NASI LEMAK AYAM GORENG BEREMPAH - masam manis f

Breaking

Jun 10, 2011

NASI LEMAK AYAM GORENG BEREMPAH

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua... Salam di pagi Jumaat.. penghulu segala hari. Alhamdulillah kita masih lagi dapat bernafas di bumi Allah ini. Masih dapat menatap wajah suami dan anak2. Masih dapat meneruskan ibadah dan tugasan yg di galas. Lakukan dgn ikhlas insyaallah akan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat..

Pagi yg cerah.. tapi mentari belum muncul lagi.. apakah akan muncul sang mentari atau akan beraraknya awan kelabu.. harap2 muncullah sang pelangi di balik gerimis sang hujan..

Sarapan apa ye pagi ni.. kadang2 buntu jugak nak memikirkan nak buat sarapan apa tuk anak2 dan suami. Walaupun sebenarnya anak2 dan suami bukan lah cerewet sangat bab2 makan ni... tapi kita aje yg kadang rasa nak sajikan hidangan yg menyelerakan sikit tuk mereka.. betul tak??


Hari ni ita bersarapan dgn Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah. Rumah ita ni kalau anak bujang 2 orang tu balik memang menu pasti akan ayam. Hari2 ayam. Ayahnya lah yg boring sikit sebab tak berapa suka ayam. Tapi bila dah makan dgn anak2 nampak berselera juga..

Nasi lemak ita kali ni ita campurkan dgn sedikit beras basmathi. hihi bukan apa sebenarnya ita nak habiskan baki beras basmathi yg berbaki secawan tu.. kalau dibiar pasti akan berkumbang nanti. Nak dimasakkan nasi manalah cukup secawan.... jadi ita campurkan dalam nasi lemak tu.. Ok jugak!


Untuk ayamnya pula ita gunakan rempah ayam goreng. Hari tu masa ita gi Kid Mart dan masa nak beli rempah soto ita ternampaklah rempah ayam goreng ni. Bila berbual2 dgn budak yg menjual tu dia kata rempah ni sedap! "cubalah kak, akak cuma perlu kisar bawang putih, serai dan halia pas tu letak garam sikit dan campur aje dgn rempah ni. Kemudian akak lumur pada ayam tu... perap sekejap dah boleh goreng... cubalah kak! nanti akak mesti dtg beli lagi... " kata2 budak yg menjual tu masih terngiang2 di cuping telinga ni.. tu yg ita gunakan rempah ni tuk mencuba! alhamdulillah.. memang sedap! anak2 pun kata sedap! habis diratah aje ayam tu.. memang terasa rempahnya..!! mmg betul pasti ita akan beli lagi rempah ni...

Adoiii... cakap banyak pulak ita pagi ni.. banyak kerja nak di buat, baju dah berlonggok nak di cuci.. jom lah kita layan nasi lemak ni sambil dihiburkan oleh Bruno Mars - The Lazy Song dgn ucapan.. jangan lazy2 ye!

MyKitchen's Recipe

NASI LEMAK AYAM GORENG BEREMPAH


NASI LEMAK HALBA KUKUS
1kg beras - dibasuh bersih dan ditoskan airnyer (ita campurkan 1 cwn beras basmathi)
5 cwn santan
3 helai daun pandan - dikoyak dan disimpul
2 inc halia - dihiris
1 camca halba
3 biji bawang merah - dihiris
1 biji bawang putih - dihiris
secubit garam - atau secukup rasa
Rempah tumis.

Masukkan semua bahan kedalam periuk dan masak sehingga beras sebati dgn santan. Biarkan nasi separuh masak atau sehingga santan kering.
Pindahkan nasi kedlm kukusan. Alas kukusan yg berlubang dgn daun pisang supaya nasi tidak jatuh.
kukus sehingga naik wap selama 30 minit atau sehingga nasi masak sepenuhnyer.
Apabila sudah masak bolehlah dihidangkan dgn sambal tumis, ikan bilis goreng, telur rebus, kacang goreng, ayam goreng dan timun sebagai ulaman.


AYAM GORENG BEREMPAH
1 ekor ayam - dipotong dan dicuci bersih
4 ulas bawang putih - dikisar
3 batang serai - dikisar
2 inc halia - dikisar
Garam - secukup rasa
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan
1 sudu kecil kunyit serbuk
1 sudu kecil serbuk cili

Kisar semua bahan kisar. Campurkan semua serbuk dan garam hingga menjadi paste. Lumurkan pada ayam hingga rata. Perap sekejap.
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak kekuningan. siap untuk dinikmati bersama nasi lemak.

6 comments:

ashiekien said...

seleranye pepagi kena nasi lemak......faveret saya tu......

Mas said...

akak..berseleranya mas tengok set nasi lemak tu....

Mat Gebu said...

Pengggsannnnnn >_<

Ummi said...

Itaaaaaaaaa...thanks atas ucapan...apapun mmg selalu pengsan taaauu tengok masakan dan persembahan gambar2 Ita ni...mmg Pro sungguh...terkesima mata akak! Moga hubungan kekal dan terima kasih atas sokongan Ita selama ni...luv ya..!!

CT Delima said...

As'salam Ita

lepas makan nasi lemak kompom mesti cari bantal.landing timeeee...hahaha

nak lazy2 gak..hahaha

Unknown said...

yong suka

Post Top Ad

test