Masjid Itawon Street Korea - masam manis f

Breaking

Apr 13, 2018

Masjid Itawon Street Korea


Rombongan kami selamat sampai di bumi yang terkenal dengan gengseng ini tepat jam 3: 15 petang waktu Korea Selatan. Untuk pengetahuan anda semua, waktu di Korea dan kita di Malaysia hanya beza 1 jam sahaja. Kalau di Korea pukul 3: 15 petang bermakna waktu di Malaysia ketika itu adalah pukul 2: 15 petang. Jadi tak adalah kami jet lag bila sampai di sana.




Kami di sambut oleh 2 pemandu pelancung dari Arba Travel Anum dari Malaysia dan Jordan dari Korea dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Ramah dan bersopan santun ketika menuturkan bicara amat membuatkan kami semua berasa sangat selesa dan terasa sebagai sebuah keluarga. Tak ada masalah bagi kami untuk menanyakan soalan, atau jika kami menghadapi sebarang masalah kerana mereka sentiasa ada untuk membantu. Jordan yang berasal dari Korea juga boleh bertutur bahasa Malaysia walaupun tidak berapa lancar. Beliau sangat menjaga keperluan kami terutama orang Islam dalam hal solat dan halal haram.




Cuca di Korea petang itu sangat dingin , suhu 6C memang menusuk hingga ke tulang sum-sum bertambah lagi dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, lagi membuatkan kami terketar-ketar kesejukkan. Anum dan Jordan selaku pemandu pelancung mengarahkan kami semua memakai jaket tebal kerana cuaca pada hari itu sangat sejuk dan di jangka mencecah -2 C pada waktu malam.




Kemudian kami di bawa dengan bus yang begitu selesa dan pemandu dari Korea yang sangat ramah walaupun sepatah haram tak faham apa yang kami cakap hihi
Panorama sepanjang perjalan membuatkan kami benar-benar teruja, sedikit penerangan dari Jordan dan Anum tentang trip kami nanti lansung tidak di endahkan sebaiknya kami asyik melihat bunga cherry blossom yang sedang mula berkembang di sepanjang jalan menuju ke tempat yang di tuju. Waah... sangat cantik panorama sepanjang perjalanan di tambah deretan bangunan yang kemas tersusun umpama block lego. Bumi korean ni berbukit-bukit dan kebanyakkan rumah mereka di lereng bukit.. ita mula membayangkan bagaimana Ujin berlari-lari mendaki bukit untuk ke sekolah dalam slot drama Winter Sonata yang popular satu masa dahulu.. ya Allah tak sabar rasanya nak memeggang bunga cherry blossom yang sedang mekar..




Menurut Jorden kami bertuah kerana kedatangan kami memang tepat pada masanya kerana bunga cherry blossom dan tulip sudah mula berkembangan. Katanya lagi, biasamya bila masuk musim bunga cuaca di Korea tidak terlalu sejuk, tapi kali ini terdapat peralihan cuaca yang mereka panggil "winter jealous spring" yang membuatkan cuaca sejuk berterusan walaupun telah masuk musim bunga. Keadaan ini tidak selalu berlaku, beberapa tahun sekali akan terjadi dan kami sangat beruntung kerana dapat merasai fenomena ini.

gambar dari google

Kami di bawa untuk menikmati makan malam di sebuah restoran Murree yang menyajikan makanan India, Arab , Pakistan, Turki  yang terletak di Itawon Street. Ya Allah sedap betul hidangan kami malam itu, tak taulah jika kami terlalu lapar atau memang ianya sangat sedap . Kami di sajikan dengan buffet nasi berianyi yang lembut dan enak di tambah lauk ayamnya yang sedap dan menyelerakan. Ada popia dan juga roti nan yang sangat lembut memang berselera kami menikmati hidangan makan malam kami. Oleh kerana kami sampai pada malam minggu, maka ramailah orang yang membanjiri jalan dan kedai- kedai di sepanjang Itawon Street. Rata-rata kebanyakkan daripada mereka adalah pelancung dari Timur Tengah. Menurut Anum, ada antara mereka memang menetap di Korea kerana bekerja dan selainnya adalah pelancung yang bertukar silih berganti.


Selepas makan kami berpeluang berjalan di Itawon Street dan ada yang merebut peluang untuk solat di masjid pertama dan satu-satunya tempat ibadah umat Islam di Ibu Kota Korea Selatan yang telah di bina pada tahun 1976. Masjid bernama Seoul Central Mosque itu, di dirikan atas sumbangan dari Arab Saudi dan negara Islam yang lainnya untuk kemudahan umat Islam di Korea Selatan. Di masjid ini khutbahnya di katakan di sampaikan dalam bahasa Arab, Inggeris dan Korea.



Kerana malam cuaca semakin dingin, ramai antara kami berpusu-pusu ke kedai di sepanjang Itawon Street untuk mendapatkan baju sejuk dan juga sarung tangan untuk memanaskan badan yang semakin kesejukkan.




Selepas makan dan mendapatkan sedikit barangan keperluan kami di bawa ke Seoul Jongno Hotel , sebenarnya ia lebih kepada guest house lah, tapi lengkap dengan heater, ada air panas, bilik pun selesa lah untuk kita yang hanya untuk tidur dan memelapkan mata dan kemudah untuk cuci baju dan iron baju juga turut di sediakan. Sarapan pagi turut di sediakan setiap hari, kira ok lah.. selesa sangat. Sebelum melepaskan kami ke bilik, sekali lagi kami di berikan sedikit penerangan tentang program untuk keesokkan hari, nak berkumpul di mana , pukul berapa nak bertolak, tempat yang nak kita lawati makan tengahari dan makan malam di mana, cuaca dan suhu di Korea untuk esok hari supaya kita boleh memilih pakaian yang sesuai untuk tempat yang ingin kita lawati esok dan bersesuaian dengan suhu dan cuaca.


Dalam bus juga sentiasa ada air mineral water sekiranya kita dahaga. Pihak Arba  memberikan kami service yang cukup baik dan selesa hingga banyak membantu terutamanya bagi mereka yang baru pertama kali ke luar negara, hingga luggage pakaian yang sesuai di bawa, macam mana bila nak berlepas dari airport, dan bila tiba di airport Incheon, semua butiran  di berikan dengan lengkap dan detail sekali. Memang terbaik Arba Travel.



Malam itu kami tidur dengan lena sekali ... tak sabar untuk trip keesokkan hari 


No comments:

Post Top Ad

test