Alhamdulillah hari ni kita berada pada 3 Ramadhan. Kadang kala sebagai ibu dan suri rumahtangga, menyediakan juadah untuk berbuka adalah satu tanggung jawab yang besar dan kata orang jika kita sediakan juadah berbuka untuk orang yang berpuasa adalah besar ganjarannya.. amin...
Kalau tak dapat bagi rasa juadah yang kita sediakan dapat bantu berkongsi resepi kesukaan keluarga untuk mereka-mereka yang nak mengumpul pahala juga ada ganjaranya juga insyaallah..
Hari ke 3 berpuasa ita sempat sediakan juadah kesukaan anak-anak iaitu mee bandung. Tak kiralah baik ita, suami atau anak-anak rata-rata sukan mee bandung dan antara menu yang selalu kami pesan setiap kali makan di luar. Sebenarnya ia adalah menu kesukaan anak sulung ita Amirul.
Buat mee bandung Muar ni tak lah susah sangat dan bahannya juga cukup mudah dan ringkas. Mula-mula kita kena sediakan paste dia dahulu. Untuk resepi yang ita bagi ni, sukatannya adalah agak banyak. Tapi jangan risau, kerana ianya boleh di simpan, manalah tau nak buat open house ke.. atau ada kawan yang datang mengejut ke rumah, tak lah risau sangat..paste nya dah ada tinggal masak je.. mudah kan. Paste ni kalau lebih tu masuk bekas dan simpan dalam freezer , tahan lama tau!
Jom ita tunjukkan dulu cara nak buat paste dia dulu.
MEE BANDUNG MUAR ASLI
PASTE MEE BANDUNG MUAR
100 gm lada kering ~ potong dan rendam hingga lembut
6 ulas bawang merah ~ kisar halus
3 ulas bawang putih ~ kisar halus
1 cawan gula pasir
1/2 cawan udang kering ~ kisar halus
15 keping biskut marrie ~ kisar halus
1 cawan kacanh tanah ~ goreng / sangai kemudian kisar halus
Panaskan minyak
Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah di kisar
Bila dah garing dan naik bau, masukkan cili kering dan tumis hingga garin dan pecah minyak
Masa ni masak lama ya bagi lada tu betul-betul garing
Kemudian masukkan gula, gula biar lebih sikit sebab kita nak pas ni manis so dia tahan lama
Bila dah garing, masukkan udang kering
Masak lagi sampai kering
Tambbahkan biskut marrie dan masak lagi
Akhir sekali masukkan kacang tumbuk, masak sampai ia jadi paste
Kacang ni ikut suka, kalau yang suka kacang boleh letak yang tak suka kacang tak letak pun tak apa.
tapi kalau yang asli ia letak kacang.
MEE BANDUNG
Mee kuning ~ cuci dan celur
1 pokok sawi ~ asingkan daun dan batang
1/2 batang lobbak merah ~ potong mancis
Telur ~ ikut suka nak rebus atau pecah dalam kuah
Tauhu 2 keping ~ goreng dan hiris nipis ( ni pun ikut nak masuk dalam kuah boleh atau letak asing pun boleh
200 gm daging ~ hiris nipis
6 ekor udang ~ asingkan kepala dan kulit
Kepala udang dan kulit udang rebus , kemudian kisar , lepas tu tapis untuk dapatkan air stock udang
1 ~ Kiub daging
Garam atau serbuk secukup rasa
1 senduk paste ( ikut jumlah yang nak makan berapa orang kalau ramai lebihkan )
Ambil paste mee bandung
Campurkan stock udang aging empuk
ak hingga ddan masak hingga didih
Bila dah didih masukkan daging
Masak sampai daging empuk
Kem,udian masukkan udang
Bila udang dah masak masukkan batang sawi dan lobak merah
Bila sah masak masukkan kiub daging dan perasakan dengan garam atau serbuk perasa secukup rasa
akhir sekali masukkan sawi
Kalau masak untuk seirang makan boleh terus pecahkan telur dalam kuah
Cara hidang, letak mee yang dah di celur dalam mangkuk dan curahkan kuah
taburkan bawang goreng dan tahu
Sedia di nikmati
Untuk minuman pula ita sediakan Ais Manggo Kekinian, Tak taulah apa maksud kekinian tu.. Resepi minuman ni ita ambil dari perkongsian rakan -rakan di Indonesia. Sedap tau air ni.. Ita rasa sesuai juga kalau kita nak buat untuk jamuan open haouse. Sebab dia ada jely manggo dalam tu.. sedap sangat!
Jom kita cuba
AIS MANGGO JELLY KEKINIAN
1 biji manggo yang masak ~ potong dadu ambil sedikit larikan ( dikisar ) untuk buat jelly
1 bungkus jelly mangga peket kecil
80 gm gula pasir
700 ml air untuk masak jelly
4 sudu besar susu kekat manis
1 cawan sirap atau jus pati mangga ~ ita guna jus mangga harum manis yang beli di Perlis tempohari
2 sudu besar Sunquic Oren
1 liter air masak
Mula-mula kita sediakan jelly dulu
Boleh sediakan jelly ikut aturan pada pembungkus jelly atau boleh ikut cara ni
satukan 700 air , jelly mangga, gula pasir dan isi manggo yang telah di kisar
masak atas dapur hingga didih
tuangkan dalam bekas danm biarkan keras
Bila dah keras potong dadu
Satukan 1 liter air bersama, jus pati mangga ( kordial mangga) campurkan dengan oren sunquick dan susu pekat manis
Masukkan mangga yang di potong dadu dan jelly dalam bekas
tuangkan bancuhan air yang kita dah sedikan tadi, letakkan ketulan ais dan sedia di nikmati
Tau tak minuman ni cukup popular di Indonesia dan mereka menjual dalam botol kecil. waa.. best jugakan kalau di buat jualan bualn ramadhan ni..
Untuk manisan pula ita sediakan puding roti coklat hazelnut dan pisang
Sesekali kita tukar selera dari yang biasa.
PUDING ROTI COKLAT HELZUNET BERPISANG
8 keping roti
coklat hazelnut secukupnya
3 biji pisang yang kecil je pisang emas ke.. 40 hari ke..
3 cawan susu segar
2 biji telur
4 sudu besar gula
2 sudu besar butter ~ suhu bilik
SOS KASTARD
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
3/4 cawan air
secubit garam
2 sudu besar tepung kastard
Untuk Hazelnut Coklat ita guna yang ni
Akak suka sangat Hazelnut Cream ni sebab dia tak manis sangat.. tak berminyak , mudah kalau nak paip dan rasanya tak usah cakap lah.. sangat sedap! rasa hazelnut dia tu kuat tau!
akak selalu sapu dekat kek sebagai layer dalam, atau buat filling untuk cheese tart
yang paling akk suka kalau nak paip atas brownies cukup mudah !
Sedap sapu kat roti juga tau!
harga pun berpatutan
Kepada yang cuba boleh dapatkan dari Laura Daddy's
Kalau nak jadi agent pun boleh wasap admin pada link yang akak sharekan di bawah
Dah nak raya ni.. cepat dapatkan sekarang kerana banyak resepi yang bakal di kongsikan dengan Hazelnut Cream ni..
Tunggu perkongsian dari akak nanti.
Produk kami 100% punyai perkara seperti dibawah.
▼▼▼▼▼▼
KURANG MANIS
TIADA PENGAWET
TIDAK BERMINYAK
PREMIUM HAZELNUT
▲▲▲▲▲▲
Hazelnut Creame adalah produk yang anda boleh gunakan seperti
+ UNTUK AIS BLEND
( Buat smoothie, jadikan latte)
+ UNTUK INSTANT BREAKFAST
( Tuang atas pan cake, waffle, banana)
+ MAKANAN SEHARIAN
( Sapu pada roti, biskut, celup buah buahan)
+ TOPPING KEK
( Sapuan diatas kek)
+ TOPPING DESERT
(Chese Tart, Brownies, CreamPuff, Chuross)
+ BAHAN TAMBAHAN UNTUK BISKUT RAYA
(Sesuai untuk semua jenis biskut raya)
+ MAKAN DENGAN ROTI CANAI
(Saya pun dah try sedap)
+ MAKAN BERSAMA AISKRIM
(Yang ini sekali rasa pasti nak lagi.
Admin Adam
http://
Admin Ayunie
http://
Sapukan roti dengan coklat hazelnut
Cantum kan 2 keping dan potong ~ ikut lah nak potong macam mana
Pisang di potong nipis
Susunkan dalam loyang atau bekas yang tahan di bakar
Ketepikan
Satukan, susu segar, gula, telur , dan butter dan kacau dengan whisk hingga sebati
Tuangkan dalam bekas roti tadi dan biarkan roti kembang atau serap semua bahan cecair
panaskan oven suhu 180 C 15 minit awal
bakar dalam oven selama 45 minit hingga 1 jam atau sehingga ia masak
Sementara tunggu puding kita masak sediakan sos kastard pulak
Satukan semua bahan untuk sos kastard dan masak atas dapur hingga didih
Sendukkan puding kita tadi dalam pinggan dan curakan sos kastard
emmm... yummy!
2 comments:
Utk aduann ni apa saiz loyang yg dgunakan?
Salam K.Ita...Hazelnut cream tu tukar dgn nutella blh jgk kan?
Post a Comment