Masakkan kampung, sambal udang petai , masak lemak pucuk ubi dan kerisi ... - masam manis f

Breaking

Sep 16, 2020

Masakkan kampung, sambal udang petai , masak lemak pucuk ubi dan kerisi ...




Kalau cerita pasal menu orang kampung, memang tak siapa mampu menolak. Walaupun hidangannya ringkas, tapi keenakkan menu kampung ni meresap hingga ke jiwa tau! Ita memang cukup mengemari masakkan kampug. Orang kampung kalau masak tak banyak belanja.. semuanya hasil berbudi pada tanah.. akhirnya.. nikmat mana lagi yang mampu di dustakan. Memasak ni lain orang lain caranya.. mugkin cara orang Johor tak sama dengan orang Kelantan.. orang timur tak sama dengan orang barat.. itulah uniknya sesuatu hidangan.. tak ada yang salah dalam menyediakan hidangan.. yang penting kita ikhlas memasak untuk keluarga.. pahala tu.. Hari i ita sediakan masakkan kampung yang istimewa, sambal udang dengan petai dan masak lemak pucuk ubi.. di gandingka dengan ikan kerisi goreng dan ikan kering bulu ayam yang rangup.. bertambah-tambah nasi dalam piggan.. mak mertua lalu pun tak perasa... hii SAMBAL UDANG PETAI 1 cawan petai 10 ekor udang segar Bahan kisar 15 tangkai cili kering 5 ulas bawag merah 3 ulas bbawag putih 3 hiris halia sedikit belacan air asam jawa garam dan gula secukup rasa * cara masak rujuk video MASAK LEMAK PUCUK UBI Pucuk ubi ~ di celur dan hiris Udag kering rendam lembut ~ tumbuk kasar 5 tangkai cili padi 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3 hiris halia 1 biji santan kelapa garam da secukup rasa * cara masak rujuk video ya.. ini cara ita masak ya.. ita mmg suka tumis dulu bahan kisar.. kalau tak nnak tumis pun boleh, masuk je semua dalam periuk, letak sannta dann terus masak.. pu boleh juga selamat mencuba

3 comments:

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

amboi, kita dah tengok video tu, petai pun kait kat pokok ya kak, hebat, hihi. Tahniah, kak atas penghasilan video yg menarik, rasa macam tengok video youtuber Jepun & Korea

mummy_ayu said...

wow..menu yg memang buat bertambah2 nasi ni... dap dap!

Ruzieta said...

Amboii..rajin ita kukur kelapa ya.

Post Top Ad

test