Kek Pisang Salju Moist Dan Gebu - masam manis f

Breaking

Jul 7, 2018

Kek Pisang Salju Moist Dan Gebu


Assalamualaikum semua
Anda semua peminat kek pisang?
Ita memang sangat minat dan suka dengan kek pisang, baunya yang harum dan rasanya yang lembut memang membuatkan bila makan,  ita akan makan tanpa henti..



Hari ni ita nak kongsikan kek pisang yang super senang nak buat, mudah dan ringkas dan rasanya yang sangat lembut dan sedap sangat. Tak perlukan mixer hanya guna blender aje anda akan dapatkan kek yang super sedap dan super lembut.

Sebenarnya kesedapan sesuatu kek tu bergantung juga pada bahan yang kita gunakan dalam penyediaan kek tersebut, terutamanya bahan penaik yang kita gunakan, jika bagus bahan kita maka cantik, gebu dan moistlah kejadian kek kita nanti.




Ramai yang tanya bahan penaik brand apa yang ita guna setiap kali buat kek?
Hari ni ita kongsikan, ita guna brand Kings, bukan sahaja ianya bagus dan membuatkan kek gebu dan moist, tapi  juga mudah di dapati. Kita boleh dapatkan di mana-mana supermarket dan juga kedai runcit. Jadi kalau tiba-tiba kita terputus bahan malam hari nak buat kek.. tak perlu risau kerana di kedai runcit pun kita boleh dapatkan Tepung Penaik Kings dan  Bicarbonate Of Soda Kings.
Tepung Penaik Kings dan Bicarbonate Of Soda Kings , membuatkan kek super gebu dan lembut.

Hari ini ita akan kongsikan kek pisang yang ita namakan Kek Pisang Salju Moist Dan Gebu.
Kenapa salju?
Salju bila ita taburkan gula icing Kings yang putih gebu dan selembut salju. Halus mulus gula icing Kings tau! mudah di gunakan dalam apa juga hidangan.


Ita rasa semua dah tak sabar nak dapatkan resepi kan
Jom kita membaking


KEK PISANG SALJU MOIST DAN GEBU
Resepi :
clubintangbarkath
Club Bintang Barkath

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh Tepung Penaik KINGS
1 sudu teh Soda Bicarbonate KINGS

4 biji pisang berangan
1 cawan minyak masak
1/2 cawan  gula perang
1/2 cawan gula castor KINGS
3 biji telur
1 sudu teh esen pisang
Sedikit Gula Icing KINGS untuk hiasan



Satukan Tepung gandum, Tepung Penaik KINGS, Soda Bicarbonate KINGS dan ayak
Dalam blender, satukan pisang, gula castor dan gula perang, minyak, telur dan esen pisang
Putar adunan hingga halus
Bahan tepung letak dalam bekas besar, tuangkan adunan blender dan kaup balik hingga sebatiu
Alas loyang 8 inc dengan kertas pembakar dan oles sedikit butter
Tuang adunan dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau 1 jam sehingga kek masak
Taburkan Gula Icing KINGS
Sedia di hidangkan
Selamat mencuba!




4 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Oh, sy pun suka guna brand ni jugak Kak ita

Pn Zaidah Ahmad-Genius Kids House said...

Gebu... Simple ja ya cara membuatnya😍

Azhan.co said...

Azhan: Gebu gebas!

Stellarix said...

Peminat pisang kat hadir kudu mesti sainsologi belajar

Post Top Ad

test