Hari ke 2 Ramadhan
Hari ni ita masak menu yang berasaskan kelapa. Mula ingat hanya nak buat air kelapa je.. sekali bila suami ita balik bawa 4 biji kelapa, banyak sangat sayang kalau di biar lama nati kelapa tu rosak pulak, maka menu yang telah di rancang terpaksa di ubah di saat akhir..
' baby sayang terima kasih tau kelapa ^_^'
Maka terhasillah menu Tom Yum Kelapa Muda dan Ais Kopyor.
Tahu tak apa itu Kopyor. Kalau tak silap ita lah kan, menurut pembacaan ita.. Kopyor adalah sejenis kelapa di Indonesia ( betulkan sekiranya ita silap). Ais kopyor atau di Indonesia di panggil Es Kopyor adalah minuman yang paling popular dan sememangnya di sediakan setiap kali bulan Ramadhan. Ais Kopyor ni minuman viral di Indonesia dan menjadi kesukaan ramai. Ia macam air katira jugaklah kalau kat sini, popular dan menjadi kesukaan ramai.
Minuman ni memang dah popular lama di Indonesia, cuma ita sahaja yang belum berkesempatan mencuba. Buah kelapa Kopyor ni juga di katakan agak mahal di sana.. maka ramailah yang membuat sendiri kelapa kopyor dengan jelly atau agar-agar. Ternyata hasilnya tidak menghampakan.
Rata-rata yang dah mencuba semuanya melahirkan rasa enak , segar dan dingin bila di nikmati. Ita pun tak sabar juga nak mencuba, bila ramai yang mula berkongsi resepi yang istimewa ini.
Jom kita cuba, mana tau ianya bakal jadi minuman viral dan di jual di bazar Ramadhan di sini pula.
AIS KOPYOR @ ES KOPYOR
Resepi oleh : Ardiyanti Ulyana
10 gm serbuk agar-agar
2 sudu makan gula pasir
1/2 sudu teh garam
40 ml susu pekat manis
100 ml santan
700 ml air
1 helai daun pandan di simpul
Sirap coco pandan secukupnya ( ita ganti dengan sirap rose )
2 biji air kelapa muda
air secukupnya
air batu secukupnya
biji selasih yang telah di rendam hingga kembang
Mula-mula, satukan agar-agar, gula, garam, susu pekat, santan, air dan daun pandan dalam periuk dan masak hingga didih dan sedikit pekat
Sediakan ketulan bongkah ais batu dan letakkan dalam bekas besar
Ambil sesudu dan tuangkan atas air batu , agar-agar akan mengeras nipis dan jatuh ke dalam bekas
Ulang proses ini sehingga habis
Kita akan dapat aga-agar yang seakan kelapa muda
Dah siap ketepikan
Sediakan pula biji, selasih
Ambil 2 sudu teh biji selasih dan rendam dalam air panas hingga kembang
Ambil jug dan letakkan sari kelapa agar-agar tadi, masukkan selasih, masukkan sirap rose secukup manisnya, masukkan air kelapa muda dan akhir sekali ketulan ais. Jika air kelapa tidak cukup boleh tambah air masak.
* sari kelapa ni dapat banyak tau! sekiranya nak bbuat untuk open house ke atau jamuan memang cukup untuk satu adunan resepi ni. tapi kalau nak buat hidangan berbbuka untuk keluarga, ita cadangkan buat 1/2 adunan sahaja kerana dapat agak banyak.
Apa rasanya..?
Memang sedap sangat! rasa unik tau sari kelapa agar-agar tu saling tak tumpah macam rasa kekapa muda. Bijak betul mereka yang mencipta resepi ni. Memang sedap, padanlah rakan-rakan kita di Indonesia galak membuat minuman ni terutamanya bila bulan puasa ni..
Harus cuba serius sedap! enak bangat!
Selain air kelapa , ita juga sediakan Tom Yum Kelapa Muda. Sedap tau Tom Yum Kelapa muda, selalu ita makan di kedai dekat rumah ita ni.. tapi bulan puasa ni dah niat nak masak sendiri untuk keluarga dan bila 'baby sayang' kita dah bawak balik 4 biji kelapa muda.. maka kenalah buat juga tom yum kelapa muda ni.
Bahan-bahannya cukup mudah dan simple. Ita guna perencah bbiasa je yang jual di pasaran. Senang nanti kawan-kawan nak cari kalau ada yang nak merncuba.
TOM YUM KELAPA MUDA
5 ekor udang
1 ekor sotong sederhana besar ~ bersihkan dan potong kecil, potong bulat ikutlah nak ppotong macam mana
kalau nak tambah ketam ke.. kupang ke.. lala ke.. pun boleh
* ita tak letak ayam , kalau ada nak letak pun boleh juga
Sedikit kubis bunga
Sedikit putik jagung ~ di hiris
1/2 batang carot ~ potong baji
sedikit cendawan
sebiji tomato ~ belah 4
kacang pea
1/2 biji Capsican ~ hiris
2 pokok ketumbar
bersihkan akarnya
daun hiris halus
2 batang serai ~ di ketuk
6 helai daun limau purut ~ buang tangkai tengah
1 lau bawang merah ~ hiris
3 ulas bawang putih ketuk
2 inc Lengkuas ~ hiris
8 tangkai cili padi ~ di ketuk
3 ketul Kiub Tom Yum maggi
1 peket perencah tom yum Adabi
2 sudu besar Thai Fish Sauce Knife
1 biji kelapa muda ~ ambil air dan isinya
Mula-mula kita sediakan air dalam periuk atau kuali anggaran 1 cawan, masak hingga didih dan masukkan 2 tangkai akar ketumbah
masak hingga harum
Kalau nak letak ayam, dah bolehlah masukkan ayam. biar ayam masak dulu baru masukkan
serai, lengkuas, bawang putih, bawang merah, cili padi, daun limau purut
Biar dia merenih, baru masukkan, kiubb tomyum, perencah tom yum dan stock ikan
Masukkan air kelapa muda dan isinya
Kemudian masukkan, semua sayur yang ada kecuali cendawan dan daun ketumbar
Bila kuah dah didih, masukkan makanan laut
masukkan cendawan dan daun ketumbar.
Jika kuah pekat sangat boleh tambahkan air.
Sedapnya....
Hidangan ni boleh makan dengan nasi atau kalau nak makan dengan mee hoon pun sedap!
ada telur dadar pun dah sedap sangat!
PUDING KARAMEL TANPA TELUR
Resepi Oleh : Mimie Zuha
Bahan gula caramel
¼ cawan gula
3 sudu besar air
3 sudu besar air
Bahan puding:
1 paket agar-agar(10gm)
4 cawan air
1 tin susu cair
½ cawan susu pekat
¾ cawan gula(nak manis lagi letak 1 cawan)
3 sudu tepung kastard
1 sk esen vanila
1 paket agar-agar(10gm)
4 cawan air
1 tin susu cair
½ cawan susu pekat
¾ cawan gula(nak manis lagi letak 1 cawan)
3 sudu tepung kastard
1 sk esen vanila
Cara:
Panaskan gula dan air didalam loyang dengan api perlahan sehingga gula keperangan dan kacau hingga rata. Ketepikan dulu.
Satukan kesemua bahan untuk puding didalam periuk dengan api perlahan.
Biarkan ia larut dan tidak berketul.
Setelah adunan sedikit pekat boleh tutupkan api.
Tapis adunan terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam loyang berisi caramel tadi.
Selepas siap tuang ke dalam loyang bolehlah masukkan kedalam peti selama 2-3jam atau betul² adunan puding jadi keras.
Bila dah keras bolehlah potong , hidang dan makan sejuk-sejuk
Panaskan gula dan air didalam loyang dengan api perlahan sehingga gula keperangan dan kacau hingga rata. Ketepikan dulu.
Satukan kesemua bahan untuk puding didalam periuk dengan api perlahan.
Biarkan ia larut dan tidak berketul.
Setelah adunan sedikit pekat boleh tutupkan api.
Tapis adunan terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam loyang berisi caramel tadi.
Selepas siap tuang ke dalam loyang bolehlah masukkan kedalam peti selama 2-3jam atau betul² adunan puding jadi keras.
Bila dah keras bolehlah potong , hidang dan makan sejuk-sejuk
Untuk manisan pula ita sediakan, puding karamel tak letak telur dan tak perlu kukus. Ia lebih mirip macam agar-agar karamel lah. dan pernah viral dulu-dulu lagi.. kalau tak silap ita resepi asal oleh Shasa Rahmat masa mula-mula zaman awal Fb dulu. Masa tu kan sibuk orang buat kek karamel, jadi ada yang mana cuba tak mejadi tu.. nak lepaskan geram buat puding caramel haha... ita lah salah seorang nya tu..
Kini ia viral semula dan di kongsikan oleh minie di Gorup Masak Apa hari ini
Puding ni sedap! dia tak berat sangat.. sebagai manisan untuk berbuka puasa memang sesuai sangat dan sesuai juga untuk buat jamuan atau open house nanti. rasanya tak payah ceritalah memang sedap! rugi kalau tak cuba. cara bbuat pun cukup mudah dan simple
Adunan ni juga dapat agak banyak lah.. kalau untuk jamuan tu guna loyang 9" memang sesuai lah. kalau nak buat untuk makan family yang tak ramai ita cadangkan buat 1/2 adunan sahaja. guna loyang 6 atau 7 " sedang del,ok lah tu untuk family yang tak besar.
Semua menu yang ita kongsikan hari ni semua sedap-sedap belaka. Harus di cuba!
5 comments:
Wah....nampak sedap tu..tomyam kelapa tu menarik..
Kopyor tu menarik, first time sy tau.. Terbayang jelly menipis kena ais jatuh satu persatu
Artikel Ini Sangat Bermanfaat sekali ... Jangan Lupa Dibaca Juga Artikel berikut ini :D
Ini dia tempat Terbaik dan Terjitu KapalJudi88
Pastikan Agen Bola terbaik anda dari Judi Bola
Bandar Bola terbaik Dan Terpecaya Kapal Asia
1 Akun Untuk Semua Permainan
Referral Rolingan 0.1%
Cashback Hingga 15%
Referral 2.5%
Casino 0.8%
WA : +855 1537 8728
FB : Kapal Judi Faigk
Telegram : @KAPALJUDI
Fanspage : https://www.facebook.com/KAPALJUDI.NET/
Instagram : @kapaljudi88
Twitter : @KapalAsia88
Line : Kapaljudi
Permisi ya kak Admin ^^
ItuKasino online - ituKasino - Agen Judi Bola - Slot -
Judi Poker - IDNLive - Sicbo - Baccarat- LiveCasino
Minimal Deposit & Withdraw Rp. 25.000,- / Rp.50.000,
- Bonus Cashback Sportsbook 5% setiap Senin
- Bonus Rollingan Live Casino 1% setiap Senin
- Bonus Rollingan IDN Live 1% Setiap Senin
- Bonus Cashback Slot Games 5% Setiap Senin
- Bonus Cashback Poker 0.3% setiap Kamis
Kontak Kami :
• Whats App: +855-9379-0515
Pusat Bantuan
• Pusat Bantuan ituKasino
Link
• Link ituKasino
Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
• Telkomsel , XL axiata
• Ovo , Gopay
Agen Taruhan Judi Teraman, Situs Taruhan Judi Teraman, Agen JudiBola, Agen Judi Bola Online, Agen Bola
Online, Agen Sportsbook, Judi Casino, Agen Judi Casino, Agen Casino Online, Agen Live CasinoTerpercaya, Agen
Judi Poker, Judi Poker, Agen Poker Online, Agen Judi Domino, Agen Domino Online, Agen Bandar Domino, Agen
Bandar QQ, Agen Bandar Poker, Agen Bandar Ceme,
I am very happy to read this one. You done really nice work in this article. I love this type of amazing books. Now it's time to avail snow white soap for more information.
Post a Comment