Cheesy Crunchy Krup! Krap! Krup! Krap! - masam manis

Breaking

Post Top Ad

Responsive Ads Here

May 24, 2018

Cheesy Crunchy Krup! Krap! Krup! Krap!


Hari Raya muncul lagi...
Pasti ramai yang sedang menyiapkan pelbagai kuih muih dan kudapan ringan untuk di hidangkan pada para tetamu.

Hari ini ita nak kongsikan satu kudapan ringan yang mudah dan sudah semestinya sedap untuk di jadikan kudapan bagi para tetamu yang berkunjung ke rumah nanti.

Cara penyediaannya cukup mudah dan simple. Anda bukan sahaja boleh jadikan kudapan untuk keluarga tapi juga boleh jadikan sumber pendapatan juga.

Pesan ita kalau buat jangan buat sikit.. menag tak cukup. Ita pun kena buat lagi ni. Semalam buat dapat 2 telap, hari ni tinggal 1 telap huhu.. laju je Dalili dan ayahnya makan.. krup! krap! krup! krap!

Cara buatnya tu menggunakan kulit popia. Anda boleh buat macam-macam bentuk lah dengan kulit popia ni. Nak buat selinder mcm ita buat ni ke.. nak potong petak-petak je ke.. nak potong tiga segi ke.. nak buat bentuk ribon ke.. macam macam boleh ikut kerajinan masing-masing.



CHEESY CRUNCHY KRUP! KRAP! KRUP! KRAP!

Kulit popia secukupnya
Cheezy Powder Secukupnya
Hot and Spicy Curry Powder


Cheezy powder dan hot and spicy curry powder ni boleh beli di kedai bakery 


Sediakan kulit popia secukupnya, kalau nak gulung mcm ita, potong popia besar pembaris lepas tu potong 2 lagi, blh juga kalau nak nipis sikit gulungnya tu potong pada 3 bahagian.
Atau anad boleh potong petak2 kecil atau segitiga kecil atau boleh buat bentuk ribon.

Lepas tu gulung pada pen atau kayu bulat. Hujungnya tu gumkan dengan sedikit tepung gandum yang di campur sedikit air


Bila dah siap semua di gulung biarkan sekejap bagi kering.
Kemudian di goreng
Angkat dan toskan minyaknya.
Pastikan minyaknya kering tau pada kulit popia tu
Dalam bekas atau tapaware masukkan 3 sudu cheese powder dan campurkan 2 sudu hot and spicy curry powder. gaul rata
Pastikan popia masih panas ya atau suam, jangan sejuk nanti serbuk cheese tak lekat
Masukkan dalam bekas cheese tadi, tutup bekas dan goncang sampai semua bersalut sempurna
Keluarkan dan masukkan dalam telap
Sedia di nikmati krup! krap! krup1 krap!


3 comments:

Ida Widyani Mohamed said...

Salam kak, sedapnya, makin meriah suasana raya dgn krup krap krup krap.

Siti Aminah Abd Halim said...

Memang hantu kalau kunyah ni he he

Pn Zaidah Ahmad-Genius Kids House said...

Sedap

Post Top Ad

Responsive Ads Here