Cendol Santan Gula Melaka - masam manis

Breaking

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Jun 1, 2018

Cendol Santan Gula Melaka


Semalam sempat sediakan cendol untuk berbuka puasa. Suami ita yang beli cendol ni.. bila dah beli tu faham-faham ajelah kan.. mesti suruh buat cendol.
Buat cendol ni tak lah susah sangat, mudah dan ringkas je.. ianya enak di hidangkan dingin dengan ketulan ais atau ais yang di parut halus.

Ita dan keluarga memang suka makan cendol. Kalau biasanya terasa nak makan cendol ita makan di Cendol House di Kampung Melayu. Tapi kalau bulan puasa ni baik kita buat sendiri.. muai sikit dan dapat di nikmati seisi keluarga.

Untuk membuat cendol ni tak susah sangat, cendol tu boleh buat sendiri atau pun kalau nak cepat beli aje yang dah siap jual kat pasar. Kita cuma sediakan air gula Melaka dan air santan. Ada orang tak suka guna santan.. kalau yang tak suka santan boleh guna susu cair.  Ita lebih suka guna santan sebab terasa lemaknya.. Santan kalau rajin boleh beli santan segar.. kalau macam malas je.. guna santan kotak pun boleh.


CENDOL SANTAN GULA MELAKA

1 peket cendol ~ cuci bessih dan toskan
1 buku gula melaka
1 biji santan kelapa
garam secukup rasa
2 helai daun pandan di simpul
air secukupnya
ketulan ais

Mula-mula sediakan air gula Melaka
Gula Melaka masukkan dalam periuk bersama daun pandan dan air, kemudian masak hingga gula Melaka larut.
Tapis dan biarkan sejuk

Santan masukkan dalam periuk tambah air ( jangan pekat sangat dan jangan cair sangat ) tambahkan secubit garam dan daun pandan.
Masak atas dapur sambil sentiasa di kacau hingga didih
Sejukkan

Masukkan cendol dalam jug
Masukkan santan dan gula melaka
akhir sekali masukkan ketulan ais
Sedia di hidangkan








1 comment:

Ida Widyani Mohamed said...

Salam kak, tq postkan resepi cendol, favourite saya ni.

Post Top Ad

Responsive Ads Here