Rendang Daging Minangkabau - masam manis

Breaking

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Jun 20, 2018

Rendang Daging Minangkabau


Rendang Daging Minangkabau ni ita sediakan pada Aidil Fitri yang lalu. Ita tertarik untuk mencuba rendang ini setelah melihat sedikit kelainan dalam penyediaan rendang yang ita seringkali sediakan untuk keluarga. Daging yang di perap dengan kicap manis membuatkan ita tertarik untuk mencuba.

Cara penyediaan rendang dan bahan rempah ratus yang di gunakan dalam hidangan rendang ni tak banyak bezanya dengan rendang-rendang yang lain. Cuma membezakannya ialah perapan daging bersama kicap manis. Jom kita cuba dan rasakan kelainannya.


RENDANG DAGING MINANGKABAU
Rujukkan : My Resepi

1 kg daging lembu 
1 botol kecil kicap manis cap kipas udang 
20 tangkai lada kering lada kering ~ di kisar
10 tangkaib cili padi ~ di kisar
5 biji bwang besar ~ dikisar
1 labu bwng puith ~ dikisar
1 inc halia ~ dikisar
1 inc lengkuas ~ dikisar
5 batang  serai ~ diketuk
1 biji santan kelapa 
kerisik sedikt
daun kunyit !~ di hiris
Daun limau perut ~ di siat-siat
Garam dan gula secukup rasa
Sedikkit gula Melaka ita tambah
Rempah tumis 4 sekawan
Kulit kayu manis
Bunga lawang
cengkih
biji pelaga

  1. perap daging dgn kicap manis semalaman atau paling kurang 30 minit
  2. panaskan minyak masukkan rempah tumis 4 sekawan, kemudian  tumiskan smua bahan yg di kisar tadi .
  3. Dah pecah minyak bahan2-bahan yang ditumis tadi, masukkan lada kering dan cili api tadi , tumis sampai pecah minyak. ( ita kidsar sekali semua )
  4. masukkn daging yg diperap tadi...kecutkan daging tu sampai kuar air daging & sampai daging empuk
  5. Kemudian masukkan santan
  6. Agak2 santan mcm nk pekat , masukkan kerisik dan  masak sampai kering ( ita biar basah dab berkuah sikit )
  7. Akhir sekali masukkan daun limau perut dan daun kunyit

No comments:

Post Top Ad

Responsive Ads Here