Buger Nasi Lemak Mc Donalds Malaysia - masam manis f

Breaking

May 1, 2018

Buger Nasi Lemak Mc Donalds Malaysia


Assalamualaikum

Pasti ramai yang dah tau bahawa Mc Donald's telah memperkenalkan Buger Nasi Lemak untuk meraikan dan memenuhi citarasa rakyat Malaysia yang sememangnya tidak dapat dipisahkan lagi dengan hidangan tradisional ini sejak zaman berzaman. Kira ianya adalah makannan yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.


Bagaikan orang mengantuk di sorongklan bantal....
Bertempat di  Mc Donald's Kota Damansara, pada hari Rabu yang lalu, ita bersama barisan bloger-bloger tanahair , para pengamal media, dan wartawan telah berkesempatan untuk sama-sama meraikan dan merasai keenakkan Buger Nasi Lemak yang sudah lama di tunggu-tunggu oleh orang ramai. Wuiiii... orang pertama yang dapat rasa Buger Nasi Lemak Mc Donal's tau! Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada friedchillies.com kerana sudi menjemput ita untut turut sama memeriahkan majlis dan merasai kehebatan buger nasi lemak pertama keluaran Mc Donald's.




Perasmian atau pelancaran buger nasi lemak yang buat julung-julung kalinya ini , sangat meriah bertambah meriah dan tidak sabarnya untuk merasai keenakkan buger nasi lemak idaman semua. Ketua pegawai Pemasaran Mc Donald's Malaysia, Pn Melati telah merasmikan pelancaran ini dengan mendapat tepukan gemuruh dari mereka yang hadir. Masing-masing seakan dah tak sabar untuk menunggu acara gemilang ini.. ya lah.. dah lama jugak tunggu.. perut pun memang dak awal-awal di kosongkan.. sebab nak di isi dengan Buger Nasi Lemak..





Buger Nasi Lemak mungkin tidak asing bagi orang Singapura, sebab mereka dah lebih dahulu menerima kedatangan bugger ni di sana. Pernah jugak ita terlintas dalam hati.. adoiii.. napalah di Singapura.. Malaysia bila lagi..??  dan akhirnya penantian kita berbaloi! baloi!




Bugger Nasi lemak ni terinspirasi daripada rasa enak nasi lemak tempatan. Oleh kerana itu pada hari pelancaran buger nasi lemak ni, Mc Donald's telah mengundang pengusaha nasi lemak untuk turut serta dalam majlis pelancaran nya. Antaranya ialah



Nasi Lemak BK 4 Bandar Kinrara, Kuala Lumpur
Nasi Lemak Angah, Sentul Kuala Lumpur
Warung Sinarnor, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur
Warung Rindu Pak Ya, Pantai Dalam Kuala Lumpur
Nasi Lemak Mok Teh Wangsa maju, Kuala Lumpur
Barba Bros Bandar Utama Petaling jaya









Kira ok jugak lah nasi lemak mereka ni, setiap nasi lemak yang mereka sajikan berlainan citarasa , dan masing-masing ada kekuatan tersendiri.



Buger Nasi Lemak ? amacam... ?
Mesti ramai nak tau.. sedap ke?
Ala korang dah boleh rasa dah.. dah ada pun di pasaran di seluruh oulet Mc D di seluruh Malaysia bermula pada 26 April.. tapi ingat tau!! cepat dapatkan.. rasa jangan tak rasa.. ianya terhad dalam tempoh tertentu aje.. jangan melepas pulak.. kempunan  ... menangis tak berlagu nanti..  Kira Buger Nasi Lemak ni dia macam posperity lah... bila nak Chinese New Year baru ada.. kalau nak rasa lagi kena tunggu Chinese New Year tahun depan.. Ita rasa Bugger Nasi Lemak ni pun sama.. mesti ia hanya keluaran bila nak datang Ramadhan dan hari Raya.. uiii... lama lagi tu.. kalau nak tunggu raya tahun depan.. apa tunggu lagi.. cepat lah dapatkan buger nasi lemak sebelum habis...Buger Nasi Lemak Mc Donald's ni boleh di dapati dengan harga rm 14.95 untuk ala carte dan rm 16.95 untuk set regular termasuk minuman dan kentang goreng.



Pada ita ok lah rasanya.. sambalnya sedap!


Nasi Lemak ni kalau orang Johor memang tak boleh di pisahkan.. jadi pada ita yang orang Johor ni, kekuatan nasi lemak bergantung pada sambalnya.. kalau sambal dia kick! power lah nasi lemak tuu..
Buger Nasi Lemak dalamnya ada timun, sambal tumis, ada bawang ada ayam cuma tak ada nasi lemak je.. sebagai  penganti nasilah.. kira ok lah tu! pada yang takut kolestrol dan yang nak jaga badan.. tak nak makan nasi lemak.. ha.. apa kata cuba pulak buger nasi lemak..
Ok lah buger ni.. not bad jugak! sambal dia ada manis sikit, mungkin nak sesuai dengan citarasa semua.. jadi semua boleh makan tak kira peringkat umur.. kalau pedas pasti terangkat lagi kan.. mana tau esok-esok Mc Donald's Malaysia keluarkan nasi lemak extra hot pulak! siapa tau kan...




















4 comments:

noren_izureen said...

Salam kak.. Selamat berpuasa. .selalu kak update blog by handphone ke guna labtop. .Kot boleh share ada cara pantas utk update blog..tq kak

Unknown said...

Sy pun nk mtk kak ita sharee jgk..nk bg mudah kerja

My Site said...

Many thanks for the article, I have a lot of spray lining knowledge but always learn something new. Keep up the good work and thank you again.
메이저사이트
경마사이트

My Site said...

I’m writing on this topic these days, , but I have stopped writing because there is no reference material. Then I accidentally found your article. I can refer to a variety of materials, so I think the work I was preparing will work! Thank you for your efforts.
바카라사이트
토토

Post Top Ad

test