Mi Kuah Daging - masam manis f

Breaking

May 20, 2018

Mi Kuah Daging



Assalamualaikum
Hari ni ita cuba sediakan Mi Kuah Daging. Ita tak pasti mi ni berasal dari mana? tapi ianya kerap lalu lalang di FB membuatkan ita terasa nak mencuba.
Mi berkuah ni biasanya adalah kegemaran anak sulung Ita, Amirul. Tapi nak tunggu si bujang ni balik tak tau bila, so kesempatan bualan puasa ni ita cubalah buat.


Tanggapan ita mi ni pastilah rasanya seakan mi bandung atau mi jawa. Penggunaan susu pekat manis dalam ramuannya membuatkan hati seakan meronta-ronta nak mencuba dan mengetahuai apakah fungsi susu pekat manis dalam hidangan ini.
Sebagai pemekat kuah kah?
Sebagai rasa lemak ke?
Atau mungkin manisannya..
Macam sesuatu yang pelik, kebiasannya susu pekat di letakan dalam manisan, dessert atau penyediaan kek, yang ni di letakkan dalam masakkan.. macam pelik bin ajaib kan.... kata orang tak cuba tak tau kan..

Pasti ramai yang nak tahu macam mana rasanya kan..
Di sebabkan bualan puasa dan ita tak boleh merasa semasa memasak, so ita ikutlah resepi asal, kalau tak puasa pasti ita dah tokok tambah bagi sesuaikan citarasa mengikut anak tekak ita ni..

Tanggapan ita tersasar kerana rasanya memang tak sama dengan mi bandung atau mi jawa. Bahan yang di gunakan juga cukup simple dan tak ada penggunaan air rebusan udang, udang kering, ikan bilis atau belacan. hanya bergantung semata-mata dengan manis air daging sahaja.


Penggunaan keledek dan kentang membuatkan kuahnya menjadi sangat pekat bertambah pekat bila di letakkan susu pekat manis. Ita rasa tak perlu kot letak kedua-dua jenis ubi, kita boleh pilih nak letak keledek atau kentang. Penggunaan susu pekat juga pada ita tak memberi apa-apa kelebihan pada kuah, rasanya lagi enak jika di gantikan dengan gula atau gula melaka.

Rasa kuahnya sedikit masam-masam kerana banyak menggunakan tomato dan bertambah lagi masam bila di letakkan asam keping. Mungkin tak perlu letak asam keping bila ita buat lagi nanti. 

Rasanya ok juga, lain dari yang lain kerana kuahnya masam-masam sikit. Tentang bahan yang nak letak dalam kuah tu, ikut pandai masing-masing lah.... nak letak sawi ke.. bunga kubis ke.. semuanya bergantung selera.

Terima kasih kepada tuan empunya resepi Ika Sahar yang sudi berkongsi resepi di group MAHN
Kepada yang nak mencuba ita kongsikan di sini pula resepinya. Bolehlah ubah sikit-sikit ikut citarasa masing, masing.




MI KUAH DAGING
Resepi Oleh : Ikar Sahar
Rujukkan : Masak Apa Hari Ni

Bahan Kuah
1 labu bawang Holland
1 Labu bawang besar
6 ulas bnawang putih
1/2 inc halia
2 biji tomato

Potong semua bahan di atas, panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng sebentar hingga harum. Kemudian di kisar

3 senduk cili kisar
1 biji kentang 
2 biji keledek oren
2 keping asam keping
1 tin tomato soup
1 senduk sos cili
5 sudu besar susu pekat manis
garam dan gula secukup rasa
aji no moto jika suka

Kentang dan keledek di rebus kemudian di kisar halus


Daging ~ di rebus hingga empuk ( airnya simpan untuk kuah )
2 keping tauhu goreng dan hiris nipis
telur di rebus
daun sawi secukupnya
lobak merah
bunga kubis jika suka

Dalam periuk, rebuskan daging hingga empuk
Masukkan bahan yang telah di kisar, Masukkan cili kisar, tomato soup, asam keping,  kentang dan keledek yang telah di kisar, 1 senduk sos cili
Masak hingga kuah didih
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Masukkan susu pekat manis
masukkan sayur-sayuran jika suka
Biarkan kuah merenih dan masak

Hidangkan bersama mi kuning yang telah di celur atau kalau nak masukkan terus mi dalam kuah pun boleh
Makan bersama telur rebus atau kalau suka boleh pecahkan telur dalam kuah
taburkan hirisan daun bawang dan bawang goreng
Sedia di nikmati.





6 comments:

Gee® said...

Wah! mengancam...

zullaiha zee said...

Okay la rasanya. Saya kurang gemar kuah yg masam2 ni. N kuahnya mcm rasa lemak2 manis sikit

sitimeor said...

ni resepi dari kelantan kak.arwah mak saya selalu buat

sitimeor said...

ni resepi mak saya,tp arwah mak orang Penang

sitimeor said...

sama macam resepi mak saya dari penang

Echah Liza said...

Sy dah buat tadi sedap kata suami...cuma sy tak letak tomato biji ganti tomato puree pun jadi sedap.. tq share resepi Ita

Post Top Ad

test