Biskut Sampan - masam manis f

Breaking

May 28, 2018

Biskut Sampan


Shawal datang lagi..
Rasanya ramai ibu-ibu yang dah mula menyediakan biskut raya untuk di hidangkan kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah. Seperti suri rumah yang lain.. ita juga tak terkecuali menyediakan biskut raya sebagai persediaan menyambut kedatangan Shawal.


Hari ini ita berkesempatan menyediakan biskut sampan. Biskut pertama yang sempat ita sediakan untuk hari raya nanti.

Biskut sampan ni adalah biskut lama, lama pun tak lama jugak, ita rasa ianya popular awal 90 an. Nama biskut ini di ambil bersempena dengan bentuknya yang seakan sampan. Ia menggunakan acuan bentuk sampan yang anda boleh dapatkan dari kedai menjual bahan kek dan kuih-muih.

Kalau sebut biskut sampan, ita mesti teringat pada mak cik yang pernah berkeja di rumah ita dahulu. Cik Arah namanya. Cik Arah , pandai buat biskut raya, dia juga pandai dalam bab masak-memasak dan merupakan guru ita yang pertama mengajar ita memasak didapur. Bukan sahaja mengajar ita memasak lauk-pauk tapi beliau juga mengajar ita buat biskut dan kek. Dari cik Arah lah ita belajar menggunakan oven dan periuk kukus..


Bila hari raya, cik Arah sibuk menyiapkan tempahan, ita siap tolong jualkan biskut raya cik Arah. Alhamdulillah ramai juga orang yang order masa tu.. Kesian Cik Arah.. nak sara keluarga, macam-macam kerja Cik Arah buat..

Dah lama ita tak jumpa Cik Arah.. entah sihat ke dia... Apa khabar dia sekarang.. harap Cik Arah sihat dan di murahkan rezeki selalu...


Amboiii... panjang pulak bersembang , jom kita sambung cerita biskut sampan ni..

Untuk membuat biskut sampan ni ada dua adunan yang perlu di sediakan, pertamannya adalah adunan crust untuk membuat shelnya atau sampannya. Dan satu adunan lagi adalah untuk membuat intinya. Bagi intinya ada pelbagai versi , ada menggunakan kelapa kering, ada guna nestum, ada guna badam dan bermacam-macam kaedah. Anda boleh pilih mana-mana cara ataupun kaedah yang anda suka dan serasi dengan citarasa masing-masing.


BISKUT SAMPAN
Resepi Oleh : Naz Cute Oven

Bahan-bahan

250 gram mentega - suhu bilik
140 gram gula perang
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil essen vanilla

Bahan Kulit
40 gm tepung jagung
2 1/4 cawan rata tepung rose @ tpg gandum

Bahan Inti nestum
1/2 cawan nestum ( yang ni bole letak lebih ) tapi makesure tidak terlalu pekat
3 sudu besar tepung jagung
* ita gantikan nestum dengan cornflakes dan ita letak juga coconut flakes

Hiasan
Ceri hijau - belah 4
Ceri Merah - belah 4
Badam (dipanggang sederhana garing) - belah dua



Pukul mentega bersama gula perang sehingga kembang. (gula perlu hancur, jika tidak..susah nak bawa keluar dr acuan).
Kemudian masukkan telur, pukul sikit lagi. Tambahkan sedikit esen vanila dan kacau.
Ambil 1/3 dari adunan untuk INTI. Baki adunan untuk bahagian KULITnya.

Untuk bahagian KULIT, masukkan tepung jagung, kacau guna senduk. 
kemudian masukkan sikit2 sikit tepung gandum..adun sehingga tidak melekat tangan. 

Kemudian utk bahagian INTI (yg 1/3 adunan tadi tu), masukkan tepung jagung dan nestum..
Kacau sehingga sebati adunan akan lembik sikit tapi  jangan risau memang mcm tu

Kemudian...amik acuan sampan (kalau takde guna acuan tart pun bole) letak adunan kulit tadi bentukkan adunan agar sikit berlurah.
Ambil sudu kecil atau pisau, ratakan bahagian inti nestum td dalam lurah biskut kita tadi buh lebih sikit pun takpa nanti cantik naik bila di bakar.

Sebelum bakar kite deco la biskut kite tadi letak laa ceri, badam..hias ikut kreativiti
Panaskan suhu oven terlebih dahulu dgn suhu 170 - 180 darjah bakar selama 15  minit menggunakan api bawah 
Kemudian bakar lagi 15 minit menggunakan api atas dan bawah
Siap sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.




1 comment:

Normala Saad said...

Kuih popular masa kecil dulu tahun 70an. Masa tu hanya orang kampung moden saja yang tau buat kuih ini.
Kak rasa resepi dulu tak ada nestum untuk intinya. Cuma diletak buah ceri hijau dan merah saja.

Post Top Ad

test