mana nak sediakan kek muka minni mouse ni.. rujuk SINI

Nampak macam mudah.. tapi bila buat terasa juga cabarannya..
Kek ini adalah tempahan dari regula customer ita yang sangat sukakan kek rainbow yang ita sediakan. Sebenarnya kalau nak buat kek 3D sesuai kek yang agak padat macam kek choc moist, red velvet atau butter cake. Tapi oleh kerana permintaan customer yang nak merasa kek raibow , maka ita sediakan kek rainbow dengan cream cheese filling untuk minni mouse face ni. Itulah cabarannya bila buat kek yang lembut dan perlu di balut dengan fondant.. wargh... nangisss...

Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna.. Alhamdulillah syukur dan terima kasih sekali lagi Allah kerana memberi ilham.. memberi kekuatan dan semangat untuk merialisasikan impian adik Raihana.
Terima kasih sekali lagi buat keluarga Raihana terutamanya untuk ibu dan ayah yang selalu order cake dengan kak ita. Minta halal mana yang terkurang dan harap sangat Raihana happy!
happy birthday sayang .. semoga menjadi anak yang soleha berjaya dunia dan akhirat..


Kepada yang mencari kek untuk insan yang tersayang, bolehlah whatsapp kak ita di talian 018 3747833 , insyaallah kami sedaya mungkin cuba merialisasikan impian anda 




No comments:

AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.