Sambal Goreng Jawa - masam manis

Breaking

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Jun 16, 2018

Sambal Goreng Jawa


Ita hidangkan sambal goreng Jawa bersama lontong kering yang ita sediakan sebagai juadah hidangan di pagi Hari Raya
Resepi ini adalah perkongsian jiran mak di kampung. Ita memang suka sambal goreng Jawa , lebih enak di makan bersama set lontong kering. Bertambah-tambah anak-anak menjamu selera.

SAMBAL GORENG JAWA

Bahan Kisar

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering

Bahan Hiris
2 batang serai
2 inc halia muda

Bahan goreng
Tauhu di dadu
Tempe di dadu

Bahan Rendam
Tauhu kering
Soon

Sayur-sayuran
Kobis hiris halus
kacang panjang hiris serong
lobak merah potong mancis
cili merah hiris
cili hijau hiris

Perisa
2 Sudu besar kicap manis
garam
serbuk perasa

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum
masukkan serai dan halia yang telah di hiris
Masukkan sayur-sayuran, tempe, tahu, soon dan tauhu kering
gaul rata dan biar sayur layur
Tuangkan kicap manis
Perasakan dengan garam, dan secukup rasa
Goreng dan kacau rata
Sedia di hidangkan di hari lebaran



1 comment:

Meow Meow said...

Mesti sedap ni. sekarang ramai org jual sambal goreng. buat sendiri lagi jimat.

p/s: [baru lancar] mohon like & subscribe channel KUCING saya: https://youtu.be/wfW8SsHSMvg

Post Top Ad

Responsive Ads Here