Nasi Lemak sambal Ikan Bilis - masam manis

Breaking

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Jun 22, 2018

Nasi Lemak sambal Ikan Bilis


Hari ni sediakan Nasi Lemak , sebenarnya dah banyak kali rasanya ita kongsikan resepi nasi lemak dalam blog ita ni.
Hari ni ita sediakan nasi lemak yang simple bersama sambal ikan bilis dan telur goreng.
harap sudi-sudilah mencuba


NASI LEMAK

3 cawan beras ~ cuci bersih dan toskan

2 ulas bawang merah ~ di hiris
2 inc halia ~ di ketul atau di hiris kasar
1 batang serai ~ di ketuk
2 helai daun pandan simpul
2 sudu teh halba
garam secukup rasa
1 biji santan ~ tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
sedikit minyak untuk menumis

Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang, halia, serai, daun pandan hingga harum
Bila dah harum baru masukkan halba ( halba jangan masuk awal nanti pahit )
Bila dah harum, masukkan santan dan garam
Biarkan didi
bila didih , masukkan beras
tanak nasi macam biasa
Bila dah masak, buka periuk dan gaulkan rata, takut ada pati santan tertinggal di atas
Tutup periuk semula dan tanak lagi
Siap





SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

1 cawan cili kering _ yang dah potong dan rendam lermbut
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inc belacan

Semua bahan ini di kisar halus

1 cawan ikan bilis ~ di goreng
4 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1/2 cawan air asam jawa

Panaskan minyak dalam kuali , minyak ni biar lebih sikit, goreng ikan bilis, angkat ketepikan
Baki minyak tumiskan bahan kisar hingga garing
Bila dah garing dan terbit minyak, masukkan air asam jawa
masak lagi. Masak sambal biar lama ya, minyak banyak untuk sambal tahan lebih lama
Bila dah garing, masukkan garam dan gula
Biar dia masak lagi hingga terbit minyak
tutup api
Biarkan sambal sejuk sedikit
baru masukkan ikan bilis yang di goreng
Sedia di hidangkan bersama nasi lemak.




2 comments:

Ida Widyani Mohamed said...

Salam kak Ita, selamat hari raya, tq kongsi resepi nasi lemak yang simple dan marvellous ni.

farhanna jafri said...

keunikan nasi lemak pada sambalnya :D

Post Top Ad

Responsive Ads Here