Dragon Mix Fruits - masam manis f

Breaking

May 21, 2018

Dragon Mix Fruits


Assalamualaikum
Alhamdulillah dah masuk tiga hari kita berpuasa. Pasti sekarang ramai antara kita yang dah mula buat persiapan serba sedikit untuk menyambut kedatangan shawal. Bila musim perayaan macam ni , pastinya ibu-ibulah yang paling sibuk kan.. menentukan warna tema untuk raya nanti, dari hiasan rumah hinggalah kepada pakaian anak-anak. Malah bukan itu sahaja, juadah untuk raya dan kuih muih juga semuanya terletak di atas batu jemala sang ibu. Harap para ibu, bijak memilih dan ingat jangan berlaku pembaziran.. Walaupun raya setahun sekali.. tapi tak perlulah sambai bergolok bergadai kan.. sebab setiap tahun pun kita raya..


Ok hari ini ita nak kongsikan satu minuman.. tak taulah nak kata minuman atau desert, tapi pada ita memang sangat sesuailah sebagai hidangan di hari raya nanti. Ita minta maaf sebab tak pasti siapa tuan empunya resepi asal. Tapi resepi ni dah viral dah.. rasa-rasanya dah ramai yang telahpun mencuba. Pada ita memang sedap, mana tak sedap mix fruit di makan bersama susu ala-ala puding coktail, memanglah sedap!

Kepada yang belum mencuba.. bolehlah mencuba.. tak rugi dan sesuai sebagai hidangan untuk hari raya, jamuan rumah terbuka atau majlis kenduri kendara. Terima kasih kepada tuan empunya resepi, ita kongsikan di sini supaya boleh di cuba oleh rakan-rakan yang lain pula.



DRAGON MIX FRUIT

1 biji buah naga ~ di potong dadu
1 biji buah mangga ~ buang kulit dan potong dadu
Anggur hitam secukupnya belah 2
1 tin longan dengan airnya
1 tin laici dengan airnya
1 cawan Nata de coco
1 sudu besar biji selasih rendam hingga kembang
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis ~ yg ni boleh adjust ikut kemanisan
Kiub ais secukupnya


Satukan semua bahan dalam mangkuk besar
Kacau rata
Masukkan ketulan ais dan sedia di nikmati



No comments:

Post Top Ad

test