Begedil Sardine Yeo's - masam manis f

Breaking

Jun 1, 2018

Begedil Sardine Yeo's


Ramadan datang lagi, tentu ibu-ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan? Balik kerja kena hadap jalan sesak dan menyebabkan kekangan untuk menyediakan juadah yang berbaloi untuk di makan buat berbuka. Pastinya kita semua memerlukan makanan yang sedap dan paling penting sihat. Jadi untuk memastikan kita semua mendapat yang #terbaikramadan, jom cuba resepi mudah dengan hanya tiga hingga empat langkah sahaja.



Berbuka puasa kali ini ita sempat sediakan begedil sardin yang menggunakan sardin dalam tin keluaran Yeo's. Sedap tau sardin Yeos ni kawan-kawan.. ikan sardinnya banyak dan kental pulak tu.. tak hancur dan sesuailah untuk kita yang kekurangan masa nak memasak.

Biasanya ita buat begedil guna ayam atau daging, tapi malas nak tunggu daging empuk atas dapur.. nak keluarkan ayam yang beku dalam peti ais.. malas nak keluar ke market nak beli daging cincang.. jalan yang mudah apalagi sardin Yeos lah penyelamat.. mudah aje semudah abc. Sekelip mata dah jadi hidangan yang sedap dan lazat. Terima kasih Yeos yang membuatkan tugasan memasak ita menjadi semakin mudah dan ringkas.

Kawan-kawan, begedil sardin yeo's  ni boleh makan macam tu je.. yang lagi sedap cicah dengan sos . Boleh juga di makan bersama nasi goreng atau sebagai penambah selera untuk setiap hidangan. Kalau susah-susah nak masak.. cari sardin yeo's mudah.. sangat  buka tin panaskan dah boleh menjamu selera.




BEGEDIL SARDIN YEO'S

1 tin Sardin Yeo's ~ asingkan kuah dan isi ikan
* buangkan tulang tengah ikan dan penyek-penyek bagi hancur - ketepikan
1 biji kentang, kupas kulit dan hiris bulat nipis
* kemudian di goreng
2 ulas bawang merah ~ di hiris
1 ulas bawang putih ~ di hiris
* kemudian goreng bawang merah dan bawang puh hingga keemasan, angkat dan toskan
1 batang lada merah ~ di cincang
2 tangkai cili padi ~ cincang
daun bawang ~ cincang
garam secukup rasa
1 biji telur



Kentang yang telah di goreng di lenyek
Masukkan ikan sardin Yeo's yang telah di lenyek
Masukkan bawang goreng, daun bawang, lada dan cili pada, sos ikan sardin yeo's dan garam secukup rasa
Gaul semua bahan sebati



Bulat-bulatkan
Kemudian celupkan dalam telur yang telah di kocok sebentar
Goreng dalam minyak yang sedikit hingga kuning keemasan
Angkat dan hidagkan bersama sos cili dan minuman segar Yeo's










No comments:

Post Top Ad

test