Ramadan datang lagi, tentu ibu-ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan? Balik kerja kena hadap jalan sesak dan menyebabkan kekangan untuk menyediakan juadah yang berbaloi untuk di makan buat berbuka. Pastinya kita semua memerlukan makanan yang sedap dan paling penting sihat. Jadi untuk memastikan kita semua mendapat yang #terbaikramadan, jom cuba resepi mudah dengan hanya tiga hingga empat langkah sahaja.
Mudah , ringkas , cepat dan berkhasiat itulah resepi yang bakal ita kongsikan untuk hidangan berbuka puasa nanti. Pada yang masih mencari resepi yang mudah, pasti teringin untuk mencuba resepi rigkas ini.
KERABU MANGGA MI TANPA GORENG CINTAN YEO'S
Resepi oleh : Masam Manis
2 keping Mi Tanpa Goreng Cintan (None Fried Cintan Yeo's)
2 biji mangga muda ~ di racik halus
2 biji jus limau nipis
1 biji lobak merah ~ di racik halus
1 labu bawang besar ~ di mayang
4 biji cili padi ~ di cincang halus
1 batang serai ~ di racik halus
2 helai daun li,au purut ~ di racik halus
2 pokok daun ketumbar ~ di cincang halus
2 biji tomato ~ di dadu
1 sudu besar udang kering ~ di sangai
3 sudu besar kacang tanah ~ di tumbuk kasar
garam dan gula secukup rasa
Celurkan Mi tanpa Goreng Cintan Yeo's (Non Fried Cintan Yeo's) hingga lembut, kemudian tapis
Udang kering di sangai tanpa minyak
Masukkan Mi tanpa Goreng Cintan Yeo's (Non fried Cintan Yeo's) dalam bekas, letakkan pelam muda yang telah di racik halus, masukkan juga lobak merah, tomato cincang, bawang yang telah di mayang, daun ketumbar, daun limau purut, serai, cili padi dan udang kering
Kemudaian masukkan garam gula secukup rasa
akhir sekali perahkan jus limau
Gaul rata
Hidangkan dan taburkan dengan kacang tumbuk
Sedia di nikmati bersama dengan Yeo's Teh Krisantimum kerana rasanya yang ringan dan boleh menghilangkan panas badan.
No comments:
Post a Comment