Salam Ramadan buat semua umat Islam di seluruh dunia dan kepada umat Islam di Malaysia khasnya. Alhamdulillah kita di beri lagi kesempatan untuk menmyambut kedatangan bulan yang mulia ini. Pastinya kedatangan bulan yang mulia kali ini di sambut dengan penuh kesyukuran. Kita telahpun melalui pelbagai ranjau kehidupan kini bermula era baru bila tampuk pemerintahan di ambil alih oleh barisan pimpinan yang baru. Semoga Malaysia akan pulih kembali dan terus gah di mata dunia.
Ok sebab bulan Ramadan kita bukan sahaja kena kawal nafsu, tapi juga mengawal segala tutur kata dan jari yang mengetuk papan kekunci. Ok lah ita pun tak boleh nak sembang banyak sebab banyak tugasan yang menanti yang harus di siapkan. Sebenarnya bulan puasa ni lagi bertambah tugasan sebagai suri rumah.
Hari pertama puasa ita hanya sambut berdua sahaja dengan Dalili. Sebenarnya ita pun tak tau nak masak apa bila tinggal berdua. Dalili pulak tak nak makan luar, bulan puasa nak makan di rumah katanya.
So untuk menu berbuka puasa kali ini hidangan di sediakan oleh anak dara ita Dalili. Semuanya ini makanan kesukaan Dalili dari bubur hinggalah pada minuman yang memang tak boleh di pisahkan dari anak dara sorang ni.. suka sangat lemon ais.
Hari ni ita sajikan dengan hidangan air tangan anak dara ita Dalili. Bulan puasa ni lah peluang ita nak ajar anak dara ita ni masak.. ajar kenal barang kat dapur sebab Dalili pun dah makin dewasa, kenalah biasakan diri di dapur.
Jom intai resepi mudah dan ringkas dari Dalili
BUBUR NASI BERLAUK ANAK DARA
1/2 cawan beras
4 cawan air
1/2 sudu teh secukup rasa Khor
1/2 sudu teh garam
1 inc halia di ketuk
Satukan semua bahan dalam periuk dan tanak hingga masak
Jika kurang airvtambahkan sedikit air panas ikut kesesuaian
SAMBAL TEMPE BILIS KERING
1 peketbtempe ~ potong nipis kemudian di goreng
1 gengam ikan bilis ~ cuci bersih dan goreng garing
1 gengam kacang tanah ~ di goreng
8 tangkai cili kering ~ potong , rendam dan kisar
3 ulas bawang merah ~ dikisar
2 ulas bawang putih ~ dikisar
sedikit belacan jika suka ~ dikisar
panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga garing
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
biarkan kuah kering
Tutup api dan masukkan kacang, tempe dan ikan bilis
Gaulb rata
KANGKUNG GORENG BELACAN
2 ikat kangkung
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc belacan
10 biji cili padi merah atau hijau
Garam dan sedikit gula
1 kiub ikan bilis
1/2 cwn air
minyak utk menumis
Potong sayur kangkung dan cuci bersih
Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih, belacan, dan 8 tangkai cili padi
2 batang cili lagi di ketuk
Tumiskan cili ketuk, bahan kisar dengan minyak yang telah di pijarkan hingga harum
Tambahkan air jika terlalu kering
Masukkan kiub ikan bilis, garam dan gula
Masukkan kangkung dan gaul rata
Biar kangkung sedikit laur dan segera tutup api.
Hidangkan Bubur nasi bersama lauk pauk dan taburkan jeruk asin untuk di makan bersama.
1 comment:
Simple dan menyelerakan, thanks kak Ita dan Dalili.
Post a Comment