Popia Rangup Inti Kari Ayam Yeo's - masam manis f

Breaking

May 25, 2018

Popia Rangup Inti Kari Ayam Yeo's



Tidak lengkap rasanya hari-hari anda jika tidak menikmati minuman segar Yeo's. Yeo's minuman yang tidak asing di kalangan kita rakyat Malaysia, berkurun lamanya. Bak kata orang tak lapuk di telan zaman. Yeo's memudahkan hidup anda sehari-hari di sampaing membantu menyegarkan tubuh badan setelah seharian berpuasa.


Jom kita nikmati minuman campuran mudah Yeo's semudah anda menyebut Yeo's. Minuman campuran air Yeo's Soya di gandingkan dengan minuman Cincau Yeo's merupakan gandingan yang mantap dan dapat memberikan kesegaran. Mudah dan ringkas itulah Yeo's.




Ramadan datang lagi, tentu ibu-ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan? Balik kerja kena hadap jalan sesak dan menyebabkan kekangan untuk menyediakan juadah yang berbaloi untuk di makan buat berbuka. Pastinya kita semua memerlukan makanan yang sedap dan paling penting sihat. Jadi untuk memastikan kita semua mendapat yang #terbaikramadan, jom cuba resepi mudah dengan hanya tiga hingga empat langkah sahaja.



Dengan Yeo's kerja memasak anda menjadi lebih mudah dan ringkas. Bukan itu aje.. percayalah resepi yang bakal ita kongsikan ini cukup enak..  mudah di sediakana dan sesuai bagi ibu-ibu suri rumahtangga yang sangat-sangat mengejar masa.


Kari ayam Yeo's mesti simpan sebagai stock di rumah kalau datang bulan Ramadan atau pada hari-hari biasa pun. Ita memang akan simpan siap-siap makanan tin ni kerana maklumlah mana tau kalau terlewat bangun sahur, makanan tin inilah yang menjadi penyelamatnya.. buka tin  panaskan dah boleh makan.

Kari Ayam Yeo's ni memang pada Ita cukup sedap dan sesuai untuk semua. Rasanya tak terlalu pedas dan anda boleh makan dengan apa sahaja, boleh makan dengan nasi, roti, roti jala , dengan pulut atau apa sahajalah.. dan hari ini ita kongsikan resepi popia ayam yang rangup dan sangat enak semestimnya dengan Kari Ayam Yeo's. Mudah , ringkas dan sedap! jom kita mulakan



POPIA RANGUP INTI KARI AYAM YEO'S

1 tin Kari Ayam Yeo's (280gm)
asingkan kuahnya dan isi ayam ( buangkan tulangnya)

2 ulas bawang merah ~ di hiris
1 ulas bawang putih ~ di hiris
2 biji kentang ~ potong dadu
daun sup ~ di cincang
sedikit minyak
Kulit popia secukupnya





Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga harum
masukkan kentang dan goreng sebentar
Masukkan kuah Kari Ayam Yeo's kacau dan tutup periuk dan biarkan kentang empuk
Setelah kentang empuk, masukkan isi ayam
Kemudian masukkan daun sup dan gaul rata
Angkat

Sediakan beberapa keping kulit popia
Letak sedikit inti atas kulit popia dan gulung kemas
Buat hingga siap
Untuk 1 tin Kari Ayam Yeo's 280 gm ni ita dapat 12 keping popia

Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga kuning keemasan
Angkat dan hidangkan besama campuran air Soya Yeo's dan Minuman Cincau Yeo's 
Minuman Yeo's mengembalikan kesegaran anda setelah seharian berpuasa.










1 comment:

Unknown said...

Hi sis, thanks... I have tried the recipe and it’s so sedap.

Post Top Ad

test