PUDING JELLY OREN - masam manis f

Breaking

Jul 23, 2011

PUDING JELLY OREN

Assalamualaikum....

Pejam celik.. pejam celik akhirnya kita sampai lagi ke hujung minggu.. Begitu cepat masa beredar tampa di sedari kita akan melangkah ke bulan Ramadhan...


Hujung mingu ni buat ape lah agaknya ... Hari ni ita sibuk lah sikit kerana anak ita Azrul, balik pulang bermalam.. Dia bawa besama rakan sekelasnya yg teringin nak datang ke JB. Apalagi ita akan berpencak bersilat lah kat dapur hari ni.. entah apalah menu yg akan ita sediakan untuk anak2 hari ni.. dari semalam dok mencongak2 dan mengintai2 resepi dari satu rumah ke satu rumah.. rumah siapalah yg akan ita singah...


Hari ni ita tayang dessert lagi... huhu tak abis2 kak ita ni dok buat puding kan... nak buat macam mana tuan rumah suka makan puding. Pulak bila tengok sorang2 kawan2 dok buat tayangan amal puding masing.. tak berpinor mata melihatnya.. tak menari anak tekak ingin mencubanya.. haha


Cuaca juga memainkan peranan kenapa lah ita dok asyik buat puding.. tu laaa... bila cuaca panas sangat memang suka lah makan yg sejuk2.. lagi pun makan puding atau jelly ni tak mengemukkan... ye ke??? yaaa.. adooo... ye.. ye.. aaa... je kan..


Puding kali ni ita ambil dari dapur Juwita. Sebenarnya dah lama dok intai2 resepi puding ni dari dapur Juwita.. dah masuk list dah tapi tau je lah kan... list dah panjang berjela2 tah bila nak habis... akhirnya terpaksa potong Q... hihi


Ita mmg suka makan jelly yg macam ni.. dia lembut dan lembik2 sikit.. sejuk dan licin aje dia berlari2 anak dan melunsur laju ke dalam anak tekak ni.. nyaman aje terasa... pulak bila terasa masam2 manis.. lagilah bertambah2 laju nak menghabiskan hingga cedokkan yg terakhir... ummmpphhh...!! sedapnya...

Rasa2 ramai yg dah mencuba resepi dari Juwita ni.. dengan pelbagai versi.. kalau yg suka di letakkan dalam acuan bolehlah kurangkan airnya sikit kalau suka yg lembut dan bergoyang inul sikit boleh lah ikut resepi yg asal ni..


Terima kasih kepada Juwita yg sudi berkongsi resepi Puding Jelly Oren yang sedap ni.. Dapat akak menambahkan koleksi puding kegemaran akak ni...Akak minta izin untuk kongsikan di sini pulak lah ye!


PUDING JELLY OREN
by : Juwita

Lapisan Jelly
4 g serbuk agar-agar
500 ml air
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning - ita letak warna oren
sedikit oren Sunquick - ita tambah

Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
ketepikan


Lapisan Puding
4 g serbuk agar-agar
200 ml air
300 ml susu
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning - ita letak warna oren
sedikit oren Sunquick - ita tambah

Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
Masak sebentar dan ketepikan

Cara-cara untuk melapis
sediakan bekas yang sesuai.
masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis.
Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga benar2 keras
Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.



Untuk melihat pelbagai lagi versi dan aneka cara puding oren ini gi gayakan bolehlah layari blog masakan teman2 di bawah yg pernah juga mencuba resepi ni..

22 comments:

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak... wah cantiknya puding jelly tu akak... mengoda betul... sedap sudah pastu tu kan akak..

icaland pelangi indah said...

tetetiba terasa kering tekak tgk jelly kak ita buat ni. mintak sket. :)

tun_telani said...

morning kak ita.. cantik! apa mende yg bulat2 tu kak ita?

Juwita Jamaludin said...

Salam kak ita terima kasih cuba resepi ni... Cantiknya bila sampai tangan akak ni...:) lawa lapis yg bentuk v tu mcm mana la nak buatnya... MencabAr nak melapis nikan pula nak buat v tu..:)

Azlita Aziz said...

waalaikumussalam Diana...
terima kasih... memang sedap sebab lembut dan masam manis tu yg akak suka..

Azlita Aziz said...

sekarang kan musim panas pelangi petang..
kalau makan yg sejuk2 cam ni lega sikit rasa anak tekak yg perit ni..
nak cikit.. hihi dah abis lah pulak! nanti akak buat lagi eh!

Azlita Aziz said...

morning tun..
yg bulat2 tu sebenarnya lapisan puding jugak yg akak buat lebih awal dan buat bulat2 tu masukkan dlm acuan bulat..

jadi utk resepi ni akak kena buat 3 puding
1. akak buat yg lapisan puding tapi akak masukkan dlm acuan bulat dan sejukkan hingga ia keras tapi ia mmg tak keras sangat sebab lembu sangat..
2. lapisan jelly yg oren tu
3 lapisan yg berjalur2 tu...

Azlita Aziz said...

oppsss... eror.. bukan lembu tapi lembut... haha

Azlita Aziz said...

Terima kasih juwita kerana berkongsi resepi puding yg marvelous ni...

buat dia mmg agak mencabar dan pelukan kesabaran yg tinggi... hihi

akak tuang dulu sebelah dan sendengkan dgn cara alas bawah dia dgn papan atau buku pun boleh pas tu letak dlm peti ais hingga beku.. kemudian buat sebelah lagi.. begitulah seterusnya hingga habis...

atie @ ejay said...

kak ita mmg kreatif lah.. baru nak tanya wat camana hehe

Mas said...

perrrhhhh.....tak berkelip2 mata mas tengok puding kak ita yang sangat cantikkkk tuu.....
menyelerakan betoiiiiii....

Mieza said...

baru nampak k nor buat 2-3 hari lepas kini ada pula kat Masam Manis..kecur air liuq Mieza tgk puding jelly ni..

Unknown said...

kak ita, menarik dan mantop puding akak...terbaik la...sedap kan..:)

Sofea said...

terkedu sekejap tgk Puding Ita buat tu..cantik sggh..mmg deboom..! :)

ibundo said...

alahai ita sedapnya...
tengahari panas macam ni sedap dan laju je masuk tekak...

Farizah Shamsudin said...

Lapar la akak... nak sikit!

ilahjy said...

ita... kalu dlm army ini lambang pangkat lain2 pangkat...iaitu SARJAN... 3 calit.... mmg org yg sabaq jer dpt buat mcm ita buat..tahniahhh....

Idaza said...

assalamualaikum . sedapnya..terliur dibuatnya... superb lhaa , ita . tahniah ! (:

Mak anak tiga said...

org yg x suke oren pun pasti terliur tgk pudding ni~~hehehe

RYOVZHVR said...

huyohh..sungguh menyelerakan je nampak puding ni ye kak...yang penting tu haa,sudu duk posing sana sini dah.ehehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kalau dah tangan & idea dah kreatif.... puding yg sedia menarik akan jadi lebih kebaboommmmm... hehehehe... dari penerangan ita pd juwita tu akak dah terbayang betapa penyabarnya ita.... saluteeeeee!!

hamidore said...

cantiknye.... rasa sayang plak nak makan..hahahha

Post Top Ad

test