Kuey Teow Goreng Seafood - masam manis f

Breaking

May 28, 2018

Kuey Teow Goreng Seafood


Kuey Teow Goreng, pasti ramai yang mengemarinya. Ada yang suka Kuey Teow Goreng dan ada juga yang suka Char Kuey Teow . Char kuey Teow sedikit basah atau sedikit berkuah, manakala kuey teow goreng lebih kering.


Kuey teow goreng yang popular adalah kuey teow kerang, ianya adalah faberet kami sekeluarga. Tapi kali ni ita buat kuey teow goreng seafood, ita tak letak kerang letak udang dan sotong je.. tak kisahlah nak letak apa-apa pun boleh ikut citarasa masing-masing.




KUEY TEOW GORENG SEAFOOD

200 gm Udang ~ di bersihkan
100 gm sotong ~ di bersihkan dan potong
100 gm kerang ~ ambil isinya sahaja
2 ekor ketam ~ jika suka

Bahan kisar
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 senduk cili kering

Bahan Sos
5 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ikan bilis
garam secukup rasa

Bahan Lain
Me Teow secukupnya
Daun kucai
taugeh
2 biji telur


Mula-mula sediakan stock seafood
Rebus semua makanan laut , rebus kejap je
Angkat dan asingkan stock seafood dan isinya

Dalam kuali panaskan minyak
Tumiskan bahan kisar hingga garing
Masukkan stock seafood tadi
Masukkan bahan sos dan perasankan dengan garam secukup rasa
Masak  sampai pekat
Masukkan kuey teow
Goreng sekejap
Ketepikan dan pecahkan telur
Masak telur dan gaulkan dengan kuey teow
Akhir sekali masukkan seafood, taugeh dan kucai
Kacau sebati hingga masak
Bolehlah angkat dan hidangkan



No comments:

Post Top Ad

test