FTB ke SBB....?? - masam manis f

Breaking

Feb 5, 2011

FTB ke SBB....??

assalamualaikum...
Selamat pagi semua... dah sarapan??? sarapan apa ek! hari ni... tentulah yg sedap2 belaka... selamat menjamu selera ye... jangan lupa baca doa makan... hihi


Pagi ni ita meroti lagi... roti kali ni didatangkan jauh dari Finland... fuh! yooo... jauhnyer tu... haaa... tau tak pe... bukan mudah tau nak memasak ni... naik turun kapal terbang jugak dibuatnyer... hihi
Resepi ni ita ambil dari dapur Nieza. Al- kisahnyer semalam semasa sedang meronda dan jalan2 ternampaklah menu roti ni kat dapur Nieza.... anak2 sudah berbunyi berbunyi.... semua seronok tengok bun yg Nieza posingkan tu.... dan mintalah maknyer buatkan... dan inilah hasil yg tak seberapa dari ita....

Sebenarnyer ita selalu mmg suka simpan stock roti kat umah... klu tak buat, ita beli yg dah siap. Senang ada roti... anak2 boleh makan... bila perut mereka kenyang tak lah meragam.... kalau tak macam2 isu berbangkit yg diutarakan.... mentang2 lah mak dia ni Menteri Dalam Negeri merangkap Menteri Sumber Manusia dan Kesihatan.... pelbagai isu lah yg dibentangkan... dari masalah kesihatan hinggalah masalah kewangan... naik menanah jugak telinga ini mendengar celoteh anak2... hihihi saborrr aje leee....


Roti ni resepi asal dari CMG, Sosej Blossom Bun (SBB). Ita cnp dari rumah Nieza, Floral Twist Bun (FTB). Namanyer pun dah berubah2 macam2 nama diberikan setiap kali bun ni berpindah tuan... hihihi.... Bun pun dah pandai nak ada nama glamour jugak tau!.... ape...?? ingat artis aje ke ada nama glamour.... apa2 aje lah ye!... yg penting, Sedap! dan anak2 suka.... terima kasih kepada Nieza dan penyumbang resepi... ita cnp pula resepinyer disini ye!

 MyKitchen's Recepi

SOSEJ BLOSSOM BUN
By: CMG Dapur Tampa Sempadan
Sumber: Nieza

BAHAN-BAHANNYA
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya

"DO IT YOURSELF"
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
  3. Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
  4. Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....

6 comments:

Yatie said...

Salam Ita,
Yatie pun kerap juga buat Blossom Sosej Bun ni..bnyk nama dan gelaran roti ni...apa pun yg penting mmng sedap sangat....dulu kalau pergi Giant, WAJIB beli roti ni...anak2 Yatie mmng suka betul...lagi2 Hafiz..maunya 3 keping sendiri dia makan...kali ni mama nya buat sendiri, bila balik asrama 10 keping Yatie bawakan..suka betul dia dpt menjamu selera kawan2nya sekali...seronokkan bila tngk anak2 makan dngn berseleranya hasil air tangan ibunya sendiri...

Unknown said...

assalam kak ita...wah dah sampai dapur akak dah bun ni...bagus-bagus...saya dtng nk tumpang mkn sini pulakla..bun saya dh abis....hehe sedap lak nengok akak buat ni...nk tapau seketoi bawa bekal blk ni..hehe

umi said...

Salam k.ita nk tanya knape roti kte atas xgaring cm sis?then bwh roti cpt hangus

umi said...

Salam..sis ita nape roti kite jd xgaring kt ats dn blah bwah cpt hangus..sya pkai oven api bwh

umi said...

Salam k.ita nk tanya knape roti kte atas xgaring cm sis?then bwh roti cpt hangus

Azlita Aziz said...

wasalam.. umi

kalau cepat hangus bawah dia Umi kurangkan suhu oven, mungkin suhu oven umi panas sangat

untuk garing atas dan bawah, umi guna api atas dan bawah dan bakar di rak tengah

Post Top Ad

test