Korea day 2 - masam manis f

Breaking

Apr 17, 2018

Korea day 2


Pagi ini kami bangun dengan suhu yang sangat sejuk. Semalam Jordan dah pesan suhu hari ini akan terlalu sejuk hingga mencecah -1 C. Terujanya rasa hari ini kerana kami akan di bawa ke Everland Resort. Kami di minta berkumpul pada pukul 9 pagi selepas bersarapan, kerana perjalanan ke Everland dari hotel kami mengambil masa selama 45 minit.







Keluar hotel sahaja kami si sajikan dengan pemandangan yang sungguh indah... wahhhh... deretan pohon cherry blossom yang sedang mekar berkembangan. Kesempatan tidak di lepaskan, masing-masing sibuk merakamkan gambar kenangan di bawah pohon cherry blosom yang rendang.. walaupun cuaca pagi itu sangat sejuk, naik beku kaki dan tangan.



Teruja betul hari ini, masih terngiang-ngiang kata-kata Jordan semalam, "kita akan pergi ke team park dan melihat bunga tulip yang sedang berkembang". Kebetulan ada pesta festival Tulip pada hari tersebut, bertuahnya badan..




Everland adalah taman tema yang terbesar di Korea Selatan yang terletak di Everland Resort di Yongin, sebuah bandar di Gyeonggi - do. Ia menerima berjuta pengunjung setiap tahun dan pada tahun 2016 sahaja di anggarkan seramai 6.96 juta pengunjung telah membanjiri Everland ini termasuklah pengunjung dari dalam dan luar negara. Tidak hairanlan ia tersenarai di kedudukan ke 16 antara tempat yang paling ramai di kunjungi  di dunia. Dan mendapat tempat teratas dan antara tumpuan utama untuk di kunjungi di Korea.




Everland terbahagi kepada 5 bahagian iaitu European Adventure, Zoo Topia, Global Fair, Magic Land dan American Advanture . Di sepanjang tahun pula, everland menganjurkan pelbagai festival dengan tema-tema yang cukup menarik

Snow festival - January ~ Febuary
Tulip Festival - March ~ April
Rose Festival - may ~ June
Summer Splash June - August
Chritsmas Fantasy - Nov ~ December



Pagi ini kami mengenakan pakaian tebal, kerana takut kesejukkan macam semalam. Dalili lah yang paling teruja kerana nak ke team park.










Sepanjang perjalanan kami di sajikan dengan pemandangan yang indah dan lambaian bunga-bunga chery blossom di sepanjang jalan. Ya Allah indah sunguh ciptaan ilahi. Ita cuba tidak melelapkan mata kerana nak melihat sepuas-puasnya panorama yang indah ini.


Kami sampai di sana pukul 10 pagi, orang sudah mula membanjiri taman tema ini tidak kiralah penduduk tempatan atau pelancong yang datang silih berganti. Tempat membeli tiket menjadi tumpuan dan manusia beratur panjang untuk membeli tiket masing-masing. Mujur tiket kami sudah di beli khas oleh pihak Arba Travel tak perlulah kami nak beratur panjang menunggu giliran.


Kami di beri masa selama 5 jam di Everlan untuk di terokai, memang tak cukup lah... dengan orang yang ramai, beratur untuk nenunggu giliran.. dahlah team pak ini besar dan luas, banyak pulak aktiviti menarik di dalamnya yang harus di kunjungi.. memang tak semua yang dapat kami lawati.. adooiiii... mula terasa nak datang lagi aje..









Jadi pada ita kalau nak merasa sepuas-puasnya di Everland ni harus sehari suntuk di sini, sampai malam pun masih adalagi pelbagai aktiviti menarik di sini.  Terasa tak puas sebab banyak yang terlepas dan tak sempat di terokai..





Pesta bunga tulip yang sedang berlangsung di Everland menambahkan lagi keterujaan ita. Ya Allah cantik sungguh bunga tulip yang mekar berkembangan dengan pelbagai warna. Walaupun sebelum ini ita pernah lihat taman tulip di Perth Australia, tapi di sini lebih teruja lagi bila melihat jutaan pengunjung yang turut sama teruja untuk merakamkan gambar kenangan masing-masing.

















Kami kemudian bergerak ke Zoo Topia, waahhhh seronoknya bila melihat haiwan yang tak pernah ita bayangkan dapat melihatnya dengan mata kepala sendiri. Dalili lah yang paling teruja. ya Allah comel-comel haiwan di sini, rasa macam nak peluk-peluk aje.. dengan bulunya yang gebu dan nampak haiwannya juga turut ceria menyambut kedatangan kami. Jauhlah beza haiwan di sini dengan di Malaysia.. mungkin juga faktor cuaca, pemakanan dan penjagaan dari pihak Everland sendiri.
Kerana beratur terlalu lama menunggu giliran.. perut pun mula berkeroncong.. di Everland ni tak boleh makan sembarangan kerana rata-rata makanan di sini tidak halal. Sebelum turun bas pihak Arba dah bekalkan kami makanan untuk makan tengahari iaitu nasi ayam dan ayam masak merah yang di tempah khas. Berselera kami makan maklumlah perut dah mula kelaparan dan cuaca sejuk pulak tu menambahkan lagi alunan keroncong yang berirama dalam perut ni..












Anum selaku tourist guide kami mencadangkan kami mencuba ais-cream di Everland. Wah bagai pucuk di cipta ulam mendatang apalagi, ita dan Dalili terus ke gerai menjual aiscream, Ya Allah benar bagai di kata, ais-cream di Korea ni memang sangat sedap! rugi kalau tak merasa bak kata Dalili "cair di mulut.. yummy!!"



Selepas makan kami hanya jalan-jalan dan merakamkan gambar kenangan di sekitar Everland. Dalili sempat juga main roller coster dan naik cabel car.. permainan lain tak berani nak naik kerana mengayatkan dan kita juga kekurangan masa..




Tepat jam 3:30 hujan pun mula turun, semua permainan dan kedai di tutup kerana hujan.. kami pula dah mula berlari keluar untuk mengejar bus yang dah lama menunggu..
Memang seronok berada di Everland.. terasa nak datang semula satu hari nanti insyaallah..

Dalam bus masing-masing mula melelapkan mata kerana kepenatan sehari suntuk berjalan turun naik bukit-bukit di Everland.

Petang itu kami di bawa makan ikan bakar Korea yang sangat sedap yang pastinya halal di Omoni Saengseon yang terletak di Insadong Street . Waaa... berselera sungguh kami menikmati makanan petang itu. Dengan Arba, kita tak perlu risau tentang hidangan makanan kerana Arba menjaminkan makanan yang di sajikan adalah halal. Sebenarnya tak perlu bawa bekalan makanan dari Malaysia pun.. kerana ita percaya setiap dari kita yang berkunjung ke Korea pasti nak merasa makanan di negara tersebut. Dengan perut yang dah berkeroncong, pasti setiap hidangan yang di sajikan begitu membuka selera.





Selepas makan kami berangkat ke Hotel untuk melepaskan lelah. Malam itu tourist guide kami Anum berjanji untuk bawa kami bersia-siar di sekitar hotel sambil menikmati Bingsu.. waaa.... sedapnya..
Seronoknya dan rasa syukur sangat dapat tourist guide yang sangat sporting, walaupn ita tau Anum penat tapi dia bersedia melayan kerenah kami semua.. bukan untuk satu malam, malahan di malam-malam yang lain juga dia membawa kami makan di bingsu bagi mereka yang belum berkesempatan merasa sambil menunjukkan kedai-kedai yang murah untuk kami bershopping nanti.












Bingsu di Korea memang terbaik, simple tapi aisnya cukup halus di tambah dengan buah-buahan yang segar dan ais-cream yang cair di mulut memang terbayang-bayang lagi kesedapan bingsu ni.. walaupun hujan yang turun mencurah di tambah dengan angin yang amat menyejukkan, kami tetap menikmati Bingsu sepuas-puasnya kerana bukan senang nak merasa kesedapan Bingsu yang asli.... adoiii kenangan di Korea memang tak boleh move on lagi ni..








2 comments:

Fatimah Nabila said...

wah, seronoknya kak ita bercuti di korea..ambil pakej eh? nanti boleh suggest kan kite..hihi..

Juls Julie80 said...

subhanallah..cantiknya tempat tu..bunga2 tu cantik giler...selamat bercuti kak ita...

kalau tak keberatan..akak share la akak amek gambar guna camera ape, blh? cantik2 hasil gambarnya... jelesssssssssss tengokk..hehehe

Post Top Ad

test