Cucur Pisang - masam manis f

Breaking

Jun 25, 2018

Cucur Pisang


Cucur Pisang, Cekodok atau jemput-jemput pisag adalah makanan yang sama , cuma sebutan sahaja berbeza mengikut negeri, tempat dan daerah. Ita biasa panggil jemput-jemput pisang aje..
Kegemaran ita sejak kecil lagi. Enak di jadikan juadah untuk sarapan pagi atau minum petang. lawannya hanya dengan gula atau sambal pun boleh. Makan macam tu je pun dah sedap!



CUCUR PISANG

300 gm pisang yang masak ranum
2 sudu besar tepung beras
100 gm tepung gandum
3 sudu besar gula ( boleh lebihkan jika pisang tak manis )
1 sudu teh garam
1 sudu teh soda

Lenyek pisang hingga hancur, masukkan garam , soda dan gula
Gaul rata
Masukkan tepung beras dan tepung gandum
gaul rata
Biarkan sebentar
panaskan minyak yang banyak dalam kuali
basakkan tangan dengan air
Jemput-jemputkan adunan pisang dengan jari
Goreng hingga kuning keemasan
Angkat dan hidangkan




3 comments:

Warisan Petani said...

Paling sedap kalau pakai pisang kapas yang masak ranum

Pn Zaidah Ahmad-Genius Kids House said...

Sedappp

naturstory.com said...

saya suka tambah kelapa, lagi lemak rasa

Post Top Ad

test