Sambal kacang cukup enak bila di hidangkan dengan sate, lontong , lodeh atau di makan bersama nasi himpit dan ketupat.
Untuk hari raya kali ini ita sediakan sambal kacang yang ita hidangkan bersama lontong kering sebagai juadah hidangan di pagi hari lebaran.
Penyediaan sambal kacang cukup mudah dan ringkas. Ita cuma tambahkan sedikit cili padi kerana cili kering yang ita beli hari tu tak berapa pedas. jadi kalau tak pedas , tak berasap telinga tak kawn! lah kan..
Terpulanglah pada anda di luar sana, jika tak sukla pedas tak payah letak cili padi.
Jom kita lihat resepinyang mudah dan ringkas ini.
300 gm kacang tanah (digoreng/dibuang kulit(jika suka) dan dikisar)
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 batang serai*
1/2 inci halia *
3 cm lengkuas*
1/2 inci belacan bakar*
1 batang serai (diketuk)
5 sudu makan cili kering kisar (boleh tambah/kurang ikut suka)
5 tangkai cili padi ~ ita tambah
2 sudu makan gula merah/gula melaka
garam dan gula pasir (mengikut citarasa)
air secukupnya
Kisar bahan2 bertanda *
Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar, cili kering dan serai hingga wangi.
Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselang selikan dgn air. Masak menggunakan api sederhana.
Masukkan gula merah/gula melaka, garam dan gula pasir secukupnya.
Hidangkan setelah masak.
Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselang selikan dgn air. Masak menggunakan api sederhana.
Masukkan gula merah/gula melaka, garam dan gula pasir secukupnya.
Hidangkan setelah masak.
Untuk mengelak kuah menjadi pekat dan kembang, jgn memasukkan kesemua kacang tanah pd satu masa.
kuah kacang ini sgt enak dimakan bersama nasi impit, sate, roti kosong, dsb.
untuk mencantikkan kuah, masaklah lama sedikit dgn api perlahan
1 comment:
Menu wajib hidangan hari raya.
Orang gouth tenguk aje.
Post a Comment