Jalan - jalan ke Penang kalau tak pekena Laksa Penang memang rugi ‼️
Penang surga makanan.. ramai yang suka bertandang ke Penang kerana makanannya yang pelbagai dan mewah dari pelbagai bangsa.
Sebenarnya kak ita ni bukan peminat laksa Penang. Sudah beberapa resepi laksa Penang yang kak ita cuba sebelum ni.. masih tak dapat menambat selera.
Akhirnya .. memang kena cari resepi air tangan anak Penang jugak.
Resepi air tangan Datuk Rizalman ni memang lah.. meremang bulu roma bila kali pertama hirup kuah dia... serius sedap giler... hangpa semua peminat laksa harus cuba naa...‼️
Dah rasa yang ni memang tak ingat yang lain..
Mungkin kak ita ada tukar satu dua bahan.. tapi tak mencacatkan rasa.. memang sedap , banyak masak macam ni pun habis seperiuk tu..
Respi Datuk tu dalam sukatan yang banyak. Kak ita buat separuh dari sukatan yang Datuk bagi .. tu pun banyak dapat
Kalau family tak ramai boleh buat separuh lagi dari sukatan yang kak ita bagi ni ya ‼️
Untuk laksa berasnya kak ita buat sendiri. Laksa buat sendiri ni lebih sedap di makan. Tapi kalau malas nak buat beli je lah. Dekat JB ni tak ada jual laksa beras macam kat Penang tu.. ada yg segera dalam peket je..
untuk resepi laksa ni tak dapat banyak, cukup untuk family kecil. Boleh guna kaedah kukus atau rebus. Akak suka yang rebus , suami suka yang kukus. Ikutlah nak rebus atau nak kukus, pilih mana yang mudah.
LAKSA PENANG
10 - 15 ekor ikan kembung. Kalau kembung besar 10 ekor je.. kalau kembung batu 15 ekor ok
5 tangkai cili kering
5 keping asam
Garam
Satukan dalam periuk rebus
Air rebusan simpan
Ikan asingkan isi dengan tulang
Isi kisar
Tulang , cili, asam keping, kisar dgn air , tapis ambil air - stock ikan
Sardin 1 tin - lenyek
Bahan kisar
10 ulas Bawang merah
1 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi - nak pedas lebihkan
1 mangkuk cili kering
1 kuntum bunga kantan
1/2 biji nenas
1/2 cawan kicap pekat
1/2 cawan petis
1/2 cawan air asam jawa
10 keping asam keping
4 buku kecil gula Melaka
Garam secukup rasa - garam kena lebih
1 cekak daun kesum
1 kuntum bunga kantan
Empulur tengah nenas
* laksa kena lebih asam, lebih garam dan manis2 dari gula melaka atau gula merah
* cara masak rujuk video
LAKSA BERAS
500 gm tepung beras
1 cwn tepung gandum
1 cwn tepung jagung
3/4 cwn tepung ubi
600 ml air didih - klu keras tambah air sikit lagi
* cara buat rujuk video
Boleh kukus dan boleh rebus - ikut suka
Terima kasih sudi menonton
Jangan lupa like , share dan tekan butang bell 🔔 untuk menjadi orang pertama dapat notification video terbaru
Sep 15, 2020
Home
Unlabelled
Laksa Penang power‼️ memang kena cari orang Penang jugak ‼️
Laksa Penang power‼️ memang kena cari orang Penang jugak ‼️
About Azlita Aziz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
test
No comments:
Post a Comment