Kelantan terkenal dengan pelbagai masakan dan kuih muih tradisional yang tak lapuk di telan zaman. Kuih muih yang unik dengan cara peyediaan yang cukup teliti dan berseni itulah yang membuatkan ramai yag suka berkujung ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Kalau ke Kelantan, ita lah paling teruja.. pasti pagi-pagi ita dah cari gerai jual kuih muih kerana di sanalah ita masih dapat lihat peyediaan kuih muih yang masih ori dan meggunakan bahan alami. Kalau dulu-dulu kuih Kelantan "manis medu" bak kata orang Johor, tapi sekarang tidak lagi.... Orang Kelantan dah mula jaga kesihatan..
Tepung pelita merupakan kuih yang mejadi kesukaan suami ita. Kalau sampai Kota Bahru , pasti tepung pelita yag di cari dahulu. Kuih yag di sediakan dalam kotak daun pisang ini mempunyai keistimewaan tersendiri dan pastinya tepung pelita dari negeri yang terkenal dengan gelaran serambi Mekah ini agak berbeza dengan tepung pelita dari daerah yang lain.
Caramel dari air gula yang berlinang di dasar kotak yang membuatkan kita begitu asyik menikmati kuih ini hingga ke dasarya..
Peyediaan kuih muih dari Kelantan tidak susah. Bahan yang di gunaka cukup mudah dan simple. Tapi rasanya... aduh... meyengat hingga ke tulang som-som.
Hari ii ita kongsikan cara peyediaan kuih tradisional Kelantan
TEPUNG PELITA
* Adunan ni dapat dalam 30 biji kuih
Sediakan dahulu kotak dari daun pisang. Cara buat boleh rujuk video
Bahan Hijau
150 gm tepung beras
1000 ml air
5 helai daun pandan
pewarna hijau ~ optional
500 ml air dari jus pandan (daun pandan blend dengan 500 ml air )
* masak hingga berwap dan kilat
1 sudu besar gula letak dalam kotak daun pisang
tuang bahan hijau kukus 5 minit
* rujuk video
Bahan Putih
100 gm tepung beras
1700 ml santan dari 1 biji kelapa
1 sudu besar garam
* masak hingga berwap
Tuang atas lapisan hijau dan kukus 5~10 minit
* rujuk video
Terima kasih kepada yang sudi menonton
jangan lupa like, subscribe dan tekan butang loceng untuk dapatkan video seterusnya
2 comments:
Hey, this is a great post, so clear and easy to understand. All your hard work is much appreciated.
property management malaysia
Good blog. I love it, it gives all the information you need. BookMyEssay offers Linux Assignment Help. You can follow our expert guide on BookMyEssay platform
Post a Comment