LAKSA JOHOR - masam manis f

Breaking

Nov 26, 2010

LAKSA JOHOR

Laksa Johor

Laksa Johor merupakan makanan yang terkenal di Johor. Laksa ini merupakan hidangan berat yang mengenyangkan. Rasanya enak tetapi rumit untuk disediakan jika sekadar untuk dihidangkan kepada beberapa orang. Oleh sebab itulah laksa ini biasanya dihidangkan pada Hari Raya atau dalam majlis tertentu sahaja.

Laksa Johor agak berlainan dari laksa sedia ada kerana ia tidak menggunakan laksa beras sebaliknyer menggunakan spagetti untuk dimakan bersama kuah laksa, sambal belacan dan ulam ulaman.




Bahan utk kuah laksa

1kg ikan tenggiri atau kembung - direbus
1/2 mangkuk minyak
6 sudu rempah kari daging - dibancuh dgn air
2 mangkuk santan

Bahan A
10 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 batang serai
4 cm lengkuas
4 biji buah keras
4 cm halia
2 cm kunyit

Bahan B
5 mangkuk air rebusan ikan
1/2 mangkuk kerisik
2 keping asam keping
1 sudu besar garam
1/2 buku gula melaka
2 kiub ikan bilis

Cara menyediakannya

Rebus ikan dan ambil isinyer, kemudian dikisar dgn air rebusan ikan.
Kisar bahan A hingga halus
Panaskan minyak di dalam periuk lalu tumiskan bahan A hingga terbit minyak. Masukkan rempah kari dan Kacau rata hingga sedikit garing. Kemudian masukkan kesemua bahan B.
Setelah itu masukkan isi ikan dan air rebusan ikan. Akhir sekali masukkan santan dan masak hingga kuah mendidih dan pekat.

Bahan-bahan yg dimakan bersama kuah laksa
 Spagetti yg telah dicelur digaulkan dgn sedikit minyak supaya tidak melekat


 Antara bahan-bahan yg dimakan bersama kuah laksa taugeh, timun dihiris halus, daun kesum dicincang halus, bunga kantan dicincang halus, bawang merah dihiris bulat, limau kasturi dan sambal belacan.

3 comments:

As-Salahuddin Smart Tahfiz School said...

Assalamah, syukron jazilan k.ita sbb resepi ni menjadi laksa Johor saya n dpt pujian ramai :) byk dah resepi sy follow dalam blog ni semua menjadi, alhamdulillah!
K.ita, keep it up!

Unknown said...

As-Salam...
Nak tanya, Kak Ita guna rempah kari daging apa yer?

Cik Nooriah bt Mamat said...

Teringin nak buat...

Post Top Ad

test