Masak Lemak Pucuk Paku Dengan Udang - masam manis

Breaking

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Jun 24, 2018

Masak Lemak Pucuk Paku Dengan Udang


Ita dan keluarga cukup mengemari masakkan kampung. Anak dara ita Dalili lah yang paling seronok bila maknya masak masakkan kampung. Kadang hairan juga budak muda sekarang suka masakkan kampung.. Bisa kalau ita jumpa kawan-kawan rata-rata anak-anak mereka tidak mengemari masakkan kampung.. semuanya sua masakkan barat atau fast food, mudah dan ringkas.

Alhamdulillahlah.. anak-anak ita boleh masuk semuanya.. tak kira kampung atau barat , semuanya boleh di makan.. kadang nasi dengan telur goreng dan kicap pun mereka bertambah-tambah suka.. hihi mungkin mengikut selera maknya..


Dulu masa  ita seusia Dalili, ita tak suka kalau mak ita masak masakkan kampung, bertambah lauk lemak pucuk paku ke.. lemak turi ke.. pucuk manis ke.. pisang muda ke.. nangka muda ke.. kalau mak masak ita selalu merajuk.. ita kata mak tak nak kasi ita makan.. hihi sebab mak masak lauk yang ita tak suka.. tapi bila semakin tua ni.. semakin usia menganjak ke senja.. ita seakan merindui masakkan mak ita.. terutamannya masakkan kampung..

Bila belanja barang basah di pasar, nampak pucuk paku yang segar-segar.. ita pun apa lagi.. rembatlah secekak dua.. ala.. nampak je banyak.. bila dah siang dapat sikit je.. banyak daun yang tua.. ita suka yang muda-muda je.. lembut tak liat..

Ita kalau masak lemak cili api udang ke.. ayam ke.. daging ke.. ita suka letak daun ketumbar bersama akarnya... bau harumnya tu menambahkan enak lauk tu dan membangkitkan selera.. tak caya cubalah letak daun ketumbar dan akarnya dalam masak lemak cili api.. pasti bertambah-tambah nasi di pinggan..

Ita belajar masak lemak cili api letak daun ketumbar dan akarnya pun dari Chef Anis yang comel lote tu.. sejak dari ita di pekenalkan dengan masakkan lemak cili api menggunakan daun ketumbar.. setiap kali masak lemak cili api.. mesti ita akan letak daun ketumbar.. kalau tak tak rasa kick!

Jom cuba masak lemak cili api cara ita pula..


MASAK LEMAK PUCUK PAKU DENGAN UDANG

1 mangkuk besar pucuk paku yang telah di bersihkan
10 ekor udang sederhana besar
2 pokok daun ketumbar bersama akarnya~ akarnya bersihkan hiris2 sikit puang kotor tanahnya
2 batang serai ~ di titik

Bahan Kisar
15 tangkai cili padi ~ kalau tak suka pedas boleh kurangkan
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc kunyit hidup
2 keping asam keping

garam dan secukup rasa
1 mangkuk santan



Kisar semua bahan kisar dalam mesin pengisar
Masukkan bahan kisar dalam periuk
masukkan serai dan daun ketumbar
masak hingga harum
Masukkan udang
tambahkan air jika kuah kering
Masukkan asam keping dan garam secukup rasa
masukkan santan
bila kuah dah didih, masukkan pucuk paku
Masak kejap je.. sampai sayur lecur sikit je
Tutup api dan hidangkan







Post Top Ad

Responsive Ads Here